Soleh.Net » Kesihatan

Sakit Mata
Salam perkenalan kepada semua pembaca setia Soleh.Net. Kak Chik ingin memulakan penulisan pertama Kak Chik dengan tajuk sakit mata. Sebelum itu, izinkan Kak Cik bercerita sedikit bagaimana Kak Chik boleh terjebak dengan penulisan Soleh.Net.

Pada mulanya, Kak Chik saja-saja komen di Soleh.Net. Bila komen satu, ada orang jawab. Komen lagi, ada lagi yang jawab. Ada-ada saja pembaca Soleh.Net ni. Lama kelamaan, rasa syok pula berinteraksi di Soleh.Net yang penuh dengan ilmu pengetahuan ini.

Tanpa Kak Chik sangka, rupanya perbuatan Kak Chik telah diperhatikan oleh pentadbir Soleh.Net yang dinamakan ImamKhalid yang kiut lagi hensem itu. Dengan tidak semena-mena, beliau menawarkan Kak Chik untuk menulis di Soleh.Net.

Pada mulanya Kak Chik tak yakin, tetapi setelah diberi sedikit pendedahan tentang penulisan ini, rasanya macam bertambah yakin jer. Oleh itu, marilah kita berbalik semula ke tajuk asal kita, iaitu sakit mata.

Cuti Sekolah sudah hampir ke penghujungnya. Sesi Persekolahan sudah hampir dibuka semula. Anak-anak pun nampak gayanya belum puas-puas lagi bercuti.

Nak dijadikan cerita sekarang ni musim sakit mata, berlawan pula dengan musim kenduri kahwin. Bagi Kak Chik, inilah masa yang paling baik untuk sakit mata itu merebak.

Cara penularan utamanya adalah melalui sentuhan. Tangan yang terkena air mata yang dijangkiti kuman akan mendermakan sebahagian daripada kuman yang terdapat pada tangan tersebut kepada rakan-rakan apabila mereka bersalaman.

Oleh itu sesiapa yang dijangkiti penyakit ini mestilah pandai-pandai kuarantinkan diri sendiri di rumah. Jangan mengada nak curi-curi keluar. Kalau tak, nanti Kak Chik sebat dengan hanger (penyangkut baju laa)!

Gunakan tisu untuk mengesat air mata. Tapi jangan membazir pula, mentang-mentanglah Kak Chik suruh guna tisu, masa ni lah korang nak ambil kesempatan yer. Ingat, membazir amalan syaitan tau.

Bukan susah pun, koyak sikit tisu tersebut, kesat air mata, dan buang. Bahagian yang terkena air mata berbakteria itu jangan dipegang balik, bimbang nanti kumannya terpalit pada tangan, susah nak dikesan tau.

Jika mata terasa gatal elakkan makan makanan yang menggatalkan, untuk mengelakkan pendarahan dalam mata bila sering digosok kerana gatal. Elakkan juga daripada melihat perkara-perkara yang menggatalkan, terutama golongan lelaki (hehehe gurau jer).

Jika perlu pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut di samping mendapatkan ubat titis mata, antibiotik serta penahan gatal.

Sekian, itu sahaja tips kesihatan dari Kak Chik. Sehingga kita berjumpa lagi, wassalam.

KESILAPAN PEMBERIAN UBAT
Saya ada menerima komen berkenaan peranan pharmacist dalam pemberian/ dispensing ubat kepada pesakit.. Berikut adalah senarai kesilapan yang seseorang ahli farmasi akan cuba elakkan daripada terjadi. Jom, mari kita baca n timba ilmu sedikit   :-

Definisi:

Kesilapan yang mengakibatkan pesakit mendapat ubat yang tidak sepatutnya atau salah dosnya, frekuensinya atau cara pengambilannya. (Durgin JM et al., AJHP 1971)

Jenis-jenis:

1.	Kesilapan semasa mempreskrib

Pemilihan ubat yang salah (berdasarkan indikasi, kontraindikasi, alahan, rawatan yang sedia ada), dos, bentuk dosej, kuantiti, laluan pengambilan, kekerapan pengambilan atau arahan pengambilan.

2.	Kegagalan pengambilan ubat

Kegagalan untuk memberi dos ubat yang telah dipreskrib sebelum dos yang seterusnya diambil seperti yang telah dijadualkan.

