Soleh.Net » Negaraku?

Celcom lenyap kredit, dealer disalahkan: Mungkinkah aku mangsa pertama?
Kreditku ditolak RM10 tanpa sebab

Kredit RM10 lenyap dari handphoneku. 5 Januari 2010 jam 1:28pm aku topup RM10 menggunakan khidmat ezReload milikku.

Tepat jam 5:25pm hari yang sama, aku sudah tidak boleh buat panggilan keluar menggunakan handphone tersebut.

Bila aku periksa melalui WSC Celcom, itulah penyata yang aku dapat (lihat gambar di atas). Tanpa sebarang perasaan panik atau haru atau terkejut, aku membuat panggilan ke Celcom Careline (1111).

Hampir 10 minit aku terangkan apa yang terjadi, cik adik yang menjawab panggilan pun membuat semakan, lebih kurang 3 minit. Kemudian aku disuruh menunggu, ada lah lebih kurang 3 minit, tunggu lagi, 3 minit.

Akhir sekali, cik adik tadi mengatakan yang mereka tak dapat membuat apa-apa, kerana ini semua kerja ‘dealer’ pihak ketiga (which is me).

Aku menerangkan kepada cik adik tadi dengan penuh sopan santun, bahawa pihak ketiga tidak pernah dan tidak mempunyai akses sama sekali untuk membuat tarik balik terhadap mana-mana kredit yang telah dijual.

Mungkin ada pembaca yang sedia maklum tentang perkara ini. Walau macam mana pun kesilapan kita, termasukkan kredit kepada orang lain, walau sebanyak mana sekali pun, itu lah kerugian yang terpaksa kita tanggung, di mana pihak Celcom tidak akan memulangkan kredit yang telah dijual. Paling tidak pun, kita hanya boleh meminta kredit sharing dengan orang yang telah kita salah topup tadi. Itu pun kalau mereka nak bagi.

Berbalik kepada kisah tadi. Namun, cik adik tadi tetap meminta aku supaya merujuk ‘dealer’ untuk selesaikan masalah ini. Padahal dah beberapa kali aku maklumkan bahawa ‘dealer’ yang dimaksudkan itu adalah aku, dan aku sendiri tidak dapat memeriksa apa-apa transaksi tarik balik yang telah dijalankan.

Berikut petikan perbualan antara aku dengan Celcom Careline (CC):

CC: Kami tidak dapat membantu kerana ini antara encik dengan dealer.

Aku: Sayalah dealer tu, takkan saya nak tipu diri saya sendiri. Takkan saya nak tarik kredit saya sendiri.

CC: Encik kena berurusan dengan dealer, kami tidak dapat membantu. (ntah pape ulang ayat sama)

Aku: Tak paham ker, saya merupakan dealer yang bertanggungjawab memasukkan kredit saya sendiri. Dan sekarang ni kredit itu telah lenyap begitu sahaja.

CC: Encik boleh tanya dealer dan cuba mintak dia selesaikan.

Aku: Macam ni lah. Setiap transaksi dibekalkan ID. Boleh tak tolong cek ID transaksi ini?

CC: Tak boleh encik, encik kena berurusan dengan dealer (ni robot ke ape nih, asyik ulang ayat sama jer)

Aku: Tolong cek transaksi ini.

CC: Tak boleh encik, kalau kad gores baru boleh cek sebab ada nombor S/N.

Aku: Habis apa guna ID transaksi ni?

CC:  Saya pun tak tau (BODOH BETUL ORANG NI)

Selama 3 hari, termasuk hari ini aku menghubungi mereka. Ternyata mereka tiada jawapan.

Dalam kes berasingan, apabila aku minta mereka tarik balik kredit yang sudah dijual (atas kesilapan sendiri), mereka kata yang dah jual tak boleh tarik balik, walau dengan apa cara sekali pun.

Habis tu kenapa dalam kes aku ni, mereka kata dealer (iaitu aku sendiri) tarik balik kredit tersebut?

Ada sesiapa yang ada idea kepada siapa harus kuadukan permasalahan ini? Harap dapat tolong. Lihat penyata yang lebih jelas di bawah ini:

Apa kata anda?

P/s: Bukan kerana RM10, tetapi untuk mengetahui apakah tindakan susulan yang perlu diambil sekiranya terjadi ke atas pelanggan-pelangganku selepas ini.

P/p/s: Ini bukan masalah ezReload, tetapi masalah Celcom. Sila tampil mana-mana pihak Celcom untuk membuat penyataan.

Nyalakan Lampu Kenderaan Semasa Hujan
Bertindak dengan bijak, ingatlah insan tersayang!

Jangan sayang untuk nyalakan lampu kenderaan semasa hujan. Tak kiralah sama ada kereta, motosikal, van, lori, bas dan apa pun jenis kenderaan yang anda pandu, nyalakan lampu kenderaan anda. Kadangkala aku geram dengan orang terlebih jimat ni.

Ini soal keselamatan, bukan soal anda nampak atau tidak. Memanglah waktu malam anda nyalakan lampu supaya anda yang nampak jalan. Tetapi dalam keadaan hujan, bukan anda yang menjadi penyebab, tetapi pengguna jalan raya lain yang MESTI nampak anda.

Ini tidak, mentang-mentanglah pandu kereta perlahan, siang hari, nampak jelas, dan sebagainya, jadi sayang pulak nak nyalakan lampu. Ini dinamakan berjimat tak kena pada tempatnya.

Dalam keadaan sebegitu, banyak perkara boleh berlaku dan boleh menyebabkan kecelakaan. Antaranya kenderaan bertentangan yang memotong tidak dapat melihat kewujudan anda.

Mungkin anda akan kata, dah tak nampak, tak payahlah memotong!

Itu orang, bukan anda. Kalau anda berada di tempatnya, mungkin itulah yang anda lakukan. Tetapi kalau bukan anda di tempat tersebut, adakah bila dah terkena pun anda tetap nak salahkan mereka?

Nak salahkan boleh, nak saman pun boleh. Tapi tiada siapa yang dapat menggantikan apa-apa kecacatan dan kecelakaan yang menimpa diri anda, keluarga anda, kereta anda, lori anda, bas anda, dan nyawa anda!

Fikir-fikirkan! Wallahu a’lam.

PRK P.36 KT: Panas yang “belum berbahang”
Siapakah si tuah yang bakal menjadi pemimpin pilihan ramai?

Bagi yang kabur sewaktu membaca tajuk di atas, biar aku terangkan. Ia berbunyi begini:

Pilihan Raya Kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu, panas yang belum berbahang.

Proses Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.36 Kuala Terengganu telah pun berlangsung dengan jayanya 6 Januari 2009 yang lalu. Ramai yang sudah maklum akan tarikh bakal bersejarah 17 Januari 2009 tidak berapa lama lagi.

Pada mulanya, ramai yang menyangka PRK kali ini bakal membawa suatu suasana yang penuh kehangatan. Namun sehingga ke hari ini, belum nampak apa-apa isu yang hangat dan menimbulkan kontroversi besar di antara tiga penjuru, iaitu BN, PAS, dan Bebas.

Apa yang timbul hanyalah perkara-perkara remeh yang sudah lapuk dan tidak menimbulkan sebarang kepanasan mahupun kemarahan mana-mana pihak. Itulah yang dirasai penduduk setempat pada ketika ini.

Begitu juga dengan pihak SPR, amat selesa dengan kedudukan semasa. Pada mulanya, timbul beberapa persoalan tentang bilangan pemilih berusia 100 tahun ke atas yang dikatakan melebihi seribu orang. Setelah diperiksa, ternyata hanya tuduhan palsu pemanas keadaan.

Hanya 46 orang sahaja pemilih 100 tahun ke atas yang berdaftar dan layak mengundi di Kuala Terengganu untuk PRK kali ini. Nak tahu sumbernya, sila dapatkan buku daftar pemilih yang digunakan untuk PRK kali ini di pejabat SPR berhampiran, dan buat analisa anda sendiri.

Cuaca panas yang tidak berbahang ini bagaimanapun memberi kesan yang kurang baik kepada pihak media. Tiada isu, tiadalah berita. Tiada berita, tiadalah kerja. Tiada kerja, tak berasaplah dapur. Begitulah set minda sesetengah pihak media.

Kerana itu, yang nyata kuat membawa kepanasan ialah sesetengah pihak media tersebut, yang bagiku secara terang-terangan sedang berlaku tidak adil dan bersikap berat sebelah dalam meuar-uarkan sensasi PRK yang sedang berlangsung ini.

Bukan niat aku untuk menghentam mana-mana pihak. Tetapi di zaman moden ini, semua pihak terutama umum, sudah mula membuka mata dengan tidak menerima bulat-bulat apa yang disajikan oleh media utama. Ramai yang gemar membuat penilaian dan analisa sendiri dari pelbagai sumber media, utama dan alternatif.

Oleh itu pihak media utama harus mula bersikap telus dan berkecuali, seperti yang semakin jelas dipraktikkan oleh SPR. Tidak perlu lagi menabur fitnah-fitnah kerepot yang memalukan.

Justeru, aku cuma mengharapkan pihak media memainkan peranan dengan lebih profesional dan beretika, bukan seperti sekarang yang aku kira tidak bermaruah dan tidak bertamadun.

Wallahu a’lam. Apa kata anda?

Pengertian Mufti menurut kacamata Islam
Album puisinya bakal terbit!

Dengar cerita Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal meletakkan jawatannya sebagai seorang mufti setelah habis kontrak. Tepat sekali dengan minat beliau yang mendalam terhadap wadah dakwah.

Berkebetulan dengan perletakan jawatannya, izinkan aku berkongsi sedikit pandangan tentang apa yang aku faham tentang mufti.

Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan seorang mufti. Apatah lagi hendak mempersoalkan kredibiliti seseorang yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam.

Sudah sekian lama hatiku bersuara. Mufti tidak perlu ada blog. Mufti juga tidak perlu bermain isu politik. Mufti juga tidak tulis lagu puisi, apatah lagi menerbitkan album.

Mufti yang sebenar ialah seorang yang diberi mandat oleh Sultan (atau Raja) sesebuah negeri sebagai pemegang fatwa bagi negeri tersebut.

Mufti adalah seorang yang memegang kedudukan tertinggi selepas Sultan. Tugas mufti amatlah berat, termasuk menulis fatwa, menyimpan fatwa dan membatalkan fatwa.

Jika dibandingkan dengan sistem perundangan Malaysia, mufti itu sebenarnya setaraf dengan seorang hakim.

Pasti ramai yang tahu bahawa seorang hakim tidak boleh keluar minum sebarangan, tidak boleh ke pasar, tidak boleh berjumpa orang ramai, dan sebagainya.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa mufti juga begitu. Kata-kata seorang mufti adalah wajib untuk diikuti, melebihi daripada kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulamak.

Sebagai contoh, katakan di dalam sesebuah kitab terdapat hukum bermain seruling adalah harus. Mufti pula mengatakan bermain seruling itu haram. Maka leburlah penyataan di dalam kitab itu, manakala kata-kata mufti pula yang wajib diikuti. Demikianlah tingginya darjat seorang mufti.

Dengan kata lain, seorang mufti bukan seorang pendakwah, tetapi seorang pendukung. Tugasnya pula bukan menegakkan agama, tetapi memelihara agama. Tidak boleh berjumpa orang ramai di pasar, menerbitkan album, aktif berblog, dan sebagainya, supaya kredibiliti seorang mufti itu terpelihara.

Begitulah yang aku pelajari dari tuan guruku. Sebarang ketidaksetujuan atau perselisihan pendapat eloklah dibincangkan. Aku juga tidak lari dari kejahilan diri, wallahu a’lam.

Maybank2u kekalkan aplikasi lama sebagai alternatif?
Maybank2u.com - ada laluan alternatif?

Selepas saudara NoktahHitam membuat linkback kepada Maybank2u, barulah saya sedar tentang keluhan beberapa staf di pejabat tentang portal kewangan tersebut. Maybank2u.com sudah berwajah baru!

Apabila saya uji pada saat itu, memang menjengkelkan. Kelambatannya mengalahkan sang kura-kura yang keletihan selepas mengalahkan arnab.

Itu belum disebut pasal ralat dan kegagalan lagi. Nak cek baki akaun tak boleh, nak topup prepaid pun tak dapat. Terlampau banyak error di kala masyarakat Malaysia moden memerlukan mereka di saat-saat genting ini.

Kehairanan saya bertambah, apabila saya menyedari baru sekejap tadi saya cek baki di komputer saya. Tiada sebarang masalah. Semuanya seperti sedia kala.

Rupa-rupanya, pihak mereka masih mengekalkan laluan lama, dengan URL yang lama, tanpa apa-apa redirection.

Kebetulan saya Bookmark login page aplikasi tersebut. Mungkin sebagai laluan alternatif, atau mereka terlupa (tak mungkin!)

Saya dah cuba lakukan transaksi pada aplikasi lama, ternyata masih seperti biasa. Berjalan lancar dan berhasil.

Mungkin ada yang kurang sukakan perubahan, lebih-lebih lagi masa nak cepat, bolehlah cuba laluan lama.

Klik logo Maybank2u di atas, atau klik sini. Wallahu a’lam.

P/s: Masih menanti Hardisk yang tak kunjung tiba

Sikap kerani awam di kaunter selalu menyakitkan hati
Dah cukup lama aku tak menulis. Masaku kini amat terhad. Atau, aku sendiri yang tak pandai nak urus masa?

Mungkin juga, aku kekurangan idea untuk mengarang kisah-kisah masyarakat. Malah aku juga kekurangan mood untuk berbicara melalui penulisanku kini.

Untuk mengembalikan semula mood pembicaraanku dalam Soleh.Net, izinkan aku berbicara sedikit tentang kakitangan kerajaan.

Aku tidak berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, sama ada pihak atasan, mahu pun bawahan, mahu pun pihak sahabat handai yang berkaitan dengan topik hari ini.

Tapi hatiku selalu tertanya, mengapa penjawat awam, terutamanya yang berpangkat pembantu tadbir atau lebih dikenali sebagai kerani, yang biasanya kita berurusan dengan mereka di kaunter, selalu menyakiti hati dan perasaan pelanggannya (rakyat)?

Semalam, seorang pemuda memasuki pejabat agama untuk menghantar gambar berukuran paspot untuk buat kad kahwin. Gambar yang dibawanya tidak dapat diterima, sebab kedudukannya menyerong macam gambar orang kenamaan.

Oleh kerana pemuda itu sukar untuk ke pejabat agama atas faktor jarak, dia meminta izin untuk mengirim gambar lain melalui email.

Kerani kaunter dengan muka berkerut itu menghubungi pihak OMPD (tukang proses kad kahwin) untuk bertanyakan hal tersebut.

*OMPD: bahasa pasarnya tukang masuk data dalam komputer lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

“Tak boleh, sebab nak scan!” jawab OMPD tersebut kepada kerani dengan angkuhnya.

Kerani tadi pula membalas keangkuhan itu dengan menjawab kepada pelanggan tadi dengan angkuhnya juga.

“Kalau dalam email, takleh nak scan!” katanya lagi.

Alahai bodohnya. Malu aku yang jadi saksi kat belakang ni. Pemuda tadi air mukanya dah lain macam. Macam nak marah pun ada, macam malu pun ada, macam satu penyesalan berkunjung ke pejabat agama pun ada.

Bukankah tujuan scan tu adalah semata-mata untuk dimasukkan ke dalam komputer? Bukankah email itu dah sememangnya berada di dalam komputer? Kan sama tu… Bezanya, ia lebih menjimatkan masa, tenaga, dan minyak (petrol) semua pihak. Hangin aku mendengarnya!

Diorang ni nak kata kursus, memang banyak. Hari-hari cerita hal komputer, ICT, teknologi, dan sebagainya. Masing-masing tak padan langsung nak berlagak tunjuk hebat.

Kalau degil nak scan juga (wahai OMPD), print jer lah attachment gambar tu dari email, pastu scan balik.

Kalau tak leh terima kertas A4 biasa, beli glossy paper yang high standard punya tu, Kodak Paperâ„¢ ker.

Kemudian print cantik-cantik dan kemudian scan balik untuk dimasukkan ke dalam komputer.

Kata bodoh, marah. Tapi itulah hakikatnya, dah bodoh sombong pulak tu. Geram aku dibuatnya. Sakit hati aku!

Wahai OMPD, masuklah sekolah memandu semula, buat sedikit penyelarasan developmental.

Agak-agak diorang ni bawak kereta, eksiden tak? Eee bahaya nyer. Takut aku, teringat kat pemandu drag yang meninggal dunia akibat kemalangan kelmarin.

Belum habis lagi cerita aku hari ni. Sikit sahaja lagi. Sabar yer, teruskan pembacaan.

Belum sempat aku keluar dari pejabat agama tersebut, masuk pula seorang lagi pemuda, dengan ibu dan bapanya, yang datang dari jauh, melebihi 2 marhalah.

Datang ke pejabat tersebut semata-mata kerana mendapat tahu bahawa di situ ada peluang untuk selesaikan masalah mereka (berdasarkan laporan akhbar baru-baru ini).

Mereka meminta bantuan pejabat agama supaya pemuda itu dapat berkahwin dengan gadis pilihannya yang dihalang orang tua gadis tersebut.

Kerani tadi terus jawab, “mana boleh, kita tak boleh tolong.”

Sakit telinga aku. Kalau iyer pun, jawablah dengan sopan sikit. Gunalah perkataan encik.

Yang aku hairan, kalau pejabat agama tak boleh tolong, nak pergi ke pejabat mana lagi? Namanya pun pejabat Qadhi, tempat urusan perkahwinan dan pernikahan.

Pakcik tu pun bagi tau, “tolonglah, mereka dah masing-masing sama-sama nak antara satu sama lain. Kami sebagai orang tua sebelah lelaki dah setuju. Sebelah perempuan pun semua dah setuju, kecuali ayahnya. Macam mana nak buat? Tak kan nak suruh kahwin kat siam kot? Kalau boleh, benda baik ni nak buat cara baik..” katanya sayu.

“Yang itu kami tak nak ambik risiko,” balas kerani pangkat SPM tu penuh angkuh. Bukan nak hina SPM, tapi kalau dah perangai tu buruk, jangan kata SPM, yang ada PhD pun orang benci.

Pakcik tu balas lagi, “kan hari tu ada masuk paper pasal orang sini dikahwinkan oleh tuan Qadhi pejabat agama, kerana tak dapat dinikahkan sebab berlainan parti?”

Jawab kerani, “politik lain laa…..” dengan penuh kebodohannya.

Apakah point kamu wahai kerani kaunter yang kurang bijaksana? Sedarkah kamu dengan apa yang kamu katakan itu? Tidak ada kena mengena langsung.

Nasib baik lah aku ni tidak seberani Affuan. Kalau tak, mesti aku dah sound direct dengan menggunakan mulut yang disertakan dengan tangan yang dibantu oleh selipar atau kasut yang kupakai pada masa itu.

Akhir kata, harapan aku kepada kakitangan kerajaan, jalankan tugas dengan hati yang mulia dan ikhlas. Berbudilah sepertimana yang kamu inginkan orang lain berbudi kepada kamu.

Makan gaji buta itu tiada keberkatan.

Wallahu a’lam.

Mentaliti pelabur ASJ
Hari ni aku bukan nak promote tentang pelaburan ASJ mahupun pulangan balik pelaburan ASJ yang menguntungkan, tapi aku nak buat satu sesi luahan perasaan terhadap mentaliti pelabur-pelabur ASJ ini.

Seperti biasa, sesudah kita membuat pelaburan di kaunter, kita akan tinggalkan kaunter.

Masalahnya, ada beberapa pelabur yang selalu tertinggal barang di kaunter.

Ada yang tertinggal beg duit, ada yang tertinggal lighter, dan sebagainya.

Jap, korang tahu tak apa itu ASJ? Kalau tak tahu, teruskan pembacaan.

Kadang-kadang bila kita melabur, ada ‘belen’. Ada orang suka budaya “Keep the change“. Ada juga yang suka ambil belen. Yang aku tak tahan, ada juga yang tertinggal belen kat kaunter. Menyusahkan orang lain betul!

Satu lagi, ada juga yang suka duduk kat kaunter tu sorang-sorang. Yang menunggu punyalah ramai duduk beratur kat belakang. Dia buat selamba bodoh jer. Geram gak aku kadang-kadang. Sebabnya, aku pun termasuk dalam salah sorang yang beratur tu.

Dah lah aku ni dengan banyak kerjanya, nak sambung kerja pejabat lagi, bos tunggu lagi, macam-macam lagi lah.

Pastu bila tiba turn aku, tengok-tengok penuh habuk rokok kat kaunter. Apa punya perangai lah pelabur-pelabur sekarang ni.

Tahulah kaya, banyak duit. Janganlah sombong dan angkuh sangat. Mentang-mentang banyak duit, boleh pulak buat macam tu. Tu kalau yang banyak duit.

Yang takde duit, boleh pulak duduk kat kaunter tu berjam-jam semata-mata nak hisap rokok. Bukannya ada awek cun pun kat kaunter tu. Kalau nak hisap rokok, pergilah kat tempat merokok, bukan kat kaunter pelaburan ASJ!

Jap jap, korang tahu tak lagi apa itu ASJ? Kalau masih tak tahu, teruskan lagi pembacaan.

Yang jadi masalahnya, yang tinggal duit belen kat kaunter nih. Kalau tanya, semua tak ngaku. Dah tu next person pulak yang kena bertanggungjawab. Nak ambik ker, nak sedekah ker, masing-masing boleh fikir sendiri.

Yang tak tahannya, the next person itu adalah aku. Susah betul aku nak tolong. Maklumlah bila dah terjumpa benda tu, memang kena kontrol nafsu punya. Kalau ambik, berdosa. Kalau tak ambik, rugi.

Ambik pun tak untung, tak ambik pun tak untung. Aku ni bukannya ada masa nak tolong benda-benda yang takde untung ni. Kalau dapat untung takpe gak.

Tapi biasanya aku tolong sedekahkan. Harap-harap dapatlah pahala. Boleh jugak buat pelaburan jangka masa panjang. Betul tak?

Jap jap jap, korang tahu tak ni, apa itu ASJ? Kalau tak tahu jugak, meh sini aku bagi tau.

ASJ tu Amanah Saham Jamban! Wakaka. Yang aku nak marah sangat ni, dalam zaman moden yang serba canggih ini, ada lagi makhluk Tuhan yang bernama manusia ini yang tak reti nak gunakan tandas dengan betul.

Padahal tiap-tiap hari manusia normal guna benda tu.

Perkara pertama yang aku rasa berat sangat adalah masalah melepaskan bom bukan di tempatnya. Kalau yer pun besar sangat, pandai-pandailah bajet kasi masuk semua dalam lubang. Janganlah separuh masuk, separuh lagi terkeluar.

Kalau terkeluar jugak, cepat-cepat cuci balik, barulah orang lain tak tahu. Kalau tak nampak apa-apa masa melepas, selepas melepas tu, pakai seluar siap-siap, pandang sekejap ke belakang. Perhatikan ada tak benda-benda pelik kelihatan di sekitar mangkuk tandas itu?

Janganlah kita ni dikatakan tua sesajer jer, basuh berak pun tak pandai. Memalukan sungguh!

Yang kedua, bab guna paip yang ada tuil pada muncung hos. Yang tu pun masih ramai yang tak reti guna. Tua sesajer jer. Kalau pun first time tengok benda alah tu, rasi-rasikanlah diri dengan benda tu.

Buatlah sedikit “Trial and error”. Sambil-sambil melepas, cuba kuis sana kuis sini. Bukan orang tahu pun. Jangan sampai tercabut kepala hos tu dah lah.

Muncung tu kalau nak air paip tu continuous, angkat tuil tu ke atas. Tak yah nak cabut-cabut kepada muncung pulak. Dah tu kalau jenis pandai pasang balik takpe, ini tinggal jer macam tu. Menyusahkan orang lain.

Hari ni nak dijadikan cerita, sebab tak reti-reti nak pasang balik, muncung tu dah kena curi. Tak ke lebih menyusahkan? Cacat tandas kat level opis aku!

Yang ketiga bab rokok. Kalau dah tak reti-reti nak dengar nasihat orang supaya berhenti merokok, reti-retikanlah diri untuk jaga etika ketika merokok dan selepas merokok. Jangan sampai menyusahkan orang lain.

Ada juga manusia-manusia sengal yang merokok dalam tandas, habuknya dibuang di atas lantai. Kalau kita ni bijak, cucilah sekejap dengan aliran air, bukan susah pun. Ini tidak, ditinggalkan sahaja begitu. Bila orang lain masuk, kalau jenis tak reti bahasa jugak, dipijak-pijaknya habuk itu, dijangkitkan pula ke tempat lain.

Akhirnya, makcik cleaner jugak yang jadi mangsa harian. Kesian diorang. Sepatutnya kerja diorang adalah menolong kita supaya mendapat persekitaran yang selesa untuk bekerja, bukan orang gaji kita, sampai habuk rokok ngan najis kita pun nak dicucinya.

Bini korang pun tak sanggup buat kerja-kerja macam tu? Kalau kena korang buat macam tu kat rumah, gerenti kena bebelan pedas edisi Hot & Spicy sebanyak empat karung kat tepi telinga korang!

Dah lah, malas dah aku nak membebel panjang-panjang. Nak gi sambung kerja pulak.

Harap-harap dapatlah sedikit sebanyak pengajaran daripada pembebelan di atas. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Wallahu a’lam.

Antara parti dan SPR: Siapa yang kotor?
Sedang aku lena dibuai mimpi, aku dikejutkan dengan sekeping trackback yang berdesup muncul secara tiba-tiba.

Datang dari celahan blog afham, membuatkan biji mataku menjadi terang benderang di kala pagi yang buta ini.

Dalam luahan hati saudara Afham tentang PRU-12, beliau ada menyebut begini:

“Penipuan awal oleh SPR ini sudah dapat dibuktikan dengan pelbagai isu seperti pendaftaran pengundi hantu. Ada bayi baru lahir pun mengundi.”

Oleh kerana kebetulan link tersebut terkena pada aku, izinkan aku untuk menerangkan maksudku yang sebenar dalam post tersebut, yang mungkin agak mengelirukan pembaca Soleh.Net kesayanganku ini…

Frasa “Penipuan awal oleh SPR” di atas berpaut pada post aku yang bertajuk “Kedatangan â€˜Wakil SPRâ€™ (Penipu) ke Kampungku“.

Wakil SPR (penipu) itu maksud aku, seorang wanita yang datang ke rumah aku dengan mengatakan bahawa dirinya itu pegawai SPR.

Bila aku soal siasat dia dengan bertanyakan pas (tag) SPR, dia tak boleh nak jawab. Padahal aku pun tak sure pun tentang kewujudan pas SPR itu.

Rupa-rupanya dia tu orang parti. Sebelah mana, jangan tanya aku. Aku pun tak dapat nak cam.

Tapi yang penting, dia mengaku bahawa dia seorang pegawai dari SPR. Jadi, bila dia buat sesuatu yang kurang manis, imej SPR yang akan tercalar disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu.

Jadi pada aku (bukan nak bekap SPR), permainan politik sangat kotor. Tidak kira parti mana, masing-masing dengan cara yang tersendiri.

Matlamat mereka hanya satu, iaitu menang bertanding merebut kerusi semasa Pilihan Raya, seterusnya menjadi pemerintah di sesebuah kawasan DUN / Parlimen mahupun negara.

Namun, segala pertuduhan yang dilemparkan terhadap SPR, tidak kira yang benar atau tidak, adalah berpunca daripada kelemahan SPR itu sendiri.

SPR perlu lakukan perubahan dan pembaharuan, bukan penafian terhadap kelemahan sendiri.

Banyak kelemahan yang memangkin orang ramai mempersoal integriti dan ketelusan SPR.

Isu keadilan (bagi aku) bukan persoalan, tetapi isu ketelusan dan kecekapan. Tidak sesuai perkataan “Cekap dan Telus” yang digunakan dalam motto SPR.

SPR perlu bekerja secara proaktif. Sikap “buat senyap” perlu dikikis. Hasil kajian aku sendiri mendapati ramai antara kita yang tidak arif tentang SPR dengan menganggap SPR:

badan bukan kerajaan;

menerima undi hantu;

mendaftar pemilih tak cukup umur;

tidak berlaku adil;

dan sebagainya (ngantuknyer…).

Masih ramai juga yang tidak tahu bahawa:

pendaftaran pemilih diterima sepanjang tahun, tetapi disahkan setiap suku tahun, 4 kali setahun iaitu pada 31 Mac, 30 Jun, 30 September, dan 31 Disember;

pendaftaran setiap pemilih disemak oleh semua orang di setiap Pejabat Daerah, setiap kali Rang Daftar Pemilih dipamerkan selepas tutup setiap suku;

pendaftaran tidak akan disahkan sekiranya terdapat walau satu bantahan dalam satu parlimen;

tidak ada pemilih yang didaftarkan tidak cukup umur, melainkan kekeliruan dalam nombor kad pengenalan;

Nota: Permulaan nombor kad pengenalan 87 hingga 08 adalah pemilih yang lahir tahun 1887 hingga 1908, bukan 1987 hingga 2008.

pemilih yang meninggal dunia mesti didaftarkan untuk pemotongan, tiada pemotongan automatik;

Jadi semua yang rakyat tak tahu / tak mengerti / tak perasan ni, SPR lah yang perlu memberi pendidikan dan peringatan yang berterusan.

Pelbagai media boleh digunakan, terutama TV. Laman web spr juga tidak kurang buruknya. Baik masuk Soleh.Net – cantik dan sedap dipandang!

Oleh kerana aku tak dapat nak tahan lagi mataku ini untuk terus menulis, aku nak pendekkan post aku ni setakat ini sahaja.

Insya-Allah kalau ada kelapangan, aku sambung lagi.

Wallahu a’lam.

Apa yang korang tahu tentang PRU-12?
Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dah semakin hampir. Debaran rakyat sudah mula dirasai segenap pelusuk tanah air.

Gelombang biru, hijau, merah, kuning, biru air laut, dan sebagainya, melonjak-lonjak, penuh warna warni.

Ceramah-ceramah politik bergema di mana-mana, kecuali pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kat situ mana ada orang nak buat ceramah, takde maknanya.

Tapi apa yang korang tahu tentang pilihan raya? Banyak ker yang korang tahu? Ker banyak yang tak tahu? Kalau tak pasti, sila jawab soalan aku di bawah ini:

Korang tau tak Hari Penamaan Calon adalah pada esok, 24 Feb 2008?

Korang tau tak Tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 adalah pada 8 Mac 2008 ini?

Korang tau tak yang nama korang ada daftar pemilih atau tidak?

Korang tau tak kat mana korang nak mengundi / Pusat Mengundi?

Korang tau tak saluran berapa Tempat Mengundi korang?

Korang tau tak siapa yang korang nak pangkah dan apakah sebabnya?

Korang tau tak tentang politik kotor dan peraih undi?

Apa lagi yang korang tahu, yang aku tak tanya?

Untuk memeriksa nama anda sama ada telah berdaftar dan disahkan dalam daftar pemilih, korang boleh cek dekat Daftar J.

Dalam Daftar J juga dinyatakan negeri, parlimen, DUN, daerah mengundi, pusat mengundi, tempat mengundi (saluran berapa), masa mengundi dan lain-lain.

Kalau korang tak tau nak undi siapa, tak payah pergi mengundi. Membazir masa dan tenaga jer.

Kalau nak mengundi, korang mesti tahu dan kenal siapa yang korang undi. Pastikan orang yang korang undi itu akan mengambil berat pasal korang di masa hadapan.

Jangan tertipu dengan janji-janji kosong. Jangan mudah terpedaya. Sebab tu kena kenal calon yang kita nak undi.

Jadi, pastikan korang mengundi seseorang yang boleh memimpin korang. Seseorang yang boleh jaga hati perut korang. Seseorang yang tidak akan membiarkan korang lapar dan dahaga. Seseorang yang menjaga hak-hak korang sebagai rakyat Malaysia.

Jangan ada sikap nak memecahkan bangsa sendiri. Jangan ada perasaan hasad dengki di dalam hati. Ini adalah negara kita, masa depan kita. Kita yang berhak menentukan! (kataku dengan nada orang politik)

Sebagai contoh, korang berdaftar di kawasan Dato’ Nik Aziz. Sebagai pemilih yang adil, bijaksana dan waras, korang mesti undi beliau.

Jap jap! Jangan salah sangka. Aku bukan meraih undi. Aku bukan pancing undi. Aku nak terangkan maksud mengundi, sebab ramai orang tak faham, termasuklah saudara mara aku sendiri.

Ok kita sambung balik. Kalau undi pihak berlawanan dengan Dato’ Nik Aziz, takde maknanya. Ada ke masuk akal agak-agak korang? Undi-undi takde matlamat tu maknanya nak pecah belahkan umat Islam.

Kenapa aku kata macam tu? Kerana, beliau merupakan pejuang agama. Beliau juga adalah seorang tuan guru yang disegani. Sudah berpuluh-puluh tahun beliau memerintah kawasan beliau, sehingga sekarang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Fikir logik laa, kalau beliau abaikan tanggungjawab, takkan sampai boleh bertahan begitu lama?

Tapi janganlah pulak disebabkan korang nak sangat Dato’ Nik Aziz kekal sebagai Menteri Besar Kelantan, tiba-tiba korang yang berdaftar di Kg, Salor, Kota Bharu, nak undi PAS (dengan mengharapkan Dato’ Nik Aziz menang).

Lagi tak masuk akal. Undi korang tu takleh pakai pun untuk Dato’ Nik Aziz. Takde kena mengena pun dengan beliau.

Baiklah, sebelum korang nak kata aku orang PAS, izinkan dahulu aku bagi korang contoh yang ke-2.

Katakan, korang berdaftar di kawasan Dato’ Idris Jusoh (DUN Jertih). Kalau korang kenal beliau, korang akan kata beliau adalah seorang yang hebat. Beliau bukan calang-calang orang.

Sekiranya pada suatu ketika di DUN Jertih, lahir seorang lelaki yang lebih handal daripada beliau, wajarlah kiranya lelaki hebat tadi yang korang undi, manakala beliau tidak diundi.

Sepanjang pengetahuan aku, beliau dah naikkan taraf hidup dan pemikiran rakyat di kawasan tersebut. Bukan sahaja di Jertih, malahan di seluruh Terengganu.

Tapi kalau dalam keadaan begini pun, korang undi orang lain di tempat beliau, kena pulak yang tak hebat, hanya atas nama parti, wrong number lah jawab aku.

Sebelum korang nak tuduh aku orang UMNO, biarlah aku sekali lagi memberi contoh, yang penghabisan.

Contoh ke-3 ini, berlaku kepada saudara aku sendiri. Beliau anak kelahiran Kelantan, tetapi berdaftar sebagai pemilih di Selangor, pada tahun 1999 (sebab perpindahan tempat tinggal).

Baru-baru ini beliau ke pejabat SPR untuk membuat pertukaran alamat. Hasrat beliau murni, nak jadi pemilih di kampungnya sendiri di Kelantan. Malangnya beliau tidak berjaya, sebab bulan ni baru nak tukar. (mana boleh!)

Jadi beliau cakap dengan aku,

“Aku tak kira, oleh kerana aku tak sempat nak tukar alamat, kat sini pun aku nak berjuang. Aku akan undi parti yang menegakkan agama Islam!” ujarnya dengan penuh semangat kepartian.

Pada masa itu, aku terfikir, kenalkah beliau akan calon yang hendak diundi? Adakah kalau calon yang diundi itu menang, calon yang bergelar wakil rakyat itu akan cakna kepadanya? Kalau kita tak kenal wakil rakyat, bagaimana wakil rakyat nak kenal kita?

Wakil rakyat pun beratus-ratus lagi orang berebut nak mintak pertolongan, mintak duit, mintak cop (stamp), mintak surat sokongan, dan sebagainya daripadanya. Inikan kita yang entah dari mana datang, main undi jer.

Bagi aku, itu bukan berjuang namanya. Kalau kata berjuang, dah tentu beliau dah berjuang bermati-matian (kononnya) untuk tukar alamat pada masa yang sepatutnya.

Ini nak tukar alamat pun tak dapat. Berjuang apa itu?

Tidak kira lah sebelah mana pun kita. Sebelah sini ker, sebelah sana ker, kita mesti berjuang untuk mendapatkan kerajaan yang kita ingini.

Cara perjuangan pula mestilah dengan menggunakan akal dan kewarasan. Bukan ikut sedap mulut jer,

“Aku nak berjuang! Aku nak berjuang!”

Tapi bergeraknya sikit pun tidak. Tau-tau orang lain semua dah siap sedia nak pergi mengundi, kita kat sini alamat pun tak tahu ke mana lagi.

Sebagai contoh (sikit lagi, nak habis dah ni), kawasan Tuan Guru Haji Hadi suatu masa dulu. Kawasan beliau mendapat tuduhan membawa masuk pengundi hantu, sehingga membawa kemenangan besar kepada beliau.

