Penawar Kanser & Cara Pemakanan Yang Merawat Kanser

Dalam entri ini saya nak kongsi satu penawar kanser yang memberi semula kehidupan kepada sepupu suami saya yang merupakan seorang pesakit kanser darah tahap 3!

Kanser beliau pada asalnya berada pada tahap 2. Namun semasa proses biopsi dijalankan, sel kanser menjadi ‘marah’ dan bertindak agresif menjadikannya bertambah buruk.

Sebenarnya selepas setahun baru kami dimaklumkan tentang sakitnya, itu pun dari pihak ketiga. Rupanya beliau tidak mahu saudaranya susah hati.

Sebaik mendapat berita, kami terus pergi menziarahi beliau di Kota Bharu, Kelantan.

Setibanya di sana, kami terkejut melihat perubahan fizikal beliau. Ternyata beliau langsung tidak kelihatan seperti orang sakit, malah kelihatan jauh lebih muda, sihat dan bertenaga daripada sebelum ini. Continue reading Penawar Kanser & Cara Pemakanan Yang Merawat Kanser

Wujudkah Pesakit Kanser yang Kembali Sihat Tanpa Kimoterapi?

Saya & Kimoterapi

Biar saya jelaskan apa yang terjadi sebaik saya ‘memberi jawapan’ tidak melakukan kimoterapi? Sebaik memberitahu pihak hospital akan keputusan saya, ternyata saya langsung tidak dilayan untuk bertemu dengan doktor pakar bagi mendengar pandangan doktor berkaitan laporan CT Scan. Sebaik menerima layanan yang sebegitu ‘mesra’ dari mereka, saya sedikit terkilan.

Saya bercakap sendirian ketika itu.

“Saya baru sahaja disahkan mengidap KANSER dan menolak kimoterapi atas sebab ‘mahu mencari’ rawatan alternatif.”

Tiba-tiba saya disisihkan terus. At least, berilah saya maklumat dahulu sebelum ‘menolak’ saya. Ini langsung tidak dipelawa untuk bertemu. What an attitude?! Continue reading Wujudkah Pesakit Kanser yang Kembali Sihat Tanpa Kimoterapi?