Petua Tambah Susu Bagi Ibu Menyusu Yang Berkerjaya

Petua tambah susu

Setiap ibu pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anaknya, lebih-lebih lagi yang melibatkan darah daging si anak.

Oleh itu, susu ibu adalah pilihan yang terbaik untuk diberikan kepada anak dari awal kelahiran sehingga anak berusia 2 tahun atau lebih.

Apabila ibu memilih untuk menyusui anak, semestinya ibu tersebut perlu mempunyai keperluan nutrisi yang cukup untuk menghasilkan susu yang penuh khasiat untuk anak.

Namun begitu, adakalanya ibu mengalami masalah susu drop. Masalah ini biasa terjadi apabila ibu mula masuk bekerja setelah lama cuti bersalin.

Oleh itu, saya kongsikan beberapa petua tambah susu untuk rujukan ibu. Continue reading Petua Tambah Susu Bagi Ibu Menyusu Yang Berkerjaya

Penyusuan Ibu Bekerja

Penyusuan Bagi Ibu Bekerja

Beberapa ketika dahulu, ibu bekerjaya seringkali ‘terpaksa’ mengorbankan masa untuk menyusu anak.¬†Mereka lebih cenderung untuk memberi susu formula.

Tetapi kini kesedaran tentang kepentingan susu ibu mula meningkat dengan begitu mendadak.

Manfaat Menyusu Anak Secara Eksklusif

Kelebihan kepada anak: anak sihat, antibodi tinggi, cerdas, cerdik, tidak gemuk, cukup zat untuk membesar.

Kelebihan kepada ibu: maintain berat badan, sihat tubuh badan, perancang keluarga terbaik! Continue reading Penyusuan Ibu Bekerja

Cara Tambah Susu Ibu

Bukan “ubat apa yang banyakkan susu” tetapi “bagaimana susu ibu terhasil”. Fahaman ini penting bagi ibu yang ingin berjaya dalam penyusuan eksklusif.

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Payudara ibu mempunyai tisu-tisu penghubung dan lelemak, yang berfungsi untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel-sel alveoli, dikeluarkan melalui saluran susu terus ke ‘milk sinuses‘ (tempat takungan susu) yang terletak di belakang areola (kawasan berwarna gelap di payudara).

Saiz payudara sebenarnya tidak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jangan sangka payudara besar menghasilkan susu yang banyak, payudara kecil pula kurang menghasilkan susu. Andaian ini mesti berakhir. Continue reading Cara Tambah Susu Ibu