3.	Kesilapan masa pengambilan ubat

Tidak memberitahu pesakit atau maklumat yang diberi salah berkenaan masa ubat sepatutnya diambil.

4.	Pemberian ubat pesakit lain

Mengambil ubat yang dipreskrib oleh doktor kepada pesakit lain.

5.	Kesilapan dos

Pengambilan ubat yang dosnya lebih tinggi atau kurang daripada yang sepatutnya.

6.	Kesilapan bentuk dosej

Pengambilan ubat yang sepatutnya diberi dalam bentuk dosej yang lain.

7.	Kesilapan teknik pengambilan

Prosedur atau teknik pengambilan ubat yang tidak betul (salah laluan, tempat pemberian atau tempoh pengambilan).

8.	Kesilapan penyediaan ubat

Ubat disediakan di dalam keadaan salah formulasi atau manipulasi sebelum pemberian ubat dilakukan (salah pencairan atau pembancuhan, pencampuran yang tidak ‘compatible’).

9.	Penggunaan ubat luput tarikh

Pemberian ubat yang telah terkompromi integriti dosnya.

10.	Kegagalan pemantauan terapeutik ubat

Kegagalan untuk menggunakan data klinikal atau makmal yang sepatutnya bagi tujuan menilai tindak balas pesakit terhadap rawatan yang diberikan.

11.	Ketidakpatuhan pesakit

Sikap pesakit yang tidak megikut arahan dan regimen yang dipreskribkan.

Menangani Stress… Bersediakah anda?
STRESS @ KETEGANGAN

Stress @ ketegangan adalah sebarang jenis tekanan yang mempengeruhi kehidupan seharian anda.  Kesan ‘stress’ mungkin baik ataupun buruk adalah bergantung kepada reaksi anda terhadap ‘stress’ yang dihadapi.

DARI MANA DATANGNYA ‘STRESS’

Stress mungkin berasal daripada rumahtangga, tempat kerja, keadaan kesihatan ataupun sikap diri anda sendiri.

BAGAIMANA BADAN ANDA BERTINDAKBALAS TERHADAP “STRESS’

Rerambut badan menegak

Berpeluh

Anak mata membesar

Mulut kering

Paru-paru menjadi lemah

Otot badan menjadi

Jantung berdenyut dengan cepat dan kuat

Tekanan darah meningkat

Kandungan gula meningkat

Darah membeku dengan cepat

Penghadaman terhenti

CARA UNTUK KURANGKAN ‘STRESS’

Berikan masa untuk diri sendiri

Cuba libatkan diri dalam aktiviti yang disukai

Bersiar-siar, melancong berkelah dan 	membuat lawatan

Kurangkan bebanan tugas:

Agihkan beban kerja di tempat kerja atau dirumah

Buat kerja mengikut keutamaan

Buat satu kerja dalam satu masa

Minta bantuan dari rakan-rakan @ ahli keluarga

Menjaga kesihatan:

Beriadah @ bersenam

Tidur yang mencukupi

Elakkan dari merokok, minuman keras

Rehat jika letih

Melatih teknik relaksasi @ meditasi

Bentuk sikap’selfwateness’ @ sedar

Sentiasa puas dengan diri sendiri

Jangan lakukan sesuatu diluar keupayaan anda

Luahkan perasaan anda

Menyemai sikap kerjasama, toleransi ‘assertive’

Cakap dengan perlahan dan lebih mendengar

Gunakan ‘INGIN’ dari ‘MESTI’

Berbincang dengan orang yang dipercayai

Berfikir dulu sebelum bertindak

Membina keluarga bahagia

SENAMAN RELAKSASI (UNTUK KEADAAN RUNSING, SUKAR TIDUR DAN SEMASA TEKANAN JIWA)

Langkah-langkah berikut adalah satu prosedur yang membolehkan totot dalaman mencapai tahap relaksasi dengan cepat.  Setiap langkah mestilah diulangi sekurang-kurangnya sekali, tegangkan setiap kumpulan otot selama 5 hingga 7 saat kemudian relaks selama 20 hingga 30 saat.  Perhatian perbezaan antara sensasi tegang dan relaksasi.

Duduk @ baring dalam posisi yang selesa.  Tarik nafas sedalam yang boleh kemudian hembus nafas.  Tutup mata secara perlahan-lahan dan lembutkan badan.

Alihkan perhatian di bahagian kaki dan otot kaki.  Bengkokkan jari kaki dan tapak kaki menjadi melengkung.  Cuba rasakan ketegangan tersebut dan kemudian relaks.  Anda boleh merasakan perbezaannya apabila anda relaks otot.

Tegangkan seluruh anggota bawah termasuk betis, lutut, peha dan pinggang.  Tahan ketegangan ototo buat seketika waktu dan kemudian relaks keseluruhan otot tersebut.  Anda bernafas secara perlahan-lahan supaya anda dapat merasakan relaksasi secara mendalam.

Regangkan abdomen, tarik perut dan dada ke dalam sehingga anda dapat rasakan di belakang badan anda.  Tahan

Cuba-cubalah teknik yang disebut di atas.. semoga kita semua tidak lagi stress hendaknya.. AMIN

20 Tips Pengambilan Ubat Yang Berkesan
Salam kepada pembaca dan peminat setia Soleh.Net.

Hari ini saya terasa terpanggil untuk post satu entri penting untuk kita mendapat rawatan yang betul dan tepat. Dewasa ini kebelakangan ini sering saja saya berjumpa dengan pakcik2 dan makcik2 yang tahap kesihatannya masih belum bertambah baik walaupun dos dan ubat telah ditinggikan atau digandakan. Dimana silapnya ya??? Cuba kita belajar dari apa yang terdapat dlm entri kali ini. Ayuh.

Setiap rawatan yang diberi oleh seseorang doktor kepada pesakitnya senantiasa diharapkan dapat mendatangkan hasil yang positif. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu rawatan itu bukan hanya terletak kepada hebat atau mahalnya sesuatu ubat itu. Namun, ia juga bergantung kepada kepatuhan (compliance) kita terhadap cara pengambilan ubat yang betul dan juga usaha kita untuk mengelakkan kesilapan daripada berlaku.

Oleh yang demikian,  semasa kita di dalam tempoh pengambilan sesuatu ubat, terdapat beberapa perkara yang perlu kita jadikan amalan bagi mendapatkan manfaat yang lebih daripada ubat-ubatan yang kita ambil.

Di sini dikongsikan 20 petua mengambil ubat yang anda boleh ikuti:

Baca label pada bekas ubat sebanyak tiga kali: (1) sebelum ambil bekas ubat daripada ruang penyimpanan, (2) sebelum mengeluarkan ubat daripada bekasnya dan (3) sebelum meletakkan bekas ubat itu ke tempat asalnya. Pastikan ubat yang anda makan itu adalah ubat yang betul.

Jangan sekali-kali mengambil dan memakan ubat di dalam gelap walaupun anda tahu untuk mencarinya.

Jika anda perlu menggunakan alat atau bekas penyukat di rumah untuk mendapatkan dos yang tertentu, pastikan bekas yang digunakan itu tidak bertukar-tukar. Ini kerana sudu, cawan atau gelas di rumah berbeza-beza saiznya. Sila dapatkan kepastian  daripada Pegawai Farmasi atau staf Farmasi berkenaan sukatannya terlebih dahulu.

Letakkan botol ubat di tempat yang lapang dan selamat. Elakkan bahagian sudut atau penjuru supaya tidak terjatuh akibat tertepis.

Apabila ingin mengeluarkan ubat cecair dari botolnya, tuangkan botol ubat itu dengan lebel botol berada pada bahagian tapak tangan yang memegang botol itu. Ini bertujuan untuk mengelakkan cecair ubat itu meleleh dan menjejaskan tulisan pada lebel.

Goncang dahulu botol ubat minum terutamanya bagi ubat jenis suspensi (serbuk-serbuk kasar) sebelum dituangkan. Ini bertujuan supaya isi kandungan dan dosnya bercampur dengan sekata.

Jika anda mengambil ubat dengan meminum air, pastikan anda minum segelas penuh air itu. Kuantiti air yang kurang akan menyebabkan ubat kurang berkesan. Ia juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada tekak jika ubat tidak masuk sepenuhnya ke dalam perut.

