Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Larangan Dalam Islam

13 June 2007 oleh ImamKhalid

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan sahaja tazkirah ini tinggal dalam kepala anda. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal!

Wasalam

Sujud Sajadah Sembahyang Lain

13 June 2007 oleh ImamKhalid

Sebagaimana yang saya ketahui, umat Islam akan membuat sujud sajadah dalam solat subuh di pagi Jumaat. Persoalan saya, adakah amalan ini merupakan sunnah nabi s.a.w atau bid’ah? Kenapa solat yang lain tidak pernah saya lihat orang buat sujud sajadah?

Insan Musykil, Terengganu.Â

Sujud sajadah dalam solat subuh hari Jumaat adalah sunnah nabi s.a.w. manakala solat yang lain tidak dibenarkan bagi kita untuk melakukan sujud sajadah dengan sengaja.

Kecuali seseorang itu tidak sengaja membacakan surah yang mempunyai tanda sujud, maka dibolehkan baginya untuk sujud atau pun tidak.

Sekiranya solat-solat lain dibuat sujud sajadah dengan sengaja, maka sia-sialah solat kita itu, dan mestilah diqada semula.

Hukum Mengahwini Wanita Hamil

3 June 2007 oleh ImamKhalid

Sesungguhnya, isu menikahkan seseorang yang terlanjur (mengandung) ini amat berat dan selalu dipraktikkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Perhatikan soalan 1 – 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak akan hidup dalam zina sampai bila-bila… Nauzubillah!

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya ingin kongsi bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Tambahan penulis: Isu ini telah dibincangkan bersama seorang ustaz dari pejabat agama daerah. Menurut beliau, jika mengikut mazhab syafie, hukumnya adalah harus, tidaklah haram sepertimana yang diamalkan dalam mazhab lain. Sejauh mana kebenarannya, wallahu a’lam…

Awas Taugeh!

3 June 2007 oleh ImamKhalid

Mesti ramai yang suka makan taugeh, nak pulak campur dalam char kuey teow… hmm rangup. Tapi mesti ingat, nak beli taugeh kena buat eksperimen dulu.

Kalau boleh jangan beli taugeh yang warnanya putih berseri tu. Beli sedikit sahaja dulu, dan jangan makan lagi. Sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari. Kemudian cuba hidu bau taugeh tu lepas 3 hari.

Keputusan yang mungkin didapati: Lepas 3 hari bau taugeh itu hancing semacam, bermakna taugeh itu disiram dengan urine (air kencing), dengan tujuan untuk menjadikan warnanya putih berseri.

Oleh itu, belilah produk keluaran bumiputera. Kalau nak cari keluaran bumiputera, senang jer. Cari yang warna dia macam kekuningan dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja..

Info ini didapati dari pegawai pejabat aku yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh cha ya nun alif, siap ada bilik khas simpan urine sebagai bekalan untuk disiram pada pokok-pokok taugeh tersebut.

Kenapa taugeh jadi mangsa? Sebabnya taugeh ini sejenis pokok yang menyimpan air siraman bulat-bulat terus dalam batangnya, tidak seperti sayuran lain iaitu sayuran-sayuran berdaun hijau yang mengalami proses fotosintesis semasa proses penyerapa baja. Dengan erti kata lain, air siraman masuk ke dalam tanah dahulu sebelum diserap oleh akar dan selepas itu barulah proses fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat-zat dari baja.

Tak macam taugeh dia serap terus ape yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis.. tu sebabnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham…

So bagitaulah kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh-taugeh hancing dengan taugeh-taugeh bumiputera.

Luahan Hati Lelaki yang Dibenarkan Kawin Lagi

3 June 2007 oleh ImamKhalid

Pengakuan: Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life start at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time.

‘Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri saya tu main reverse psikologi dengan saya.

Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah.Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah. Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain, anak anak lebih tertekan.

Disebabkan masyarakat kita ni mmandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak)sedangkan di rumah isteri tua, anak anak sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan.

Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

Muka 56 dari 59« Pertama...102030...5455565758...Terakhir »