19 December 2009 oleh Man Manan
Assalamualaikum sekelian sahabat dan saudara yang mengikuti Soleh.net semuga Allah menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus.
Ku mulakan tulisan ini Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan kekuatan yang datang dariNya, sekali lagi saya dapat menemui sahabat dan saudara-saudara sekelian. Maafkan saya kerana sebegitu lama tidak dapat mengikuti perkembangan Soleh.net dan tidak juga dapat menyalurkan sumbangan buah fikiran. Semuga Allah mengampuni saya di atas kelalaian ini.
Baca selanjutnya »
Tag: Sunnah | Kategori: Bicara Agama |
2 Komen »
15 December 2009 oleh ImamKhalid
Dua hari lepas, Soleh.Net telah disuspend oleh pihak hosting. Aku dituduh menjalankan aktiviti tidak bermoral, iaitu phishing site.
Pihak hosting melemparkan tuduhan kepadaku dengan sewenang-wenangnya, tanpa memeriksa terlebih dahulu. Aku agak kecewa dengan tindakan mereka.
Padahal server mereka yang dihack oleh orang luar. Pada awalnya Google dapat kesan, kemudian terus maklum kepada pihak penyedia hosting, siap dengan bahan bukti.
Kalau aku yang jadi mereka, aku tak suspend dulu. Sebaliknya aku akan klik dulu pada bukti-bukti yang disertakan dan lihat dulu sekali imbas apakah justifikasi yang boleh kita berikan.
Sebab bila aku klik, terus dapat lihat phishing itu meniru laman web luar Malaysia, yang memang tidak ada kena mengena pun dengan kita semua.
Secara logik akalnya, tidak ada sebab untuk aku buat benda tu. Itu pun kalau aku memang pandai dalam bidang hack. Ini dah lah tak pandai, luar negara pulak tu. Hish, tak masuk akal langsung!
Bila kita report, diorang sengaja melambatkan proses nak up balik Soleh.Net. Bila ditanya, tak berjawab. Apa la nak jadi.
Moral of the story:
Jangan buat tuduhan melulu, buruk padahnya.
Jangan menganiaya orang yang tak bersalah, itu zalim namanya.
Sekian, wallahu a’lam.
Tag: Soleh.Net | Kategori: Buletin |
18 Komen »
30 November 2009 oleh ImamKhalid

PayPal kini mesra Malaysia
PayPal kini lebih mudah untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Tak pasti bila dilaksanakan, tiba-tiba jer dah boleh withdraw terus ke mana-mana akaun bank di Malaysia. PERCUMA pulak tu! (untuk RM40 ke atas).
Untuk cubaan pertama, saya telah membuat withdrawal terus ke akaun Maybank, tidak sampai 3 hari dah masuk. Lebih cekap dan hebat daripada withdrawal ke kad debit, yang biasanya mengambil masa 5 hingga 7 hari, ditambah pula dengan YURAN PEMPROSESAN sebanyak USD5! Nak dekat RM20 tuuu…
Bagi sesiapa yang nak mulakan bisnes internet, silalah menggunakan PayPal. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Boleh dikatakan hampir menyerupai NBEpay, iPay88, dsb yang bezanya cuma PayPal tidak dapat mengaplikasikan sistem perbankan online Malaysia secara terus sahaja. Selebihnya, PayPal menang. Apa tidaknya, dah lah mudah, percuma pulak tu.
Dengan kata lain, PayPal kini mesra Malaysia. Wallahu a’lam.
Tag: PayPal | Kategori: Pengurusan Kewangan, Tech |
1 komen »
24 November 2009 oleh ImamKhalid

Bertindak dengan bijak, ingatlah insan tersayang!
Jangan sayang untuk nyalakan lampu kenderaan semasa hujan. Tak kiralah sama ada kereta, motosikal, van, lori, bas dan apa pun jenis kenderaan yang anda pandu, nyalakan lampu kenderaan anda. Kadangkala aku geram dengan orang terlebih jimat ni.
Baca selanjutnya »
Tag: Jalan Raya, Keselamatan | Kategori: Negaraku? |
6 Komen »
22 November 2009 oleh pharmalif
Saya ada menerima komen berkenaan peranan pharmacist dalam pemberian/ dispensing ubat kepada pesakit.. Berikut adalah senarai kesilapan yang seseorang ahli farmasi akan cuba elakkan daripada terjadi. Jom, mari kita baca n timba ilmu sedikit
:-
Definisi:
Kesilapan yang mengakibatkan pesakit mendapat ubat yang tidak sepatutnya atau salah dosnya, frekuensinya atau cara pengambilannya. (Durgin JM et al., AJHP 1971)
Baca selanjutnya »
Tag: Ubat-ubatan | Kategori: Kesihatan |
6 Komen »