Soleh.Net » Luahan Hati

Celcom lenyap kredit, dealer disalahkan: Mungkinkah aku mangsa pertama?
Kreditku ditolak RM10 tanpa sebab

Kredit RM10 lenyap dari handphoneku. 5 Januari 2010 jam 1:28pm aku topup RM10 menggunakan khidmat ezReload milikku.

Tepat jam 5:25pm hari yang sama, aku sudah tidak boleh buat panggilan keluar menggunakan handphone tersebut.

Bila aku periksa melalui WSC Celcom, itulah penyata yang aku dapat (lihat gambar di atas). Tanpa sebarang perasaan panik atau haru atau terkejut, aku membuat panggilan ke Celcom Careline (1111).

Hampir 10 minit aku terangkan apa yang terjadi, cik adik yang menjawab panggilan pun membuat semakan, lebih kurang 3 minit. Kemudian aku disuruh menunggu, ada lah lebih kurang 3 minit, tunggu lagi, 3 minit.

Akhir sekali, cik adik tadi mengatakan yang mereka tak dapat membuat apa-apa, kerana ini semua kerja ‘dealer’ pihak ketiga (which is me).

Aku menerangkan kepada cik adik tadi dengan penuh sopan santun, bahawa pihak ketiga tidak pernah dan tidak mempunyai akses sama sekali untuk membuat tarik balik terhadap mana-mana kredit yang telah dijual.

Mungkin ada pembaca yang sedia maklum tentang perkara ini. Walau macam mana pun kesilapan kita, termasukkan kredit kepada orang lain, walau sebanyak mana sekali pun, itu lah kerugian yang terpaksa kita tanggung, di mana pihak Celcom tidak akan memulangkan kredit yang telah dijual. Paling tidak pun, kita hanya boleh meminta kredit sharing dengan orang yang telah kita salah topup tadi. Itu pun kalau mereka nak bagi.

Berbalik kepada kisah tadi. Namun, cik adik tadi tetap meminta aku supaya merujuk ‘dealer’ untuk selesaikan masalah ini. Padahal dah beberapa kali aku maklumkan bahawa ‘dealer’ yang dimaksudkan itu adalah aku, dan aku sendiri tidak dapat memeriksa apa-apa transaksi tarik balik yang telah dijalankan.

Berikut petikan perbualan antara aku dengan Celcom Careline (CC):

CC: Kami tidak dapat membantu kerana ini antara encik dengan dealer.

Aku: Sayalah dealer tu, takkan saya nak tipu diri saya sendiri. Takkan saya nak tarik kredit saya sendiri.

CC: Encik kena berurusan dengan dealer, kami tidak dapat membantu. (ntah pape ulang ayat sama)

Aku: Tak paham ker, saya merupakan dealer yang bertanggungjawab memasukkan kredit saya sendiri. Dan sekarang ni kredit itu telah lenyap begitu sahaja.

CC: Encik boleh tanya dealer dan cuba mintak dia selesaikan.

Aku: Macam ni lah. Setiap transaksi dibekalkan ID. Boleh tak tolong cek ID transaksi ini?

CC: Tak boleh encik, encik kena berurusan dengan dealer (ni robot ke ape nih, asyik ulang ayat sama jer)

Aku: Tolong cek transaksi ini.

CC: Tak boleh encik, kalau kad gores baru boleh cek sebab ada nombor S/N.

Aku: Habis apa guna ID transaksi ni?

CC:  Saya pun tak tau (BODOH BETUL ORANG NI)

Selama 3 hari, termasuk hari ini aku menghubungi mereka. Ternyata mereka tiada jawapan.

Dalam kes berasingan, apabila aku minta mereka tarik balik kredit yang sudah dijual (atas kesilapan sendiri), mereka kata yang dah jual tak boleh tarik balik, walau dengan apa cara sekali pun.

Habis tu kenapa dalam kes aku ni, mereka kata dealer (iaitu aku sendiri) tarik balik kredit tersebut?

Ada sesiapa yang ada idea kepada siapa harus kuadukan permasalahan ini? Harap dapat tolong. Lihat penyata yang lebih jelas di bawah ini:

Apa kata anda?

P/s: Bukan kerana RM10, tetapi untuk mengetahui apakah tindakan susulan yang perlu diambil sekiranya terjadi ke atas pelanggan-pelangganku selepas ini.

P/p/s: Ini bukan masalah ezReload, tetapi masalah Celcom. Sila tampil mana-mana pihak Celcom untuk membuat penyataan.

Anda Mahu Jadi Kaya???
Salam kepada semua..

Untuk entri kali ni saya cuba nak bawa anda pembaca yang setia di Soleh.Net untuk berfikir sejenak apakah matlamat hidup kita di dunia?.. Ramai yang akan mengatakan matlamat hidup mereka untuk jadi kaya, senang lenang, kereta besar, wang ringgit yang banyak dan juga isteri 2 3 org. hehe. Ada yang mengatakan hidup mereka didunia ini hanyalah untuk mencari keredhaan supaya boleh memasuki syurga dengan cepat tanpa melalui azab api neraka.

Berbalik kepada topik kali ini, saya telah didatangi oleh sahabat yang mengajak untuk memulakan bisness. Bisness apa? saya tak pasti. Bila diminta untuk dia menerangkan, dia enggan tetapi insist saya untuk berjumpa dengan ‘kawan’ dia yang ‘sudah berjaya’. Sememangnya saya kurang gemar pendekatan yang sebegini. Daripada perbualan saya dengan dia, dia sering menceritakan kejayaan kawan-kawan lain yang telah join bisness tersebut. Antara soalan yang diutarakan kepada saya adalah.. ‘Kau tau mau ke hantar mak ayah ko pegi haji?’…‘apa matlamat hidup ko..xkan nak mcm ni je kais bulan makan bulan…kita kena ada sumber pendapatan yang kukuh supaya boleh bantu bangsa dan agama kita’…. Itu antara ungkapan dia. Semestinya kita akan rasa tercabar bila diutarakan soalan sebegitu, lebih2 lagi soal nak menghantar mak ayah pegi haji. Sudah tentulah kita mengkehendakkan yang sedimikian rupa. betul x?

Tetapi kita digasak dengan soalan bila dan secepat mana kita boleh hantar mereka ke tanah suci… Persoalannya, kita sudah ada cara sendiri mcm mana kita nak menguruskan kehidupan kita. Sekiranya pendapat kita hanya 4 digit sahaja. Kita hiduplah bersederhana. Tidak perlu untuk berperasaan sedikit riak dan takabbur.

Bebalik kepada kawan saya tadi, dia seorang perempuan. Namun, selepas dia mengikuti bisness tersebut saya dapati prestasi kerja dia merosot. Bagaimana saya tahu?..sebab dia under command saya di tempat saya bertugas. Siang malam ajak saya dengar T-party la, Meeting sana sini la..mcm2. Saya akui itu tempat mereka brainwash prospek. Perangkap prospek dengan soalan2 ‘cepu emas’ seperti contoh diatas. Satu persoalan saya, prospek2 mereka ini kadang2 yang baru hendak mulakan hidup, baru bekerja tetapi disuruh meletakkan modal sehingga rm 40 k untuk mulakan perniagaan dan mendapat pulangan lumayan secepat mungkin. Wang keahlian belum dikira lagi. dari manakah modal itu didapati?? Ya, melalui pinjaman bank, kawan dan juga famili..

Saya rasa sakit hati sangat bila mengenangkan org yang kesempitan duit tetapi telah terjebak kerana terperangkap kata-kata fantasi mengikuti bisness ini yang kebanyakannya dari penelitian saya tidak bertambah baikpun taraf kehidupan mereka. So, lagi banyak la masalah yg akan menimpa nanti. Hutang bertambah dan mula masalah sosial berlaku. Prestasi kerja berkurangan di pejabat.

Soalan lagi. Adakah kita sebenarnya ikhlas dengan tanggungjawab kita yang hakiki di tempat kerja?? Adakah kita melakukan amanah yang disuruh sebaik mungkin?? Jika ya, tidak mengapa kita join part time diluar, tetapi biarlah yang telus tanpa berselindung disebalik kata-kata manis menjanjikan bintang di langit tinggi.

Kepada pembaca sekalian, tanya lah hati apa kemahuan dan matlamat hidup kita didunia ini sebenarnya? semoga dengan matlamat itu la kita bina titian perjalanan ke tempat yang hendak kita tujui selamanya…InsyaAllah

Prokrastinasi terlampau
Prokrastinasi terlampau - sekadar gambar hiasan.

Sungguh sukar mengeluarkan diri dari belenggu prokrastinasi

hanya itu yang mampu diucapkan oleh hati sanubariku.

Apabila perniagaan merudum, bercampur pula dengan urusan peribadi yang tak menentu, berkebetulan pula dengan kes-kes kecemasan yang hadir tanpa diundang, maka di saat itu jugalah prokrastinasi mula menjinakkan diri di dalam sanubari tuannya.

Di tengah kesibukan vs kemelesetan itu maka berbondong-bondonglah datang peluang-peluang samar yang menjanjikan kebahagiaan bersifat sementara.

Di saat itu juga rakan-rakan sebaya datang membawa pengaruh-pengaruhnya yang berbagai. Yang berkaki pancing datang membawa joran, yang berkaki lepak datang membawa alat-alat lepaknya, yang berkudis buta pun datang membawa kudis-kudisnya. Jijik aku!

Soleh.Net-ku, kerja-9-5-ku, part-time-bisnesku, keluarga-anak-isteriku, semi-D-ku, Waja-Kancil-ku, dan duniaku – semuanya menanti curahan kasih sayang dariku.

Masihkah perlu aku ber-prokrastinasi? Wallahu a’lam.