Aku Seorang CEO

Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku alah guru.

Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysiadan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam…bertungkus lumus…dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO….aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!

Kebahagian keluarga….

Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus…yang sulung dah tak macam orang…rambut warna merah… bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana… Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sanasini. Lunch pun nak meeting….main golf pun bincang pasal kerja….dinner pun meeting lagi!!!!…sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku…sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat …kekadang terlupa… masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya…tetapi jiwa aku kosong…kadang kala jiwa aku tertekan!!!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat…. aku menangis…aku memohon doa kepada Allah semoga diberikanketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad…! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis…. tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO…tetapi menangis kerana gembira…mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!!

Aku diketawakan oleh mereka….tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang…bersebelah an dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari….alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras…dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau…atau lebih kurang jadi ‘chairman’.. ..dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik. Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan lagi…Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan…

Laa….hampeh betul citer ni. Mat Jenin rupanyerr… ……..

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

5 thoughts on “Aku Seorang CEO”

  1. assalamualaikum,,,,
    alangkah bagusnya kalau hidup yang dirancang semudah apa yang kita impikan bukan???. tapi selalunya umat islam itu selalu lupa, selepas enak beribadah, lupa pula hen dak bersedekah, lupa juga jihad bermujahadah.
    alangkah bagusnya juga jikalu, ada antara kita yang seperti saiyidina ali, menghabiskan masa mudanya di jalan allah. allahuakbar.

  2. mula2 aku baca sangatlah terpegun…rasa insaf meresap ke seluruh tubuh….sempat lagi teringat keluarga kat kampung. sambil duk tengah membaca, sambil menanam azam untuk menjadi macam kamu..kisah berniaga kuew teow goreng…huhu tapi bila ending, aku tergelak seorang diri…. angan2 aku sama macam kamu, tamat je study nanti..aku nak join government…kutip pengalaman banyak2..lepas tu buat business sendiri…impian aku sama macam cerita kamu, menjadi CEO sebuah syarikat……(*_*)

  3. hahaha, kelakar… tp kisah aku lain sikit dari mat jenin tu. kisah ni kisah benar. aku lahir dari keluarga sederhana. bapak aku buruh binaan, emak aku suri rumah. dalam tahun 1983/84 (umur aku 1 @ 2 thn)bapak aku meneroka sebuah tempat baru di kampung seri gombak indah untuk didirikan rumah baru (setinggan). tempat tu dulunya banyak paya dan pokok buluh. maka berpindah lah kami dari kampung banjar (skrg dah jadi apartment tinggi). kedua2 kawasan ni terletak di batu caves. kampung seri gombak indah masih ada di sana sampai skrg. hidup kami mcm biasa, minum dan mandi dgn air telaga, kalau telaga kering, guna air hujan. sehingga aku beumur 7 thn barulah mengenal erti mentol lampu. selama ni guna lampu gasolin jer. ujung minggu ada apek bawak trak dtg kampung untuk cas bateri. mkn jgn ckp, kami sentiasa berjimat. maklum, adik-beradik aku 4 org. bapak aku makan gaji hari (org kontrak kate ikut ‘kong’). nak beli mainan jauh sekali. tgk jela org lain main. kdg nak beli kopok 20 sen pun telan air liur jerr.. umur 7 thn aku start darjah 1. nasib baik bapak aku ajar aku mengira ngan ABC mase aku 6 thn. maklum takde duit nak hantar tadika. kirenye aku ni pandai gakla, sbb darjah 1 dpt nombor 5 dlm kelas. okla tu. aku ingat lagi baju sekolah aku sorang jer kaler biru sbb mak aku gune nila utk cuci baju putih. ader ker patut sorang cikgu tu suh aku beli baju baru utk hr penyampaian hadiah?! seb baik mase tu aku kecik lagi. sampai la darjah 6 aku sekolah kat srk tmn seri gombak. balik sekolah terus gi main. tak penah pikir pasal belajar. mase umur 10 thn, emak aku bukak gerai jual karipap ayam ngan nasi lemak kat depan pasaraya ‘LINKO’. kat situlah aku lepak hari2 lps sekolah atau sebelum pergi sekolah tolong mak aku. UPSR aku dpt 3A1B. AJAIB!! aku rase aku tak belajar pun… okla tu.. yg penting hepi… bapak aku still buruh binaan lg. mase umur 13 thn mak aku bukak satu gerai mkn kat dpn pos office tmn industri bolton, maka bermulalah kerja2 aku sbg tukang buat air. adik2 aku turut membantu. penat nye hanye Allah yg tahu. masuk sekolah menengah aku dpt biasiswa persekutuan, dptlah 25 ringgit sebulan. duit tulah aku gune utk beli baju ngan buku sekolah tiap kali tahun baru menjelma. PMR sekali lagi aku buat kejutan, 8A walaupun percubaan aku hancur. rahsianya ialah solat hajat. mase SPM pun aku buat kejutan lg, kali ni 10 Aggregat walaupun percubaan aku cume 21 Aggregat. syukur, berkat solat hajat ngan cara belajar aku yg ntah ape2. kat rumah aku dulu ade pokok rambutan. pokok ni betul2 kat sebelah dinding rumah aku, boleh panjat terus duduk atas atap rumah. kat situlah selalu aku study sambil mkn rambutan.
    abis SPM sambung belaja kat UiTM Shah Alam. mcm2 dugaan, bukan sbb takde duit, tp sbb budaya masyarakat yg pelbagai. gilerrr, awek cun2 tuuuuu…. tp alhamdulillah aku tak terpengaruh sgt…. akhirnya dpt 1st class degree ngan best student mechanical engineering. alhamdulillah tak payah bayar balik loan ptptn. kat universiti kena kerja keras, pastu hari2 kena solat hajat utk dpt result yg gempak. skrg, aku dah dpt nikmat dari kepayahan aku dulu, dan aku bersyukur dah kawin ade sorang anak. berkat kepayahan org tua aku, keluarga aku, dan aku sendiri…… Allah itu maha adil, dulu kita susah, skrg diberinya kesenangan. kalau dulu kita senang, akan diberinya kita kepayahan bila2 masa supaya semua org dpt merasa payah dan senang.

Leave a Reply to Rezman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.