Mentega Kacang Peter Pan dan Great Value – Merbahaya?

KENYATAAN AKHBAR

MENTEGA KACANG (PEANUT BUTTER) BERJENAMA ‘PETER PAN’ DAN ‘GREAT VALUE’ DARI AMERIKA SYARIKAT DISYAKI TERCEMAR DENGAN BAKTERIA SALMONELLA TENNESSEE

Berdasarkan maklumat daripada ‘INFOSAN EMERGENCY ALERT’ (WHO) dan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), dengan ini dimaklumkan bahawa produk mentega kacang (peanut butter) berjenama ‘Peter Pan’ dan ‘Great Value’ yang dikilangkan oleh Syarikat ConAgra berpusat di Georgia, Amerika Syarikat disyaki telah tercemar dengan bakteria Salmonella tennessee. Hanya mentega kacang yang mempunyai product code “2111� sahaja yang terlibat. Pengimport Peter Pan di Malaysia, iaitu NasMark Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menarik balik semua produk Peter Pan dengan kod “2111�.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengarahkan semua pegawai-pegawai berkuasa di bawah Akta Makanan 1983 di seluruh negara termasuk di pintu masuk memastikan produk berkenaan tidak masuk ke negara ini dan tidak berada di pasaran.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli produk berkenaan dan jika telah membeli produk dengan kod “2111� supaya tidak memakan mentega kacang berkenaan. Orang ramai juga diminta memaklumkan pejabat kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terdekat atau jabatan kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan jika mereka menjumpai produk tersebut di pasaran untuk tindakan penyitaan dan pemusnahan.
Tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh Salmonella ialah demam, cirit birit dan kekejangan perut (abdominal cramp). Ianya boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imuniti yang lemah. Sila dapatkan rawatan dari hospital yang berdekatan jika disyaki mempunyai simpton tersebut. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.