19 October 2008 oleh ImamKhalid

Maybank2u.com - ada laluan alternatif?
Selepas saudara NoktahHitam membuat linkback kepada Maybank2u, barulah saya sedar tentang keluhan beberapa staf di pejabat tentang portal kewangan tersebut. Maybank2u.com sudah berwajah baru!
Apabila saya uji pada saat itu, memang menjengkelkan. Kelambatannya mengalahkan sang kura-kura yang keletihan selepas mengalahkan arnab.
Baca selanjutnya »
Tag: Belenggu, Maybank2u, Tips dan Petua | Kategori: Negaraku?, Tips |
19 Komen »
14 October 2008 oleh ImamKhalid

Kerosakan teruk pada hardisk di PC saya menyebabkan perjalanan Soleh.Net tersekat, entri-entri baru tidak lagi muncul kebelakangan ini.
Kekurangan dari segi sumber teknikal menjadi penyebab utama aktiviti saya untuk Soleh.Net terhenti buat seketika.
Saya kini sedang menunggu ketibaan hardisk baru yang sedang dalam proses “warranty claim“, yang mungkin mengambil masa sehingga sebulan (mungkin lebih).
Buat sementara waktu saya menumpang PC rakan untuk menjawab serta memberi maklum balas sedikit sebanyak persoalan dan komen yang diajukan di Soleh.Net.
Oleh itu saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang melanda.
Wallahu a’lam.
Tag: Soleh.Net | Kategori: Buletin |
6 Komen »
28 September 2008 oleh ImamKhalid
Sempena hari lebaran yang semakin hampir ini, rasanya sudah sampai masanya untuk saya memohon kemaafan, zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, kepada semua pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Minta halal segala yang termakan, terminum, terambil, kata mengata yang tersembul, umpat fitnah yang mungkin ada, kutuk mengutuk yang tidak pernah disengajakan, serta segala kelemahan diri, yang bergelar manusia biasa.
Semoga segala amalan baik di bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kehidupan kita selepas ini. Diharap juga segala dosa yang lalu diampunkan oleh-Nya yang Maha Pengampun.
Dalam kesempatan ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus kekal sihat sepanjang Aidilfitri. Antara yang menarik perhatian saya ialah petua pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Baca selanjutnya »
Tag: Pemakanan, Sunnah, Tips dan Petua | Kategori: Kesihatan, Tips |
13 Komen »
24 September 2008 oleh ImamKhalid
Sukacita dimaklumkan penghantaran terakhir sebelum raya bagi produk mygreenOil adalah pada hari Ahad ini (28 September 2008).
Oleh itu bagi sesiapa yang ingin menempah mygreenOil, sila berbuat demikian selewat-lewatnya pada 28 September sebelum jam 1 petang.
Klik sini untuk membuat pesanan.
Baca selanjutnya »
Tag: Pengumuman | Kategori: Buletin |
4 Komen »
22 September 2008 oleh ImamKhalid
Sebelum kita bersolat, terlebih dahulu kita wajib belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.
Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak. Paling tidak pun, rendah mutunya.
Baca selanjutnya »
Tag: Berilmu, Solat | Kategori: Ibadah |
14 Komen »