Soleh.Net » Khabar Angin

Ujian Hipnosis Ke Atas Nurin
Seluruh rakyat Malaysia meratapi pemergian adik Nurin Jazlin Jazimin, 8, dan mengutuk kekejaman yang dilakukan ke atas   kanak-kanak comel yang tak berdosa itu.

Pencarian selama 30 hari berakhir pada hari Khamis apabila mayat kanak-kanak yang disumbatkan ke dalam beg sukan di Petaling Jaya Isnin lepas disahkan adalah Nurin melalui ujian DNA yang dilakukan ke atas kedua ibu bapanya.

Kurnia (seorang wartawan) ingin berkongsi pengalaman sepanjang berusaha mendapatkan bahan berita tentang kehilangan Nurin. Pada awalnya tugas mendapatkan berita follow up kehilangan Nurin, Kurnia arahkan kepada anak buah di Meja Crime, namun atas rasa simpati dan hati terasa dekat dengan kanak-kanak malang itu, Kurnia pun turun padang mendekati keluarga mangsa.

Pada suatu malam, (tak ingat tarikhnya bila) Kurnia menghubungi seorang kenalan yang kini menjadi rakan baik dari Sinfoni Minda akedemi iaitu saudara Fitri untuk sama-sama membantu mencari Nurin melalui kaedah Hipnosis. Satu keadah yang digunakan bagi mengesan adik Yin yang hilang pada Mac lepas.

Pada malam itu juga, Kurnia menghubungi bapa Nurin memaklumkan untuk membantu menggunakan kaedah itu dan atas persetujuan keluarga, malam keesokkannya Kurnia bersama dua orang rakan sekerja serta Fitri dan pakar Forensik Hipnosis Dr Sazali Ahmad datang ke rumah keluarga Nurin.

Pada waktu itu, Kurnia lupakan seketika tugas sebagai wartawan, sebaliknya menjadi saudara seIslam yang berniat untuk membantu.

4 orang termasuk ibu Nurin, Norasian Bistaman, serta sepupunya, rakan Nurin yang merupakan saksi yang nampak Nurin dibawa menaiki sebuah van putih serta seorang pelajar dari Sinfoni Minta melakukan remote viewing mengesan Nurin. Mungkin ramai yang tidak percaya tentang kaedah ini, tapi ianya telah dipraktikkan di Amerika Syarikat terutama dikalangan badan perisikan bagi mengesan suspek.

Pada malam itu, ketika melakukan kaedah itu ke atas ibu Nurin, beliau masuki ke alam separuh sedar dan menemui Nurin, yang dilihatnya berada di dalam sebuah bilik gelap, berbaring dalam keadaan merengkok. Pada ketika itu Dr Sazali mengarahkan ibu Nurin agar keluar dari tempat Nurin berada itu dan melihat ke sekitar kawasan bagai mengesan di mana kedudukan Nurin. Tapi hati seorang ibu apabila melihat anaknya sendirian dalam keadaan yang lemah sebegitu, dia takut untuk melepaskannya dari pandangan dan gagal mengesan lokasi kedudukan Nurin itu.

Ujian yang dilakukan ke atas sepupunya juga mendapatkan jawapan yang hampir sama, di mana beliau nampak Nurin terbaring dalam keadaan merengkok di dalam sebuah bilik gelap. Ketika itu dia hanya melihat Nurin sendirian. Ketika Dr Sazali mengarahkannya keluar dari tempat di mana Nurin berada itu bagi mengenalpasti lokasi ia disembunyikan, beliau hanya menyatakan ternampak satu jalan yang seperti biasa dia lihat, terdapat banyak pokok, ada bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan. Bagaimanapun dia gagal mengesan nama jalan yang dilaluinya ketika berada di alam bawah sedar itu.

