Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Fakta Menarik

19 June 2007 oleh ImamKhalid
  1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
  2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema danberalun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
  3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
  4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
  5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
  6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
  7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
  8. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
  9. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
  10. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
  11. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
    Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.
  12. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
    Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
  13. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
  14. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
  15. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
  16. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.
  17. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
  18. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
  19. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
    terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
  20. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
  21. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
  22. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
  23. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.
    90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.
  24. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office… Pelik bukan!

Wallahu a’lam

Sujud Tilawah

15 June 2007 oleh ImamKhalid

Ramai yang tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk membuat sujud tilawah. Sujud tilawah terdiri daripada beberapa perkara yang mesti diketahui, termasuklah istilah, syarat, rukun, dan perkara sunat. Mari kita ulas satu persatu tentang perkara-perkara tersebut.

Istilah:
Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di luar sembahyang apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri sendiri atau didengar daripada orang lain.

Namun begitu sebarang bentuk rakaman seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun tiada.

Ayat sajdah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat sajdah ini.

Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut. Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan ‘sajdah‘ di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.

Syarat:
Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:

  1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita, pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.
  2. Suci dari hadas, iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (SuhanaLlah walhamduliLlah walailahaillaLlah waLlahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.
  3. Tidak lama masa di antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.
  4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.

Rukun:
Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.

  1. Niat beserta takbiratul ihram
  2. Berdiri atau duduk
  3. Sujud sekali
  4. Salam pertama

Antara Perkara Sunat:

  1. Angkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram
  2. Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud
  3. Membaca ayat sujud sajdah: ‘Sajada wajhialillazi…
  4. Bertakbir ketika bangkit dari sujud
  5. Salam yang kedua

Fadhilat:

  1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
  2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
  3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.

Wallahu a’lam

Perbezaan Jantina Semasa Makan Tengahari

14 June 2007 oleh ImamKhalid

Lelaki:

  1. Waktu rehat, jalan ke tempat makan;
  2. Sampai kedai makan, masuk;
  3. Ambik Pinggan;
  4. Letak nasi;
  5. Letak lauk;
  6. Ke kaunter untuk bayar nasi dan minuman sekali;
  7. Makan;
  8. Habis;
  9. Balik pejabat; atau
  10. Terus ke surau

Perempuan:

  1. Waktu rehat, jalan ke kedai makan;
  2. Perhatikan orang waktu jalan;
  3. Sempat mengumpat dulu;
  4. Sambil jalan betulkan tudung, tengok baju sendiri, tengok kaki;
  5. Tengok baju orang lain, terutama yang cantik dari baju sendiri;
  6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dahulu;
  7. Ramai orang, cari kedai lain;
  8. Jalan lagi;
  9. Dah puas hati.. masuk;
  10. Survey lauk dulu, 2 3 minit;
  11. Cari-cari pinggan, ambik pinggan;
  12. Belek-belek pinggan, bersih atau tak bersih? ..eeeeiiii;
  13. Dah puas hati, ambik nasi;
  14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit;
  15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali;
  16. Buang balik nasi, banyak..;
  17. Tak puas hati, banyak lagi.. buang lagi.. (tinggal sejemput);
  18. Godek-godek sikit nasi dalam pinggan 2 minit;
  19. Carik lauk, survey dulu keliling meja, tengok sana, tengok sini;
  20. Jenguk dalam bekas lauk, ambik kuah sikit;
  21. Jenguk bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi;
  22. Jenguk lagi? Sambil tu tengok-tengok orang, jeling-jeling;
  23. Ambil lauk;
  24. Pusing lagi;
  25. Carik sayur pulak!;
  26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit;
  27. Ke kaunter bayaran;
  28. Tengok-tengok nasi dalam pinggan;
  29. Berbisik dengan kawan “alamak banyak la aku ambik”;
  30. Sampai depan kaunter, “berapa?”;
  31. Bukak dompet.. belek-belek celah kad-kad bank, celah kad-kad nama, celah gambar-gambar..;
  32. Keluarkan duit;
  33. Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal);
  34. Tutup dompet, ambik nasi;
  35. Tinjau-tinjau tempat duduk;
  36. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!;
  37. Cari tempat duduk lain;
  38. Jumpa, duduk..;
  39. Alamak, air tak order lagi;
  40. Tinjau-tinjau, cari orang order air.. sambil tangan betulkan tudung;
  41. Order air;
  42. Bangun;
  43. Ambik sudu;
  44. Duduk;
  45. Bangun;
  46. Ambik Tisu;
  47. Duduk;
  48. Air sampai;
  49. Belek dompet (Step tadi);
  50. Bayar;
  51. Tutup;
  52. Minum air;
  53. Start makan;
  54. Tengok-tengok orang sambil makan;
  55. Makan separuh.. kenyang;
  56. Sebab dah minum air;
  57. Letak sudu, letak garpu;
  58. Pinggan tolak tepi;
  59. Borak-borak kata makanan tak sedap;
  60. Ngumpat-ngumpat.. tengok orang;
  61. Pukul 2, naik pejabat;
  62. Ambik beg make-up, pergi surau!!!

Patutlah perempuan lebih kompleks dari lelaki dari segi emosi…

Kalau Sampai Ipoh

14 June 2007 oleh ImamKhalid

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas, “Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, bagi tahu anak saya.”

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya. “Sudah sampai Ipoh belom?”

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab, “Tidur sahaja lah. Belum sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belom?”

Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, “Belom! Tidur sahaja lah! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pasti dikejutkan!”

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak.

Sehinggalah ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.

Lalu dia bertanya kepada para penumpang, “Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana, perlukah kita hantar semula anak ini?”

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh.

Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu.

Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!”

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan. “Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.

“Tidaklah.. mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!”

Selipar Bowling

14 June 2007 oleh ImamKhalid

Selipar getah jenama BOWLING ada tertulis perkataan ALLAH (tulisan Jawi) di tapaknya (bahagian tumit) harap dapat ambil perhatian.

Sebarkan (kalau betul) demi agama Islam tercinta.

Tengok betul-betul di tapak selipar sebelah kiri (corak besar). Kalau sebelah kanan, perkataan ALLAH dalam imej terbalik. SUBAHANALLAH!
Wallahualam.

Muka 53 dari 59« Pertama...102030...5152535455...Terakhir »