Jika anda diganggu semasa ingin mengambil ubat, bawa botol ubat tersebut bersama anda atau letak di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak. Ini untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengambil ubat anda tanpa disedari. Apabila kembali, periksa semula lebel ubat dan pastikan anda memakan ubat yang betul.

Jika anda sukar untuk menelan ubat, anda boleh memecahkan atau membuka sarung kapsul ubat untuk dicampur ke dalam makanan atau minuman anda. Namun, AWAS! Sesetengah ubat tidak dibenarkan untuk dihancurkan. Oleh yang demikian, anda perlu bertanya kepada doktor atau Pegawai Farmasi anda terlebih dahulu.

Sila ikut sebarang arahan mengenai cara pemakanan yang tertentu yang diberikan oleh  doktor atau Pegawai Farmasi anda.

Ubat yang dibekalkan untuk anda adalah khusus untuk anda berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda sekarang. Oleh itu, jangan berkongsi atau memberi ubat berkenaan kepada orang lain.

Bagi mengekalkan keberkesanan ubat anda, pastikan ubat-ubatan tidak diletakkan atau disimpan di tempat yang terdedah kepada pancaran matahari dan haba yang melampau. Jangan sesekali membiarkan ubat anda di dalam kereta jika anda memarkir kereta diwaktu panas terik.

Jika sekiranya anda dapati yang anda telah tersilap makan ubat atau terlebih jumlahnya, hubungi segera  doktor atau Pegawai Farmasi anda segera. Jika anda di dalam kecemasan anda boleh hubungi mana-mana hospital yang terdekat.

Setelah anda selesai mengambil ubat anda, tandakan pada kalendar untuk mengelakkan dos yang berganda. Anda juga diingatkan supaya peka terhadap perubahan-perubahan aneh pada diri anda seperti warna dan jumlah air kencing, peluh, berat badan, batuk, suhu badan, degup jantung atau apa sahaja perkara yang diarahkan oleh doktor untuk dipantau semasa mengambil ubat anda itu.

Cuba untuk mengambil ubat anda pada masa yang tetap. Kelewatan atau terawal setengah jam selalunya tidak memberi apa-apa kesan. Sekiranya, anda telah terlewat beberapa jam dan semakin hampir dengan waktu pengambilan dos seterusnya, semak sebarang arahan yang telah diberikan kepada anda. Jika tiada, sila bertanya kepada  doktor atau Pegawai Farmasi anda.

Semua ubat mempunyai tarikh luput yang tersendiri. Selepas tarikh yang dinyatakan itu, keberkesanan dan keselamatan bagi kebanyakan ubat tidak lagi terjamin. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka terhadap tarikh luput ubat anda. Jika anda tidak pasti, sila bertanya kepada anggota Farmasi tentang tarikh luput ubat anda. Bagi sediaan ubat minum, tarikh luputnya ialah 30 hari selepas botol mula dibuka. Jadi, jangan disimpan ubat berkenaan selepas tempoh itu.

Ubat yang telah tamat tarikh luputnya mestilah dibuang melalui aliran tandas kecuali diarahkan sebaliknya. Anda juga boleh memulangkan ubat yang telah luput tarikh itu kepada petugas di kaunter Farmasi Pesakit Luar untuk dilupuskan.

Ubat yang berlebihan dan masih boleh digunakan lagi boleh dipulangkan semula ke kaunter Farmasi Pesakit Luar.

Jika ubat anda diurus oleh orang lain (contohnya anda dimasukkan ke dalam wad) pastikan anda bertanya apakah yang anda sedang alami dan maklumkan apa yang anda tahu tentang rawatan ubat anda sebelum ini. Jika sebelum ini anda kerap mengambil 1 biji sahaja dan bukannya 2 biji, sila maklumkan juga. Jika anda rasakan anda menerima  ubat yang salah, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan kepastian daripada doktor anda. Anda perlu sentiasa melibatkan diri di dalam proses rawatan anda.

Pada masa kini, terdapat banyak hospital atau organisasi-organisasi yang lain menyediakan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan apabila pesakit ingin didiscaj daripada wad. Jika anda atau keluarga anda telah bersedia untuk pulang ke rumah, anda boleh bertanya kepada kakitangan hospital untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

Sebagai penutup, sebagai umat Islam. Kita harus yakin bahawa semua ketentuan penyakit dan sembuh bukan kerana ubat tetapi Allah. Ubat hanyalah medium antara kita dengan ketentuan pencipta kita. Wallahualam.