Sementara itu ujian ketiga ke atas seorang pelajar Sinfoni Minda, agak jelas klunya, hampir sama dengan sepupu Nurin itu, menyatakan dia seolah-olah nampak ada jalan yang banyak pokok, ada premis kedai. Nurin yang dilihat ketika itu dijaga oleh dua lelaki – seorang berbadan tegas dan seorang lagi agak kurus yang diyakininya orang Malaysia. Katanya ketika itu yang dilihatnya tangan Nurin diikat, dan dia demam dan kesakitan. Berdasarkan maklumat itu, bersama polis usaha mengesan dijalankan di Jalan Klang Lama pada dua malam berikutnya – namun hanya menemui sebuah van berwarna putih yang akhirnya disahkan tiada kaitan dengan kes kehilangan Nurin.

Keadah remote viewing seterusnya turut dijalankan, namun pada hari-hari terakhir sebelum penemuan mayat Nurin itu, Dr Sazali mendapati tenaga Nurin untuk membolehkan interaksi minda dijalankan semakin lemah dan keadaan Nurin ketika itu tidak bermaya akibat kesakitan yang ditanggungnya.

Kurnia, yang turut sama menyaksikan keadah itu dijalankan sepanjang masa berdebar-debar dan tidak henti-henti berdoa agar Nurin dikuatkan semangat dan mampu bertahan menahan sakit yang ditanggungnya.

Namun Kuasa Tuhan juga yang menentukan segalanya. Pembunuhan kejam yang tidak disangka itu adalah penamat kepada pencarian Nurin yang setiasa dinantikan kepulangannya.

Sepanjang mendekati keluarga Nurin, air mata ibunya bagai kering menanti – dan akhirnya sekujur tubuh kaku yang pulang dan tidak akan kembali lagi.

Kini, walaupun Nurin telah selamat dikebumikan dan aman di sana, namun kerja kami mencari berita hingga tertangkapnya mereka yang terlibat dalam perbuatan terkutuk itu tetap akan diteruskan.

Usaha mengesan manusia yang hatinya lebih kejam dari binatang yang tidak tahu ingin dipanggil apa jenis mahkluk tersebut sedang diperhalusi. Mungkin hatinya puas dengan pembunuhan yang dilakukan. Jika benar dua lelaki seperti yang digambar dalam kaedah hipnosis yang dijalankan, sama-sama kita doakan agar makhluk seperti binatang itu akan ditangkap dan menerima pembalasannya.

Hati rakyat Malaysia pasti tidak akan puas selagi mahkluk itu tidak ditangkap dan cuba kita renungkan, kejadian seperti ini pasti akan berlaku lagi, lagi, dan lagi – kerana makhluk seperti ini yang kebiasaannya seperti manusia normal yang dilihat cukup penyanyang dan pandai memancing kanak-kanak ini sewaktu mereka berkeliaran di mana-mana.

Justeru, sama-samalah kita jaga keselamatan anak-anak kita.

Wallahu a’lam.

Bahaya Makan Ikan Keli
Ikan keli TIDAK BERBAHAYA SAMA SEKALI untuk dimakan. Tetapi lihatlah apa yang cuba dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai fakta direka untuk memusnahkan pihak tertentu. Baca dan renungkan wahai bangsa seagamaku! Sanggupkah ANDA?

Sekadar menyampaikan pesanan, sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Begini kisahnya:

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, sembilang dan sebagainya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insya-Allah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia juga memang tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk disapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Ogos saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui kedudukan perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat di rumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempoh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan untuk berbincang tentang projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat ke atas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yang dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

Saya tak jadi ternak keli…. kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan… beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..

Tapi ada hujah dari sahabat yang mengatakan umat islam makan babi haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum… kira halal lah. Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2…

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram… isk tak reti lah…

Oleh itu, elakkanlah makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam.

Ikan keli TIDAK BERBAHAYA SAMA SEKALI untuk dimakan. Tetapi lihatlah apa yang cuba dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai fakta direka untuk memusnahkan pihak tertentu. Baca dan renungkan wahai bangsa seagamaku! Sanggupkah ANDA?

Wallhu a’lam.

