2015 – Tahun Baru Dengan Permulaan Yang Indah

Tahun 2014 sudah pun berakhir, tahun yang saya rasa banyak pahit berbanding manis.

Satu demi satu perkhabaran derita kita terima. Setapak lagi melangkah ke tahun baru 2015, bumi Malaysia diuji lagi dengan banjir besar.

Pun begitu, kita masih mampu mengukir senyuman di saat hiba. Kerana kita semua yakin dan akur akan kebesaran dan kekuasaan Tuhan Yang Maha Agung, Allah s.w.t. Continue reading 2015 – Tahun Baru Dengan Permulaan Yang Indah

Masalah Faraj Longgar, Kentut Faraj – Mudah Untuk Diatasi

Masalah faraj longgar dan kentut faraj ada berlaku di kalangan wanita yang sudah berumahtangga, terutama yang telah melalui proses bersalin.

Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor usia wanita itu sendiri.

Wanita yang tidak pernah bersalin juga turut mengalami masalah faraj loggar atau kentut faraj apabila usianya telah menjejak 40-an.

Semasa proses bersalin, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Biasanya pada kelahiran pertama atau jika saiz bayi agak besar, dinding vagina akan terluka dan terkoyak. Continue reading Masalah Faraj Longgar, Kentut Faraj – Mudah Untuk Diatasi

Susu Maintain dan Meriah Walaupun Sedang Berpuasa

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai ibu-ibu yang bimbang susu akan merundum ketika berpuasa. Ramai ibu yang mula ‘bekerja kuat’ untuk mengumpul stok Express Breast Milk (EBM) mulai sekarang.

Ada juga di atara ibu-ibu yang sedang mencari milk booster pelbagai jenama untuk memastikan susu maintain. Berikut saya kongsikan bagaimana saya memperolehi susu maintain dan meriah walaupun sedang berpuasa. Continue reading Susu Maintain dan Meriah Walaupun Sedang Berpuasa

Set Menyusu Shaklee: Kisah Penyusuan Unik Bersama Atiqah

Sejak Disember 2013 lagi saya sudah behenti mengepam susu untuk Atiqah (anak ketiga saya), kerana Atiqah sudah tidak mahu minum Ekspress Breast Milk (EBM).

Atiqah sedang asyik dengan makanannya.

Maka tinggallah EBMnya dalam deep freezer. Saya pun terus tidak membuka deep freezer sebab tak sanggup tengok EBM yang banyak membazir macam tu jer. Continue reading Set Menyusu Shaklee: Kisah Penyusuan Unik Bersama Atiqah

Bayi Kembung Perut: Bersedia Hadapi Ulangan Setiap Kelahiran

Bila diingat-ingat semula, ada sesetengah pengalaman buatkan saya rasa fobia jer nak ada bayi. Macam baru semalam rasa tak cukup tidur, penat berjaga malam, tak sempat urus diri dalam pantang sebab bayi asyik menangis tak kira siang malam.

Mengangis malam yang disebabkan bayi kembung perut atau bahasa saintifiknya ‘colic’ boleh menyebabkan punch card si bapa menjadi merah kerana bapa tidak dapat nak bangun pagi untuk pergi kerja.

punch-card-lewat

Hehehe…..  Itulah yang pernah terjadi pada suami saya semasa kelahiran anak pertama dan kedua dahulu. 🙁

Anak pertama dulu waktu bayi kembung perut bermula selepas jam 12 tengah malam. Cukup memenatkan!

Anak kedua pula, waktu bayi kembung perut tiada mula dan tiada akhir, siang malam tak henti! Arghhhhh… Continue reading Bayi Kembung Perut: Bersedia Hadapi Ulangan Setiap Kelahiran