Apakah itu sembelit? Seriuskah ia atau tidak….
Salam semua..

Ini adalah entri saya yang pertama untuk memulakan langkah kanan..

Alhamdulillah kita sudahpun menyambut Hari Raya Aidil Fitri minggu lalu. Kini bulan Syawal masih lagi ada lebih kurang 20 hari. Seharusnya kita sudah mula memulakan rutin harian kita seadaanya. Jika ada pembaca yang masih dengan mood raya.. tiada salahnya untuk kita mengenal erti rehat daripada makan berlebihan dan tidak bermakna.

Tajuk entri kali ini adalah sembelit. Mungkin pembaca setia Soleh.Net ada yang mula mengalami masalah ini sekarang. Selepas membelasah rendang, lemang mahupun ketupat    Apakah itu sembelit?

Sembelit merupakan kepayahan dalam membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna (complete). Selalu rasa masih ada lagi yang mahu dibuang tetapi payah. OK, kebiasaanya pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit ketika proses pembuangan dan selalu merasakan incomplete feeling of passing the stools.

Simptom lain yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kembung perut dan tidak selesa.

Siapa yang boleh ter’kena’ sembelit?

Perlu diingatkan disini bahawa maksud sembelit ini mungkin bervariasi dan mengikut individu. Ini bermakna, ada org yang merasakan keadaan kembung perut dan tidak selesa itu normal. Dan ada yang tidak pernah mengalami kembung perut dan merasakan itu adalah simptom sembelit. Mana satukah yang betul? mari kita memahimnya lagi…

Sembelit berbeza untuk orang yang berbeza. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit jika tidak terdapat pergerakan usus mereka setiap hari. Walaubagaimanapun, tiada satu bilangan yang tepat untuk menentukan pergerakan usus yang normal. Pergerakan usus yang normal kebiasaanya adalah bermula daripada 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu bergantung kepada fisiologi manusia.

Sembelit adalah masalah sistem penghadalam yang biasa. tetapi lebih banyak dialami oleh perempuan, kanak-kanak mahupun orang tua. Lebih-lebih lagi orang tua berumur 65 tahun keatas dan perempuan mengandung.

Sebab-sebab kenapa anda dan saya pernah kena sembelit?

Diet rendah fiber.

Kekurangan bendalir dalam badan. (tak cukup minum air la ni…)

Corak permakanan yang berubah.

Ubat-ubatan.

Kekurangan senaman. (ini masalah sejagat ni….  )

Perubahan fisiologi badan seperti penuaan dan mengandung.

Immobility (Cth: pesakit kronik yang hanya duduk atas katil sepanjang masa)

Sikap tidak endah akan pentingnya pergerakan usus sendiri. (takkan usus orang lain pulak ye tak…:))

Penyalahgunaan ubat julap.

Rawatan kendiri (self care lah ni…)

Sembelit yang tidak disebabkan oleh penyakit boleh diubati dengan ubat-ubat OTC (over the counter) yang boleh didapati di Farmasi dan tidak memerlukan preskripsi doktor, ubah cara pemakanan dan kehidupan.

Diet

Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20 hingga 35 grams setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis disamping menormalkan pergerakan usus yang sekaligus dapat mengembalikannya kepad normal.

Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, cereals, oats dan buah-buahan. Pengambilan makanan tinggi fiber i ni perlu berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kembung perut dan kentut.

Paling penting. Pengambilan fiber ni kena dengan minum air yang banyak.

2.  Ubah cara hidup.

Ubah cara hidup boleh merawat dan mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bendalir lain sebagai contoh: Jus buah-buahan, Sup, buah-buahan dan Jus sayur-sayuran.

3.   Senaman

Senaman yang tetap boleh mengembalikan pergerakan usus yang normal. Bagi pesakit yang selalu terbaring dan duduk diatas kerusi tolak, mengubahkan posisi badan secara kerap juga amat penting untuk mengaktifkan pergerakan usus.

4.  Ubat-ubatan

Penggunaan julap ataupun enema tidak digalakkan untuk sembelit yang sederhana tahap keseriusannya. Julap dan enema hanya digalakkan kepada mereka yang dah cuba buat 3 cara diatas tetapi tiada perubahan.

