Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Topik perbincangan ‘Istinjak’

Cara istinjak najis pertengahan yang sudah kering

Beberapa hari yang lalu aku menerima sekeping email dari seorang pembaca Soleh.Net yang menarik minat aku untuk berkongsi dengan pembaca budiman yang lain.
Soalannya berbunyi begini:
Saya hendak tahu tentang bagaimana penyucian najis pertengahan (air kencing dewasa) yang sudah kering…
(Terima kasih saudara Raja Muhamad Nadzmi Raja Zainal Abidin)
Saudara,
Cara menyucikan najis pertengahan adalah sama tidak kira basah atau kering, iaitu [...]

3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah

Istinjak bermaksud menyucikan diri daripada najis. Soal sah atau tidak sah dalam bab istinjak sebenarnya tidak timbul.
Ini kerana istinjak yang tidak sempurna menyebabkan seseorang itu tidak suci, bukannya suatu yang boleh diukur samada sah atau pun tidak.
Proses istinjak boleh dilakukan menggunakan 2 kaedah, iaitu yang pertama menggunakan air dan yang kedua menggunakan benda kesat [...]