Perlukah Susu Lain Setelah 2 Tahun Menyusu Dengan Susu Ibu?

Apabila anak sudah bercerai susu samada sebab cukup penyusuan selama 2 tahun atau anak itu sendiri yang berhenti menyusu atas sebab-sebab tertentu, maka si ibu akan sibuk mencari susu lain untuk diberikan kepada si anak.

Perlukah susu lain untuk si anak yang sudah khatam menyusu?

Ramai ibu yang tidak memahami dan keliru tentang keperluan pemakanan bayi.

Mungkin disebabkan pengaruh iklan TV yang mencanang susu formula sangat berkhasiat untuk tumbesaran anak anda, maka si ibu mudah terpesona dengan hanya susu sahaja yang boleh menjadikan anak anda kuat, cukup zat, sihat, berisi, bijak dan sebagainya. Continue reading Perlukah Susu Lain Setelah 2 Tahun Menyusu Dengan Susu Ibu?

Atasi Sakit Belakang dan Pinggang Selepas Bersalin

Ramai di kalangan wanita yang telah mempunyai anak mengalami masalah sakit belakang dan pinggang selepas bersalin, samada yang bersalin normal atau secara pembedahan. Continue reading Atasi Sakit Belakang dan Pinggang Selepas Bersalin

Susu Ibu Kurang / Tiada: Kenapa? Apa Faktor Penyebab?

Sebaik proses kelahiran anak, ada kebarangkalian untuk berlaku susu ibu kurang atau tiada langsung susu untuk anak tersebut.

Hal ini menimbulkan panik dan kebimbangan teruk di kalangan ibu yang mengalaminya, sehingga mengganggu emosi ibu di dalam pantang.

Gejala susu ibu kurang / tiada sangat mengganggu emosi si ibu.

Jika perkara sebegini berlaku kepada anda, jangan panik. Kekal bertenang dan lihat satu persatu untuk mengenalpasti punca sebenar mengapa berlakunya susu ibu kurang  atau tiada. Continue reading Susu Ibu Kurang / Tiada: Kenapa? Apa Faktor Penyebab?

Persediaan Puasa Bagi Ibu Hamil Dan Menyusu

Alhamdulillah…  Insya-Allah pada tahun 2014 ini merupakan tahun ke-6 saya dapat berpuasa penuh.

Mengimbas kembali pengalaman saya berpuasa tahun sebelum ini:

  1. 2009 – Mengandungkan anakanda pertama (Ain Nasuha)
  2. 2010 – Menyusukan anakanda pertama (Ain Nasuha)
  3. 2011 – Mengandungkan anakanda kedua (Amna Solehah)
  4. 2012 – Menyusukan anakanda kedua (Amna Solehah)
  5. 2013 – Mengandungkan anakanda ketiga (Atiqah)
  6. 2014 – Menyusu anakanda ketiga (Atiqah)

Continue reading Persediaan Puasa Bagi Ibu Hamil Dan Menyusu

Susu Maintain dan Meriah Walaupun Sedang Berpuasa

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai ibu-ibu yang bimbang susu akan merundum ketika berpuasa. Ramai ibu yang mula ‘bekerja kuat’ untuk mengumpul stok Express Breast Milk (EBM) mulai sekarang.

Ada juga di atara ibu-ibu yang sedang mencari milk booster pelbagai jenama untuk memastikan susu maintain. Berikut saya kongsikan bagaimana saya memperolehi susu maintain dan meriah walaupun sedang berpuasa. Continue reading Susu Maintain dan Meriah Walaupun Sedang Berpuasa