Julap (laxative) digunakan untuk merawat sembelit. Boleh didapati dalam bentuk tablet, sirup dan capsule. Penggunaan julap yang bersesuaian haruslah mendapat nasihat dan bimbingan doktor atau ahli farmasi.

Huh… cukup dulu setakat untuk kali ini. Sebarang komen mahupun pandangan amatlah dialu-alukan. Saya akan cuba untuk menghantar entri 1 kali seminggu. InsyaAllah..

Salam kemaafan di hari lebaran
Sempena hari lebaran yang semakin hampir ini, rasanya sudah sampai masanya untuk saya memohon kemaafan, zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, kepada semua pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Minta halal segala yang termakan, terminum, terambil, kata mengata yang tersembul, umpat fitnah yang mungkin ada, kutuk mengutuk yang tidak pernah disengajakan, serta segala kelemahan diri, yang bergelar manusia biasa.

Semoga segala amalan baik di bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kehidupan kita selepas ini. Diharap juga segala dosa yang lalu diampunkan oleh-Nya yang Maha Pengampun.

Dalam kesempatan ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus kekal sihat sepanjang Aidilfitri. Antara yang menarik perhatian saya ialah petua pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Amalan ini menyebabkan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut sepanjang usia Baginda. Antaranya ialah:

mengamalkan pengambilan buah-buahan sebelum juadah utama;

tidak mencampurkan makanan laut dan darat seperti ikan dan susu dalam satu hidangan;

tidak meninggalkan makan malam;

mandi sebelum subuh;

minum air suam setiap pagi;

bertafakkur (sujud seminit selepas membaca doa) ketika solat subuh; dan

makan dengan tangan dan menjilat jari seusai makan;

Semua petua-petua baginda ini telah pun mendapat perhatian dari para saintis seluruh dunia. Mereka mendapati petua-petua ini banyak memberi kebaikan kepada kesihatan perut, dan menjauhkan perut dari banyak penyakit.

Selamat mencuba! Wallahu a’lam.

P/s: Sebarang petua lain, jemput dikongsi bersama di ruangan komen di bawah.

Lihat jantung anda…
Lihat jantung? Ai, jantung kat dalam, macam mana nak tengok?

Bukan macam tu… Semalam aku cerita pasal amalan minum air panas selepas makan. Hari ni aku nak kongsi satu tips yang boleh kita cuba di rumah di bawah segmen don’t please try this at home.

Aku nak cerita pasal kaedah mengenali jantung sendiri. Kaedah ini bertujuan untuk mengenalpasti risiko serangan jantung terhadap diri sendiri.

Mula-mula anda perlu maklum bahawa kebiasaannya serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Kalau anda rasa sakit berdenyut-denyut pada tangan kiri anda, pergilah berjumpa dengan doktor.

Kalau takde rasa sakit-sakit di bahagian tersebut, perlu diingat bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa di bahagian tersebut.

Selain tangan kiri, ada sesetengah kes di mana mangsa serangan jantung mula terasa sakit, sedikit-sedikit (macam kata Pak Blalang) pada bahagian atas dada.

Ada juga yang keletihan dan berpeluh, tetapi tidak rasa sakit langsung di dada. Ini juga adalah simptom biasa, terutama bagi yang kali pertama terkena serangan jantung.

Kesimpulannya, bukan senang nak detect serangan jantung. Oleh itu, (motif aku tulis post ni) jagalah kesihatan anda semasa muda lagi.

Jangan nanti dah tua baru nak terkial-kial cari kasut joging. Tu pun kalau joging. Kalau beli jer, joging nyer tak langsung, baik tak payah.

Begitu juga dengan ibadat kita. Gurau, gurau jugak. Solat 5 waktu jangan diabaikan. Insya-Allah sihat jantung kita di akhirat nanti. Wallahu a’lam.

Amalan Minum Air Panas Selepas Makan
Apa yang korang minum lepas makan tadi? Apa yang korang minum lepas makan semalam? Milo ais? Teh ais? Nescafe ais? Air batu kosong?

Tahukah korang betapa air sejuk itu tidak baik untuk kesihatan? Air sejuk yang berais sangat merbahaya. Pengamalnya berisiko tinggi mendapat serangan jantung, walaupun di usia muda.

