Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.
Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Baca selanjutnya »
Tag: Perkahwinan | Kategori: Rumahtangga |
22 Komen »
Golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam.
Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa pedas itu.
Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu.
Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri tercinta.
Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami.
Baca selanjutnya »
Tag: Perkahwinan | Kategori: Rumahtangga |
15 Komen »

Hari ini semua orang gembira. Kenduri kesyukuran diadakan di banyak tempat di seluruh Malaysia, termasuk Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, dan lain-lain.
Laungan “SPR Penipu!” sudah tidak lagi kedengaran mencucuk-cucuk lubang telingaku. Kedua-dua orang tuaku juga tidak putus-putus mengucapkan kata syukur kepada yang Maha Esa.
Kesibukanku juga nampaknya sudah semakin reda. Laporan kerja juga sudah dihantar. Bolehlah aku relaks sedikit, menyambung semula perjuanganku dalam Soleh.Net yang kucintai ini.
Baca selanjutnya »
Tag: PRU12 | Kategori: Buletin |
14 Komen »
Sedang aku lena dibuai mimpi, aku dikejutkan dengan sekeping trackback yang berdesup muncul secara tiba-tiba.
Datang dari celahan blog afham, membuatkan biji mataku menjadi terang benderang di kala pagi yang buta ini.
Dalam luahan hati saudara Afham tentang PRU-12, beliau ada menyebut begini:
“Penipuan awal oleh SPR ini sudah dapat dibuktikan dengan pelbagai isu seperti pendaftaran pengundi hantu. Ada bayi baru lahir pun mengundi.”
Oleh kerana kebetulan link tersebut terkena pada aku, izinkan aku untuk menerangkan maksudku yang sebenar dalam post tersebut, yang mungkin agak mengelirukan pembaca Soleh.Net kesayanganku ini…
Baca selanjutnya »
Tag: PRU12 | Kategori: Negaraku? |
22 Komen »

Ini kali kedua aku kena tag. Baik betul Mr Ah Fa kerana mengetag aku. Terima kasih aku dahulukan buatnya yang sedang enak dibuai mimpi.
Oi! Mr Ah Fa, bangun laa, subuh dah nak habis nih. Ingatlah wahai sahabatku Mr Ah Fa, bahawa solat itu fardhu dan betapa pentingnya solat.
Lepas solat ni jangan lupa pakai baju cantik-cantik, pastu pergi ke dewan. Orang ramai sedang menunggu kamu untuk penamaan calon.
Baiklah, izinkan aku memulakan hukuman sekarang!
Baca selanjutnya »
Tag: Aku Kena Tag! | Kategori: Tenang Minda |
11 Komen »