Cara Merawat Selesema Bayi Tanpa Ubat

Apabila bayi dilanda selesema, ibu akan risau bila tak tahu cara merawat selesema bayi.

Lebih panik bila bayi tak henti merengek, resah gelisah & menangis tak tentu masa, lebih-lebih lagi waktu malam.

Apabila bayi tidak boleh tidur malam, sudah tentulah ibu bapa turut sama tidak boleh tidur malam juga. Berikut saya kongsikan cara untuk merawat selesema bayi tanpa ubat. Continue reading Cara Merawat Selesema Bayi Tanpa Ubat

Krim Telon Bayi Comelote

Cara urutan menggunakan krim telon bayiKrim telon bayi Comelote juga dikenali sebagai krim herba atau viks yang digunakan oleh ibu bapa untuk melegakan masalah kembung perut bayi, selesema, batuk dan sebagainya.

Krim telon bayi comeloteKrim telon bayi Comelote dirumuskan  daripada 100% minyak kelapa dara yang diperah secara cold pressed sebagai bahan utamanya. Selain itu juga, gabungan minyak kayu putih, halia, bawang putih menjadikan krim telon comelote ini lebih unik, berkesan dan mustajab. Bau fruity memberikan keselesaan dan membuatkan bayi tenang dan selesa sepanjang hari. Continue reading Krim Telon Bayi Comelote

Elak Perineum Terkoyak Ketika Meneran Semasa Bersalin

Perineum ialah otot sekeliling vagina, dan ia boleh terkoyak ketika meneran semasa melalui proses kelahiran (bersalin).

Perineum terkoyak adalah satu ketakutan bagi setiap ibu. Ramai ibu yang fobia dan mengalami trauma, yang kadangkala berpanjangan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Lebih menyedihkan bila ibu-ibu mula percaya mitos bahawa perineum terkoyak ketika bersalin itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan.

Ianya adalah mitos yang salah! Continue reading Elak Perineum Terkoyak Ketika Meneran Semasa Bersalin

Cuti Sekolah Tanpa TV, Manfaatkan Masa Sebaiknya!

Ada seorang bapa di kalangan rakan tidak seperjuangan suamiku, pernah announce dengan penuh rasa kebapaan di dalam satu WhatsApp group:

“Siapa tahu kat mana ada jual TV murah-murah? Kesian sangat aku tengok anak-anak aku ni, TV rosak, cuti sekolah tak dapat tengok TV..”

Subhanallah, detik hatiku.. Allah s.w.t sedang memberikan nikmat, tapi dia tolak jauh-jauh. Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya dan hati kami. Continue reading Cuti Sekolah Tanpa TV, Manfaatkan Masa Sebaiknya!

Anak Hafal Quran Suatu Nikmat

Ramai ibu bapa suka ‘berangan’ nak hantar anak ke sekolah cina bila dapat baby baru.

Ramai juga yang ‘berangan’ menghantar anak ke international school, kononnya nak anak speaking berberai-berai. 😀

Saya juga begitu.

Saya juga begitu.. Continue reading Anak Hafal Quran Suatu Nikmat