Khabar Angin Untuk Pengguna CELCOM
Saya sekadar menerima maklumat ini, dan belum pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi tidak salah kalau kita berjaga-jaga sebelum terkena. Begini yang saya dengar:

Jika anda menerima panggilan telefon dari seseorang dengan nombor telefon yang tidak dikenali, berkata bahawa dia memanggil dari division engineering atau teknikal sesuatu syarikat atau salah satu vendor/operator telefon – yang ingin memeriksa sambungan telefon atau signal atau dengan alasan apapun – dan berkata bahawa anda harus menekan key .90 atau ..09 atau nombor apapun (boleh juga dengan kod huruf) – cepat-cepat matikan atau putuskan sambungan telefon tersebut tanpa menekan apa-apa yang mereka minta.

Katanya terdapat penipu-penipu yang menggunakan suatu peralatan di mana jika anda menekan key .90 atau ..09 maka mereka dapat capaian ke SIM card anda dan mereka dapat menggunakan line anda dan anda akan membayar setiap panggilan yang mereka lakukan.

Satu lagi katanya, jika anda menerima panggilan di telefon bimbit dan skrin telefon anda memaparkan (XALAN), jangan terima panggilan telefon tersebut. Sebaliknya, sila matikan telefon anda (off kan terus!).

Dikatakan jika anda menerima sambungan telefon tersebut maka telefon anda akan terkena satu virus. Virus ini katanya akan menghapus seluruh IMEI dan maklumat IMSI dari telefon dan SIM-card anda (apa itu IMEI dan IMSI?). Anda selanjutnya akan terputus hubungan sama sekali dari operator – di mana anda harus beli telefon dan SIM card baru. (macam tipu jer…)

Maklumat ini katanya telah disahkan dengan Motorola and Nokia. Ketika ini terdapat lebih dari 3 juta telefon bimbit yang terkena virus ini. Anda juga katanya lagi dapat membaca berita tentang hal ini di laman web CNN. (ntah yer ntah tidak)

Secara personal, saya tidak berapa percaya dengan khabar angin ini. Anda bagaimana? (chewah, macam iklan TV pulak) Tepuk dada, tanyalah iman. Sentiasalah berjaga-jaga walau di mana anda berada.

Wallahu a’lam.

The Story of Nurin from Her Uncle’s Friend
From what we heard from the news, the criminal wiped clean all evidences from the corpse, so unlikely can the police find any DNA on it. Semen of course no, as she wasn’t raped, just molested with brinjals.

My cousin spoke to Nurin’s uncle, Jazlan, and below is a bit of the real story:

Spoke to jazlan (the photographer son of jalil kelabu) just a few minutes ago. He told me all the details. Today the face of the girl started to look more like nurin. Two days ago the parents could not really recognize and was in denial. Today at the burial, she started to look very much like their lost daughter. I had tears in my eyes. Nurin is about ********’s age and I can’t imagine how would I ever survive such a trauma. I admire the parents for being so strong.

Her private parts (both vagina and anal) were totally destroyed and torn outside and inside. They left a big fat brinjal inside the vagina deep inside destroying the intestines etc. she was not fed for over 2 weeks only water (they did not find any source of food inside her body). She cried so much the eye lashes froze up with salt type discharge from tears. Her bones were showing like a famine kid. Her skin was distorted. The killer must have done so many things to the poor girl.

To shove her inside the gym bag, they broke her backbone and neck to fold her up to fit inside the bag.

There is no describing what kind of person would do such a thing.

Al-fatihahâ€¦

Beware at KLIA
Not sure if this is happening in KL International Airport but nevertheless it’s better to be safe than sorry.A few days ago a new type of crime has surfaced in town. It goesÂ  something like this:-

Somebody slips a hand-phone into your pocket, sometimes it could be just a wallet with an identity card and a few ringgits.

A few minutes later, the ‘owner’ comes up and confronts you, the ‘thief ‘. He makes a big commotion that you stole his stuff. You, caught unaware, are then pulled aside by the ‘owner’ for a settlement you are intimidated and threatenedÂ  that if you do not pay up the police will be brought in. If you pay up, this ‘owner’ lets you go. If not, the police are brought in.

Another strange thing is that there always seems to be a ‘witness’ to your ‘theft’.

I am told this often happens to foreigners at the Kuala LumpurÂ  International Airport (KLIA) or even at LRT trains. Given that you’re ‘guilty until proven innocent’ as far as the Malaysian police are concerned, I understand some poor people are in jail for these ‘offences’.

At the KLIA, the ‘owner’ throws his hand-phone and wallet with the few ringgit notes into the luggage trolley of a just arrived passenger.The drama unfolds a few minutes later. The real culprit has easily convinced our Malaysian police to arrest the real victim (if he has not paid up the ‘settlement’ demand). This is a very seriousÂ  matter.

This is another form of extortionists operating in broadÂ  daylight. They are disgusting criminals who will do anything to rob and steal. The sickening part of the whole scenario is that unless you pay the “quoted settlement” money, they will put you in real trouble by calling the police.

The real culprit gets back his hand-phone and wallet but the real victim ( i.e. could be any one of us) is thrown into the police lock up and charged in court. So do be very careful, otherwise you may end up as a “thief” as youÂ  have no way to prove your innocence.

Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

“Panggil ibunya segera,” kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni?” tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.”

“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”

“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar.

“Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu.

“Ahhh, saya tak kira.”

“Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

“Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

“Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

“Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.”

“Apa masalahnya itu?” tanya saya.

“Kubur adik saya berlubang ustaz.”

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Selipar Bowling
Selipar getah jenama BOWLING ada tertulis perkataan ALLAH (tulisan Jawi) di tapaknya (bahagian tumit) harap dapat ambil perhatian.

Sebarkan (kalau betul) demi agama Islam tercinta.

Tengok betul-betul di tapak selipar sebelah kiri (corak besar). Kalau sebelah kanan, perkataan ALLAH dalam imej terbalik. SUBAHANALLAH!

Wallahualam.

Air Mineral Holy Water?
Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan “Holy Water” di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini.

Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam.

Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:

Al-Mansur

Al-Mubarakah

Al-Barakah

Bestari

Waterco

Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam.

Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati.

Untuk pengetahuan, buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.

Mentega Kacang Peter Pan dan Great Value – Merbahaya?
KENYATAAN AKHBAR

MENTEGA KACANG (PEANUT BUTTER) BERJENAMA â€˜PETER PANâ€™ DAN â€˜GREAT VALUEâ€™ DARI AMERIKA SYARIKAT DISYAKI TERCEMAR DENGAN BAKTERIA SALMONELLA TENNESSEE

Berdasarkan maklumat daripada â€˜INFOSAN EMERGENCY ALERTâ€™ (WHO) dan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), dengan ini dimaklumkan bahawa produk mentega kacang (peanut butter) berjenama â€˜Peter Panâ€™ dan â€˜Great Valueâ€™ yang dikilangkan oleh Syarikat ConAgra berpusat di Georgia, Amerika Syarikat disyaki telah tercemar dengan bakteria Salmonella tennessee. Hanya mentega kacang yang mempunyai product code â€œ2111â€? sahaja yang terlibat. Pengimport Peter Pan di Malaysia, iaitu NasMark Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menarik balik semua produk Peter Pan dengan kod â€œ2111â€?.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengarahkan semua pegawai-pegawai berkuasa di bawah Akta Makanan 1983 di seluruh negara termasuk di pintu masuk memastikan produk berkenaan tidak masuk ke negara ini dan tidak berada di pasaran.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli produk berkenaan dan jika telah membeli produk dengan kod â€œ2111â€? supaya tidak memakan mentega kacang berkenaan. Orang ramai juga diminta memaklumkan pejabat kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terdekat atau jabatan kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan jika mereka menjumpai produk tersebut di pasaran untuk tindakan penyitaan dan pemusnahan.

Tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh Salmonella ialah demam, cirit birit dan kekejangan perut (abdominal cramp). Ianya boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imuniti yang lemah. Sila dapatkan rawatan dari hospital yang berdekatan jika disyaki mempunyai simpton tersebut. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia