Seronoknya Anak-Anak Bersama Papa di Gambang Water Park!

18 April 2014 lepas kami sekeluarga ke Gambang Water Park, Pahang kerana saya menghadiri seminar ‘Bangkit Niaga’ anjuran Richworks Sdn Bhd.

Ini kali pertama saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman. Sebelum ni dengar nama jer, kali ini Alhamdulillah saya berpeluang menghadiri seminar anjurannya bersama cucu Shaklee saya kak Suhaida Sulong.

Kami bermalam di homestay berhampiran yang amat berpatutan harganya, RM130 sahaja semalaman. Waktu check-in jam 8 malam dan check-out jam 6 petang yang ditetapkan sangat menyelesakan aktiviti saya sekeluarga. Continue reading Seronoknya Anak-Anak Bersama Papa di Gambang Water Park!

Tiada Lagi Alergik Bila Makan Seafood!

Malam tadi bawa Kakak cabut gigi susunya di Klinik Pergigian Rina di Marang. Ini pengalaman pertama kami bawa anak untuk cabut gigi.

Masa kecil-kecil dulu, saya tak pernah ke klinik semata-mata untuk cabut gigi susu, cabut sendiri jer dengan kain. Kadang-kadang gigi susu tercabut sendiri jer masa tengah gigit makanan keras. 🙂

Masa cabut gigi tadi, Kakak tak nangis pun, siap Angah masuk sekali teman dia. Hehe… mereka memang akrab.

Lepas cabut gigi Kakak, papa offer pegi makan di Pantai Peranginan Kelulut, Marang.

Sotong celup tepung di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu. Ada sesiapa alergik?
Sotong celup tepung di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu. Ada sesiapa alergik?

Kami order sotong celup tepung, kerang bakar dan ketam rebus. Minuman pula kami order air kelapa asli. Memang feveret saya tu kelapa asli – tanpa gula, tanpa ais. Continue reading Tiada Lagi Alergik Bila Makan Seafood!

Cara Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

Amna & Atiqah.
Amna & Atiqah.

Minggu lepas Amna & Atiqah demam. Bermula suhu badan anak kecil meningkat, maka bermulalah episod merengek, menangis, semuanya serba tak kena.

Yang jadi mangsa keadaan melayan karenah Amna dan Atiqah ialah kakak sulungnya Ain Nasuha. Sekejap-sekejap mama panggil minta tolong dukung Atiqah. Sekejap-sekejap Amna pula memanggil meminta buatkan susu untuknya. Pendek kata, kena bulilah kakaknya waktu itu. Kesian kakak. 🙂 Continue reading Cara Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

Mengerjakan Umrah Ketika Hamil: Tips Dari Pengalaman Sendiri

Kaabah di Tanah Haram, Mekah, yang sentiasa dirindui.
Kaabah di Tanah Haram, Mekah, yang sentiasa dirindui.

Anda dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengerjakan umrah ketika hamil? Tahniah! Usah bimbang, Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Jangan disia-siakan peluang yang datang, sentiasa berharap agar dijemput oleh Allah s.w.t untuk ke sana, walau dalam apa keadaan sekali pun, insya-Allah.

Itulah pengalaman yang saya lalui… subhanallah sungguh indah! Continue reading Mengerjakan Umrah Ketika Hamil: Tips Dari Pengalaman Sendiri

Pertahanan Badan / Imunisasi: Apakah Suplemen Terbaik?

Set Pertahanan Badan Shaklee
Set Pertahanan Badan Shaklee

Cuaca yang tak menentu sekarang amat merunsingkan kita, lebih-lebih lagi ia boleh mengganggu kesihatan tubuh dan pertahanan badan kita, terutama bayi, kanak-kanak dan warga tua.

Awal tahun 2014 baru-baru ni, seluruh Malaysia disirami hujan dan cuaca sejuk yang melampau (sebelah pantai timur) sehingga mencatat suhu 19°c hingga 17°c.

Kemudian, masuk penghujung bulan Februari, Malaysia diuji pula dengan cuaca panas sehingga mencatat 40 darjah celsius, sehingga ada sesetengah tempat yang terputus bekalan air kerana kemarau yang teruk! 🙁 Continue reading Pertahanan Badan / Imunisasi: Apakah Suplemen Terbaik?