Soleh.Net

Sihat Untuk Beramal

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Pelayan harus bijak main peranan

30 January 2008 oleh ImamKhalid

Jadilah pelayan yang bijak!Memandangkan task aku di pejabat dah setel, aku ingat nak stretching urat-urat jari aku dulu lah.

Biasalah dah tua berumur. Kalau tak stretching, boleh krem otot-otot jari jemariku yang ‘muscular‘ ni.

Lagipun waktu masih awal, nak kuar makan pun tak lepas lagi masa ni.

Oleh itu, izinkan aku memberi sedikit tips kepada pemilik dan pelayan kedai makan (restoran, warung, kedai kopi, dsb), mahupun tukang masaknya yang takde keje tengah baca Soleh.Net ni.

Untuk memajukan sesebuah perniagaan kedai makan, pelayan memainkan peranan penting.

Pemilik kedai makan perlu memberi perhatian yang khusus sewaktu memilih pekerjanya. Latihan juga perlu diberi secukupnya.
Baca selanjutnya »

Pengalaman menjadi jurukamera

29 January 2008 oleh ImamKhalid

Anda berpengalaman?Kepada semua rakan taulan pemberi komen bernas citer AJL ke-22 aku tu, terima kasih aku ucapkan. Aku pun tanak citer dah, muak mendengar kisah AJL yang tak best dan tak happening tu (sebab Faizal Tahir takde).

Jadi pada malam yang hening ini, apa kata aku nak beralih citer aku kepada isu jurukamera pula?

Menjadi jurukamera adalah satu tugas yang mencabar. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pergerakan pantas dan kelajuan yang tinggi.

Sebelum kita tengok video yang bakal aku persembahkan sebagai tutorialnya, jom kita baca dulu teks tutor seterusnya.
Baca selanjutnya »

AJL-22: Apa kata anda?

28 January 2008 oleh ImamKhalid

AJL 2007Anugerah Juara Lagu ke-22 berlangsung dengan penuh gilang gemilang malam tadi.

Para peserta bersiap sedia sejak petang semalam lagi. Para penonton pun tidak kurang hebatnya.

Ramai yang sengaja tertinggal solat Asar dan Maghrib. Barangkali AJL lebih besar dari agama? Tepuk dada, tanya iman.

Korang semua macam mana? Ada komen tak tentang AJL malam tadi? Aku pun tengok jugak sket-sket, saje nak buat modal sebagai juri profesional di Soleh.Net. Kui3 :D
Baca selanjutnya »

Keputusan terkini - mendebarkan…Pagi tadi aku terbaca berita gempar dari bro affuan tentang blog theme designer Malaysia yang masuk bertanding acara mencipta theme untuk wordpress.

Pertandingan yang dianjurkan oleh lunarpages ini terbuka kepada sesiapa sahaja dari seluruh dunia.

Hadiah yang ditawarkan berbentuk wang tunai sebanyak USD1,000 beserta perkhidmatan hosting 5 tahun percuma!

Percaya atau tidak, saudara kita xeroxaven dan eches telah berjaya sampai ke peringkat akhir di mana 12 design sedang dipertandingkan.

Masa aku vote tu, xeroxaven selesa berada di kedudukan ketiga daripada dua belas, manakala eches agak terkebawah dua anak tangga, di kedudukan kelima.

Kita kena berusaha untuk menyingkirkan Michal Uhrin (di tempat pertama) dan Mike Nocek (di tempat kedua).

Pertandingan telah bermula dari 22 Januari lalu dan akan berakhir 13 Februari ini.

Marilah kita sama-sama menyokong designer kita.

Jangan biarkan mat-mat saleh itu menang… :twisted:

Pesanan buat xeroxaven dan eches: Nanti kalo dah menang jangan lupa aku punya 25% hahaha (dengan nada dalam citer 3 abdul)

Akhir kata, bertanding, bertanding jugak. Jangan sampai tak ingat Allah. Walau macam mana sibuk pun kita, solat mesti di awal waktu. Wallahu a’lam.

P/s: Tengok AJL sekejap. Bukan ape, bila tengok AJL, esok ada lah benda aku nak tulis kat Soleh.Net ni.

Perginya seorang bapa pembangunan

27 January 2008 oleh ImamKhalid

Al-FatihahBekas Presiden Indonesia, Suharto atau “Pak Harto” baru sahaja meninggalkan kita di dunia yang fana ini, kembali ke pangkuan Ilahi, kira-kira pada pukul 2 petang tadi.

Sedar tak sedar, banyak jasa yang telah beliau curahkan sepanjang memegang amanah sebagai seorang presiden bagi negara jiran itu, sehinggalah beliau digelar sebagai bapa pembangunan.

Beliau juga telah banyak memainkan peranan dalam memulihkan hubungan kejiranan Malaysia-Indonesia yang rapuh semasa pemerintahan Sukarno, suatu masa dahulu.

Walaupun sentiasa dikritik sepanjang pemerintahannya, beliau tidak pernah patah semangat dalam membangunkan tanah air yang dicintainya itu.

Setelah beliau pergi, barulah bekas-bekas rakyatnya mula sedar akan jasa baik beliau sebelum ini yang tidak terhingga dan tidak ternilai itu.

Mungkin kita pemuda pemudi di Malaysia tidak berapa terasa akan pemergiannya. Mungkin masa itu kita masih lagi si kecil yang sedang seronok bermain di laman rumah.

Namun itu semua tidak penting. Yang penting, kita harus insaf dan sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Semasa masih bernyawa, banyakkanlah berjasa. Tidak kira orang tahu atau tidak, perasan atau tidak, biarlah kita ikhlas kerana Allah.

Allah tahu bagaimana nak uruskan keikhlasan kita itu. Jangan disusahkan jika orang tak tahu yang kita buat baik. Jangan risau kalau bos tak nampak kita buat jasa padanya. Jangan bimbang kalau jiran-jirang tak perasan yang kita ni ambil berat tentang mereka.

Akhir kata, tidak kira lah korang kenal atau tidak pada Suharto. Tidak kiralah korang nak kata Suharto ni baik atau pun sebaliknya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Moga-moga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Wallahu a’lam.

Muka 20 dari 60« Pertama...10...1819202122...304050...Terakhir »