Risiko ini kebiasaannya berlaku dalam jangka masa panjang. Sebab itu, ada yang dah lama mengamalkannya, tetapi tetap sihat dan cergas.

Serangan jantung tidak mengenal tuannya. Ada yang bernasib baik, dan ada yang sebaliknya.

Namun, lebih baik kita berjaga-jaga sebelum terkena. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Untuk itu, kita dinasihatkan untuk mengamalkan meminum air panas selepas makan.

Amalan atau petua ini telah lama diamalkan oleh masyarakat di negara China dan Jepun. Mereka mengamalkan meminum teh panas, bukan teh batu ais macam kita.

Aku tahu, Malaysia ni beriklim panas (dan lembab sepanjang tahun). Aku juga tahu yang negara China dan Jepun itu negara empat musim. Dan aku juga sangat tahu, air sejuk memang best dan menyeronokkan.

Paling best yang aku tahu, air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Tindakbalas ini akan menyebabkan lemak terbentuk di dalam usus, lantas memperlahankan proses penghadaman.

Lama kelamaan, lemak-lemak ini akan menyempitkan saluran-saluran dalam badan kita. Bila dah sempit, mudahlah tersumbat. Bila tersumbat, penyakit pun datang. Bila penyakit dah datang, anda akan menyusahkan diri anda dan orang lain.

Aku sendiri pun dulu suka sangat minum air sejuk. Tapi lepas kahwin, amalan itu terus menjadi sejarah dalam hidupku. Melainkan sekali sekala sahaja dalam keadaan yang tertentu.

Semenjak aku mengamalkan minuman panas, tubuh aku rasa segar dan sentiasa sihat. Kalau korang nak sihat, ikutlah amalan aku. Kalau nak sihat lagi kuat dan bertenaga, boleh try kopi Radix panas yang macam dalam iklan TV, mai secawan!

Selain air panas, sup panas juga boleh diamalkan.  Cuma nasihat aku, jangan minum air panas yang sedang menggelegak. Kang melecur tali perut, aku jugak yang dipersalahkan.

Waktu yang paling baik ialah setengah jam selepas makan. Bukan di antara makan, macam yang korang biasa buat (aku tak buat).

Akhir kata, jaga kesihatan, jaga diri, jaga amalan, jaga agama, seiringan. Wallahu a’lam.

Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)
Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa’ dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.

Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu’min secara khusus.

Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya , karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-Baqarah: 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:

“Laut itu airnya suci dan bangkainya halal.” (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:

“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya.” (al-Maidah. 96)

Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha’amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu’, iaitu bangkainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

“Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya.” (Riwayat Bukhari)

Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :

Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.

Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya.

Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah:

“Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut.” (an-Nahl: 14)

“Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar.” (al-Maidah: 96)

KESIMPULAN :

DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.

Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja.

Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah.

Sekian, wallahu a’lam.

Khasiat Kulit Manggis
Kulit manggis jemur untuk keringkan dan jadikan serbuk. Masuk dalam capsule. Ambil setiap hari. Dekat US harga sebotol jus kulit manggis adalah RM900.00+. Benda ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja?

JANGAN ABAIKAN

Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)

Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)

Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )

Anti-ulcer (stomach, mouth and bowel ulcers)

Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)

Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/panik/cemas)

Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)

Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)… shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.

Immunomodulator (multiple categories cited) – helps the immune system

Anti-aging(Anti penuaan)

Anti-oxidant(Buang toxic dalam badan)

Anti-viral (membunuh kuman)

Anti-biotic (modulates bacterial infections)

Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)

Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantikkan kulit)

Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol)

Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)

Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)

Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)

Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood sugar/kurangkan gula dalam darah)

Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)

Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)

Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)

Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)

Anti-allergenic (prevents allergic reaction)

Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)

Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)

Anti-Parkinson

Anti-diarrheal

Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)

Anti-vertigo (prevents dizziness)

Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)

Anti-cataract (prevents cataracts)

Pansystemic – has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

GOUT

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya

Ambil buah manggis

Kupas

Isi dia enak di makan

Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering

Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.

Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

Pernah terbaca satu artikel di Majalah Kesihatan. Ekstrak kulit manggis di jual usd240 di USA. Atau RM900.00!!!

Wallahu a’lam.