9 July 2009 oleh Man Manan
Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam.
Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah SWT saya dapat kembali sekali lagi untuk meneruskan penulisan ke arah mencari petunjuk dan hidayah Allah SWT.
Sahabat dan saudara seislam,
Sebenarnya saya ingin meneruskan mengenai persoalan “syahadah” kerana persoalan itu adalah merupakan pokok utama dalam penentuan Islamnya kita. Waktu terkini di mana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan fitnah akhir zaman, amat pentinglah untuk kita kembali kepada persoalan pokok yang menjadi dasar kepada iman dan taqwanya kita, Kepingin benar saya berkonsi suatu ilmu kearah bagaimana untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah SWT sehingga kita dapat merasai bahawa Allah SWT sentiasa berada berhampiran dengan kita.
Baca selanjutnya »
Tag: Sunnah | Kategori: Bicara Agama |
2 Komen »
5 July 2009 oleh Man Manan
Assalamualaikum warahmatullah
Ku mulai penulisan ini Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam
Ini adalah kali pertama saya menulis dalam ruangan di Soleh.Net ini, semuga dengan Rahmat dan Kekuatan yang dilimpahkan Allah SWT saya dapat meneruskan penulisan ini dengan sebaik yang mungkin dan semoga Allah SWT melimpahkan pengurniaanNya berupa kefahaman yang datang dari Allah SWT kepada kita semua.
Diriwayatkan daripada Muaz r.a katanya: Aku diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Engkau akan mendapati golongan Ahli Kitab, oleh itu dakwahlah mereka supaya mengucap Dua Kalimah Syahadat. Jika mereka menerima Dua Kalimah Syahadat tersebut, ajarkanlah mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Sekiranya mereka tetap mentaati perintah tersebut, ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka agar mengeluarkan zakat. Jika mereka tetap mentaatinya, beritahulah mereka supaya berhati-hati terhadap harta mereka dan takutlah doa orang yang teraniaya kerana doa mereka adalah mustajab.
Di atas kebenaran Muhammad Rasulullah SAW, sebagai memulakan tugasan ini, saya mengajak sahabat-sahabat dan saudara-saudara sekelian termasuk diri saya sendiri untuk kembali menghayati dua kalimah syahadah yang menjadi benteng ketahanan Iman kita. Sebutlah dengan jelas, sempurna, berendah diri sehingga menusuk ke dalam jiwa perkataan:

LA ILAAHA ILLALLAH,. MUHAMMADDAR RASULULLAH.
Tuntunlah jiwa kita untuk menghayati pengakuan ini, bahawa sesungguhnya, tidaklah ada ‘Ilah’ selain Allah SWT dan Muhammad itu adalah Utusan/Rasul Allah SWT.
Baca selanjutnya »
Tag: Syahadah | Kategori: Bicara Agama |
4 Komen »
30 June 2009 oleh ImamKhalid
Salam semua,
Ada satu pengumuman penting—Saya terpaksa berundur dari Soleh.Net, kerana tidak sempat mengemaskini blog ini secara konsisten.
Memandangkan Soleh.Net masih ditaja selama 1 tahun lagi, sukacita ingin saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung perjuangan Soleh.Net secara PERCUMA.
Selama 3 tahun Soleh.Net berada di awangan blog & internet, dan pernah mencapai Alexa ranking ke-80,000 laman web seluruh dunia, ke-2,000 laman web seluruh Malaysia meninggalkan Abu Saif dan UZAR, serta pernah menjadi tempat rujukan agama dan kesihatan yang popular.
Pendapatan bulanan yang tinggi dan konsisten adalah suatu kejayaan Soleh.Net dalam arena blog. Namun segalanya semakin menurun dek kesibukan tugas yang tidak dapat dielakkan.
Baca selanjutnya »
Tag: Pengumuman | Kategori: Buletin |
34 Komen »
11 June 2009 oleh ImamKhalid

Prokrastinasi terlampau - sekadar gambar hiasan.
Sungguh sukar mengeluarkan diri dari belenggu prokrastinasi
…
hanya itu yang mampu diucapkan oleh hati sanubariku.
Apabila perniagaan merudum, bercampur pula dengan urusan peribadi yang tak menentu, berkebetulan pula dengan kes-kes kecemasan yang hadir tanpa diundang, maka di saat itu jugalah prokrastinasi mula menjinakkan diri di dalam sanubari tuannya.
Di tengah kesibukan vs kemelesetan itu maka berbondong-bondonglah datang peluang-peluang samar yang menjanjikan kebahagiaan bersifat sementara.
Di saat itu juga rakan-rakan sebaya datang membawa pengaruh-pengaruhnya yang berbagai. Yang berkaki pancing datang membawa joran, yang berkaki lepak datang membawa alat-alat lepaknya, yang berkudis buta pun datang membawa kudis-kudisnya. Jijik aku!
Soleh.Net-ku, kerja-9-5-ku, part-time-bisnesku, keluarga-anak-isteriku, semi-D-ku, Waja-Kancil-ku, dan duniaku – semuanya menanti curahan kasih sayang dariku.
Masihkah perlu aku ber-prokrastinasi? Wallahu a’lam.
Tag: Belenggu, Prokrastinasi | Kategori: Luahan Hati |
3 Komen »
26 March 2009 oleh ImamKhalid

Gambar sekadar hiasan
Definisi dakwah
Dakwah merupakan satu proses penyampaian yang biasanya dikaitkan dengan ilmu agama, yang bukan bertujuan untuk lulus dalam mana-mana ujian atau peperiksaan duniawi, sebaliknya bertujuan membentuk amalan kehidupan berlandaskan jalan yang lurus.
Tujuan dakwah
Seseorang itu biasanya berdakwah untuk satu tujuan, iaitu mengumpul bekalan kepada diri sendiri untuk hari akhirat kelak.
Secara terperinci, seseorang itu berdakwah untuk mencari petunjuk, membentuk keimanan yang kukuh dalam diri, serta untuk kebahagiaan dan kesejahteraan diri sendiri.
Kebiasaan perjalanan dakwah
Tujuan yang satu itu menyebabkan seseorang yang berniat murni itu berdakwah dengan bertubi-tubi, kepada sesiapa sahaja yang ditemui, tanpa mengira tempat dan waktu, serta minat orang yang didakwah itu terhadapnya.
Baginya yang penting dia dapat lakukan, untuk bekalan bagi dirinya. Tanpa disedari bekalan yang dikumpul akhirnya membawa kepada 2 keadaan, kekecewaan atau keangkuhan diri.
Baca selanjutnya »
Tag: Budaya, Dakwah | Kategori: Bicara Agama, Tazkirah |
14 Komen »