Ibu Hamil Kuat Walaupun Sudah 3rd Trimester!

Saya teruja melihat Ainul Mustafa yang begitu kuat walaupun sedang hamil 3rd trimester. Dia mampu memanjat Candi Borobudur, Indonesia tanpa rasa mengah malah berjaya mendahului rakan-rakan yang tidak hamil! 😀

Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama seperti Ainul pada tahun 2013, ketika mengerjakan umrah.
Continue reading Ibu Hamil Kuat Walaupun Sudah 3rd Trimester!

Berpuasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai!

Hamil bukanlah alasan untuk tidak berpuasa. Malah semasa hamillah ibu perlu menggandakan amalan rohani sebagai bekalan kepada anak dalam kandungan. Salah satu amalan rohaninya ialah berpuasa. Continue reading Berpuasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai!

Set Menyusu Shaklee: Kisah Penyusuan Unik Bersama Atiqah

Sejak Disember 2013 lagi saya sudah behenti mengepam susu untuk Atiqah (anak ketiga saya), kerana Atiqah sudah tidak mahu minum Ekspress Breast Milk (EBM).

Atiqah sedang asyik dengan makanannya.

Maka tinggallah EBMnya dalam deep freezer. Saya pun terus tidak membuka deep freezer sebab tak sanggup tengok EBM yang banyak membazir macam tu jer. Continue reading Set Menyusu Shaklee: Kisah Penyusuan Unik Bersama Atiqah

Tiada Lagi Alergik Bila Makan Seafood!

Malam tadi bawa Kakak cabut gigi susunya di Klinik Pergigian Rina di Marang. Ini pengalaman pertama kami bawa anak untuk cabut gigi.

Masa kecil-kecil dulu, saya tak pernah ke klinik semata-mata untuk cabut gigi susu, cabut sendiri jer dengan kain. Kadang-kadang gigi susu tercabut sendiri jer masa tengah gigit makanan keras. 🙂

Masa cabut gigi tadi, Kakak tak nangis pun, siap Angah masuk sekali teman dia. Hehe… mereka memang akrab.

Lepas cabut gigi Kakak, papa offer pegi makan di Pantai Peranginan Kelulut, Marang.

Sotong celup tepung di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu. Ada sesiapa alergik?
Sotong celup tepung di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu. Ada sesiapa alergik?

Kami order sotong celup tepung, kerang bakar dan ketam rebus. Minuman pula kami order air kelapa asli. Memang feveret saya tu kelapa asli – tanpa gula, tanpa ais. Continue reading Tiada Lagi Alergik Bila Makan Seafood!

Cara Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

Amna & Atiqah.
Amna & Atiqah.

Minggu lepas Amna & Atiqah demam. Bermula suhu badan anak kecil meningkat, maka bermulalah episod merengek, menangis, semuanya serba tak kena.

Yang jadi mangsa keadaan melayan karenah Amna dan Atiqah ialah kakak sulungnya Ain Nasuha. Sekejap-sekejap mama panggil minta tolong dukung Atiqah. Sekejap-sekejap Amna pula memanggil meminta buatkan susu untuknya. Pendek kata, kena bulilah kakaknya waktu itu. Kesian kakak. 🙂 Continue reading Cara Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam