Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Topik perbincangan ‘Ibadah’

Rebutlah peluang pada kelebihan Nisfu Sya’baan

Hari nisfu sya’baan pada tahun ini akan jatuh pada hari Sabtu malam Ahad (sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna, dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya’baan [...]

Ketahui hikmah solat untuk tingkat khusyuk, kerajinan

Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia. Hikmah dan rahsia ini termasuklah didikan, asuhan, faedah, dan tujuan. Amat tinggi nilainya terhadap orang yang melaksakannya. Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat, kita akan berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan anugerah solat daripada Allah s.w.t, yang merupakan ibadah yang cukup berharga. [...]

Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam II

Alhamdulillah dapat juga aku sambung tajuk ini ke bahagian II seperti yang aku janjikan dulu dalam post Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam. Solat adalah suatu penghormatan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita di mana kita diizinkan mengadap-Nya dengan rasmi sebanyak lima kali sehari semalam. Sedangkan dalam hidup kita seharian pun belum tentu kita [...]

Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam

Beberapa hari lepas, kita dah bincang tentang betapa pentingnya solat. Dalam tajuk Solat itu fardhu bagi umat islam, dapat kita simpulkan bahawa selagi kita bernyawa, selagi itulah solat difardhukan (diwajibkan) bagi kita umat Islam. Kedudukan solat dalam Islam adalah teramat tinggi dan teramat mulia. Perkara ini telah diperjelaskan dalam sabda nabi s.a.w yang bermaksud: “Sembahyang [...]

Solat itu fardhu bagi umat Islam

Dah lama aku tak menulis sesuatu yang soleh. Maklumlah, sibuk dengan bisnes menjual WP-Theme yang tak seberapa laku nih. Hari ini, seperti yang aku janjikan semalam, aku nak menulis sesuatu yang memberi manfaat kepada kita semua. Izinkan aku mengingatkan diri aku sendiri serta para pembaca sekalian tentang solat.

Muka 2 dari 212