Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Melakukan sujud tilawah juga merupakan salah satu di antaranya.

Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah ‘azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan ‘inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut:

  1. Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu kita mestilah mempunyai kesedaran, bahawa kita bersembahyang, kita mengadap dan menyembah Allah yang Maha Besar.
  2. Kosongkan hati dari mengingati urusan-urusan dunia. Ingat bahawa urusan-urusan itu tidak dapat dilakukan sama sekali masa kita sembahyang. Oleh itu, tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Tiada guna difikirkan masa sembahyang, hanya akan merosakkan sembahyang kita.
  3. Hati hendaklah sentiasa mengingati. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke maqam Ihsan.

    Maqam Ihsan bermaksud beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya. Walaupun pada hakikatnya anda tidak dapat melihat-Nya (dengan mata kasar), sesungguhnya Allah melihat anda.

  4. Tanamkan rasa cinta kasih yang mendalam tanpa berbelah bahagi terhadap Allah. Perasaan ini tidak akan timbul kecuali kita kenal Allah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
  5. Menaruh perasaan takzim (agung, besar, tinggi, suci) kepada Allah yang sedang kita hadap dan sembah.
  6. Menaruh perasaan al-haibatu wal khauf (gerun, takut, bimbang) kiranya sembahyang kita tidak diterima Allah, bahkan dimurkai-Nya. Allah berfirma di dalam surah Faatir ayat ke-28 yang bermaksud:

    Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama.

  7. Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapa para sufi yang bermaksud:

    Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku.

  8. Berasa malu kepada Allah, takut cacat cela, ada kekurangan, kelalaian yang berlaku dalam sembahyang samada dari segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyukan hati terhadap Allah yang sedang kita sembah.
  9. Memahami dan mengerti bacaan dalam sembahyang, sekurang-kurangnya tahu maksud-maksud dan tujuan-tujuannya.
  10. Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.
  11. Mendengar cerita orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang seperti sahabat nabi.

Wallahu a’lam

Lihat menarik:

Doa Paling Mustajab

9 July 2007

Masyarakat Melayu sering meletakkan ‘tok bomoh’ sebagai tempat rujukan utama apabila berlaku sesuatu musibah. Tidak kurang juga yang mengharapkan pihak berkuasa, polis, bomba, doktor dan sebagainya tanpa terlebih dahulu meminta bantuan secara terus dari Yang Maha Esa.

Musibah ini termasuklah sakit demam, sakit tua, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit kepala, sakit mata, kemalangan, kecederaan, kehilangan harta benda, hilang basikal, hilang motosikal, hilang kereta, hilang accesory kereta, hilang duit, kelaparan, dahaga, haus, kesunyian, serta seribu satu masalah lagi dalam hidup kita. Semua itu adalah musibah.

Oleh itu, apabila ditimpa sebarang musibah, sebelum berkejar ke mana-mana, baca dahulu surah Al-Fatihah dengan penuh keyakinan. Sebelum itu, mestilah faham maksud Al-Fatihah itu secara keseluruhannya, barulah bermakna.

…bersambung selepas ini…

Wallahu a’lam

Lihat menarik:

  1. Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
  4. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
  5. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
  6. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Lihat menarik:

Bulan Madu

5 July 2007

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

  1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  5. Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laailahaillallah, Muhammad Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

  1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
  2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
  3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Ada 4 perkara dipandang sebagai ibu, iaitu:

  1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
  2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
  3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
  4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

  1. Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
  2. Zuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.
  3. Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.
  4. Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
  5. Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Wallahu a’lam

Lihat menarik:

Muka 43 dari 52« Pertama...«4142434445»...Terakhir »