Mana ada pengundi hantu. Semua itu rekaan semata-mata. Aku sendiri dah usul dengan pihak-pihak tertentu. Pengundi-pengundi yang seramai 2,000 orang ini datang dari jauh dan berbeza-beza.

Kisahnya bermula apabila pemilih-pemilih ini sanggup menukar pusat mengundi, dari kampung sendiri, kepada kawasan Tuan Guru (tak pasti DUN Ru Rendang atau Parlimen Marang), dengan menggunakan alamat sekolah pondok Tuan Guru (masa tu SPR belum kuatkuasa pendaftaran mengikut Kad Pengenalan).

Proses pertukaran ini dibuat dari awal lagi, dengan cukup berhati-hati, bersistematik dan tersusun, supaya tidak timbul bantahan dari pihak lawan.

Akhirnya ditakdirkan Tuan Guru menang (pada tahun 1999), atas perjuangan beliau bersama askar-askarnya (pengundi-pengundi tadi). Itulah yang kita panggil perjuangan. Ada strategi, ada pelaksanaan.

Tengok macam aku (bukan nak riak, nak bangga sikit ajer). Aku pun ada strategi. Aku dah tau aku nak undi di mana, dan siapa yang aku rasa layak jadi pemimpinku.

Aku dah kenal calon yang aku nak undi. Aku pun dah pastikan calon tersebut kenal aku. Supaya aku tidak diabaikan di hari muka.

Akhir kata, aku nak bagi tau, semasa mengundi, pilihlah yang sewajarnya. Gunakan kebijaksanaan, bukan nafsu.

Janganlah ada niat-niat yang mazmumah (tak baik). Lambat laun perbuatan kita akan mendapat balasan daripada-Nya yang Maha Esa.

Wallahu a’lam.

P/s: Undi anda adalah rahsia. Oleh itu, simpanlah rahsia anda sebaiknya.

AJL-22: Apa kata anda?
Anugerah Juara Lagu ke-22 berlangsung dengan penuh gilang gemilang malam tadi.

Para peserta bersiap sedia sejak petang semalam lagi. Para penonton pun tidak kurang hebatnya.

Ramai yang sengaja tertinggal solat Asar dan Maghrib. Barangkali AJL lebih besar dari agama? Tepuk dada, tanya iman.

Korang semua macam mana? Ada komen tak tentang AJL malam tadi? Aku pun tengok jugak sket-sket, saje nak buat modal sebagai juri profesional di Soleh.Net. Kui3

Sebagai juri, inilah yang aku dapat simpulkan:

Kumpulan Jinbara dengan lagu berjudul Farhana bagi aku biasa jer, kedengaran dari jauh, agak kemas (masa tu aku tak tengok lagi, dengar dari dalam bilik jer)..

Nora dengan lagu Samudera pun aku rasa agak basi, tapi vokalnya mantap, tak pecah atau sumbang atau pitching lari. Last-last, setelah sekian lama kegersangan tanpa juara, beliau akhirnya berjaya menjuarai kategori Etnik Kreatif!

Siti Nurhaliza dengan penutup kepala tapi mendedah aurat, bagi aku suara dia tak berapa best, kurang power, tapi tang muka dia tu yang aku tak tahan, kiut siot…

Fazli Zainal pulak, mula-mula mantap, lama-lama keletihan. Suara macam tak ikhlas jer nak keluar. Cannot go (bak kata orang Kelantan)..

Fiq, disebabkan beliau pemain simpanan ajer, so tak berapa mantap laa bagi aku. Takde ke’macho‘an Faizal Tahir (Auww!)

Mawi bagi aku memang sentiasa menghibur… Still power, rupa pun makin mengancam, segak dan kemas, nampak cam orang kaye (hampeh punya Mawi).

Yang lain-lain tu aku takde nak komen ape2… biasa jer… Yang tak tahannyer, Estranged Juara AJL-22. Boleh cayer ker? Atau ada politik dalaman? Sama ada nak menaikkan kumpulan tersebut atau nak menjatuhkan pihak yang lain? (Sesedap rasa aku jer nak tuduh menuduh.)

Apa pun, kesian Faizal tahir yang kena ban 3 bulan takleh masuk TV. Dah lah 2 lagu tak dapat nyanyi. Takpe lah, nak buat macam mana, benda dah pun berlaku. Tak boleh nak di’reverse‘ balik.

Hari ni hari dia. Harap dia belajar dari kesilapan. Kita pun kena belajar dari kesilapannya. Bak kata pepatah:

Orang yang bijak sentiasa belajar dari kesilapan. Orang yang lebih bijak sentiasa belajar dari kesilapan orang lain. Manakala orang yang bodoh tidak pernah belajar apa-apa dari sesiapa sekali pun.

Bagi aku, dia (Faizal Tahir) tu ok, bagus, suara pun mantap. Tapi bila dia nyanyi fanatik macam tu, aku pun tak berapa suka. Tak elok dan tak sesuai dengan budaya kita orang Melayu yang sopan santun dan berbudi pekerti mulia (eceh).

Begitulah sembang AJL kita pada pagi ini. Siapa yang tak tengok AJL tu, baguslah. Takde faedahnya pun menatap AJL ni.

Kalau bagi yang tengok tu, takyah lah kutuk-kutuk ker, kondem mengondem ker, caci memaki ker, hina menghina ker, dan sebagainya.

Kerana yang tengok tu pun sama-sama masuk saham. Dapat jugak apa yang dikata.

Wallahu a’lam.