Soleh.Net » Rujukan

Kewujudan Pelbagai Bangsa
Manusia adalah daripada keturunan Adam dan Hawa, tetapi bagaimana boleh wujudnya pelbagai bangsa?

Haa jawab, jawab…

Begini jawapannya:

Kejadian manusia diceritakan dalam al-Quran, yang mana asal usul semua manusia adalah daripada Adam dan kemudian diciptakan pasangannya, iaitu Hawa. Ini dijelaskan dalam ayat 1 surah an-Nisa yang maksudnya:

â€œHai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari â€˜diriâ€™ yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan pasangannya, dan daripada kedua-duanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.â€

Wujudnya juga bangsa selepas penciptaan Adam dan Hawa juga perancangan Allah sehingga dijadikan anak mereka berkembar dengan pelbagai rupa dan warna sehingga timbul konflik antara Qabil dan Habil kerana perbezaan warna dan rupa pasangan mereka.

Ini dijelaskan dalam ayat 13 surah al-Hujurat yang bermaksud: â€œSesungguhnya wahai manusia, Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan puak supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.â€

Penjelasan paling baik adalah Adam dan Hawa memiliki genetik (bahan baka) yang dapat menghasilkan keturunan dengan pelbagai warna kulit. Jelas bahawa Allah mengkehendaki manusia memiliki rupa berbeza-beza. Masuk akal bahawa Allah memberi kepada Adam dan Hawa kemampuan untuk menghasilkan anak dengan warna kulit berbeza-beza.

Apapun penjelasannya, aspek paling penting daripada pertanyaan ini adalah, kita semua berasal daripada ras yang sama, semuanya diciptakan oleh Allah yang sama, semua diciptakan untuk maksud yang sama.

Wallahu a’lam.

Keajaiban Selawat
Selalu kita dengar – di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik), di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) – mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama – berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

Cerita Jin Oleh Ustaz Ismail Kamus
Terngiang-ngiang jer ceramah Ustaz Ismail Kamus di telinga saya. Lucu betul. Tapi ada benarnya juga. Bacalah, kot-kot ada yang terkena…

Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat

(tidak Islam).

Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)

Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca “Salaamun ‘ala Sulaiman, fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin??!! (terkena lagi?? hahaha..)

Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong…” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Amacam, ok tak? Wallahu a’lam.

Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)
Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa’ dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.

Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu’min secara khusus.

Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya , karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-Baqarah: 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:

“Laut itu airnya suci dan bangkainya halal.” (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:

“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya.” (al-Maidah. 96)

Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha’amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu’, iaitu bangkainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

“Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya.” (Riwayat Bukhari)

Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :

Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.

Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya.

Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah:

“Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut.” (an-Nahl: 14)

“Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar.” (al-Maidah: 96)

KESIMPULAN :

DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.

Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja.

Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah.

Sekian, wallahu a’lam.

Tatacara Didik Diri Sendiri
Rasullullah (s.a.w) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat dan jika diabaikan, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain perkara negatif. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone dan toksin yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut dan sebagainya

Wallahu a’lam

Lihat menarik:

Tatacara Didik Anak

Tatacara di Bilik Air

Tatacara Makan dan Minum

Terjemahan Surah Al-Fatihah
Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).

Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

Bimbinglah kami ke jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Lihat menarik:

Doa Paling Mustajab