Set Menyusu Shaklee: Kisah Penyusuan Unik Bersama Atiqah

Sejak Disember 2013 lagi saya sudah behenti mengepam susu untuk Atiqah (anak ketiga saya), kerana Atiqah sudah tidak mahu minum Ekspress Breast Milk (EBM).

Atiqah sedang asyik dengan makanannya.

Maka tinggallah EBMnya dalam deep freezer. Saya pun terus tidak membuka deep freezer sebab tak sanggup tengok EBM yang banyak membazir macam tu jer. Continue reading Set Menyusu Shaklee: Kisah Penyusuan Unik Bersama Atiqah

Blackout? Freezer Tak Rapat? Selamatkan EBM Sebelum Cair!

Selamatkan EBM Sebelum Cair!
Selamatkan EBM Sebelum Cair!

Ya Allah! Astaghfirullah! Ya Allah ampunilah dosa-dosaku… itu sahaja yang mampu di luahkan oleh seorang yang bergelar ibu apabila blackout atau tiba-tiba tersedar freezer EBM tidak tertutup rapat.

Secara spontan terbayang EBM pasti akan cair! 🙁

Rasa lemah longlai tubuh badan dan anda sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Continue reading Blackout? Freezer Tak Rapat? Selamatkan EBM Sebelum Cair!

Cara Uruskan EBM Semasa Travel

Semasa anak pertama dulu, saya selalu susah hati bila terima surat arahan hadir kursus. Apa yang saya rungsingkan ialah bagaimana nak uruskan EBM semasa travel.

Cara Uruskan EBM semasa Travel.
Cara Uruskan EBM semasa Travel.

Hari ini saya akan cerita bagaimana saya uruskan EBM semasa travel. Biasanya saya berkursus di Kuala Lumpur iaitu lebih kurang 6 jam perjalanan dari Marang, Terengganu. Continue reading Cara Uruskan EBM Semasa Travel

Cara Mengendalikan EBM (Susu Perahan)

Cara Mengendalikan EBM
Susu Perahan / Express Breast Milk (EBM)

Sejak dari anak pertama lagi saya menyusui anak saya. Saya mula belajar mengenai penyusuan, termasuk cara mengendalikan EBM ini daripada kakak ipar saya, seorang Kaunselor Laktasi.

Sejak sebelum hamil lagi saya bercita-cita untuk menyusui anak saya apabila saya dah ada anak nanti.

Tahun 2009 alhamdulillah saya bergelar ibu, dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Ain Nasuha. Continue reading Cara Mengendalikan EBM (Susu Perahan)

Cara Menyimpan atau Membuat Stok EBM (susu perahan)

Stok EBM (Susu Perahan)
Stok EBM (Susu Perahan)

Ibu yang bekerjaya bukanlah memiliki satu alasan untuk tidak menyusukan anaknya secara eklusif.

Tidak mustahil ibu yang bekerja mampu menyusui anaknya sehingga 2 tahun atau lebih.

Dalam menjayakan penyusuan, ibu hendaklah terlebih dahulu mendalami ilmu penyusuan, termasuk melalui kelas-kelas penyusuan, buku-buku, carian & kajian melalui internet dan sebagainya.

Dalam entri ini, saya akan kongsikan bagaimana cara menyimpan atau membuat stok EBM (Express Breast Milk). Continue reading Cara Menyimpan atau Membuat Stok EBM (susu perahan)