Hukum Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, isu menikahkan seseorang yang terlanjur (mengandung) ini amat berat dan selalu dipraktikkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Perhatikan soalan 1 – 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak akan hidup dalam zina sampai bila-bila… Nauzubillah!

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya ingin kongsi bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Tambahan penulis: Isu ini telah dibincangkan bersama seorang ustaz dari pejabat agama daerah. Menurut beliau, jika mengikut mazhab syafie, hukumnya adalah harus, tidaklah haram sepertimana yang diamalkan dalam mazhab lain. Sejauh mana kebenarannya, wallahu a’lam…

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

13 thoughts on “Hukum Mengahwini Wanita Hamil”

      1. saya sudah terlanjur dengan tunang saya tapi kami tidak dibenarkan berkahwin selagi saya tidak dapat posting dekat dengannya.apa yang harus kami lakukan…………………………………bantu lah

  1. salam
    saya agak keliru la..mcm mn plak dengn pernikahan yang dilakukan antra pelaku zina dalam usia kandungan bawah dari 3 bulan..dan usia perkahwinan tu adlah 6 bulan baru lah anak tu lahir..menurt ape yang saya tahu, anak yang lahir dalam situasi ini boleh dibinkan dan di bintikan dengan nama bapak zina tu..tp bila baca satetment kat atas ni sy jd keliru..boleh tlg jelaskan

  2. saya sudah terlajur dengan kekasih saya..sekarang dia mengandung 4 bulan..apa yang perlu saya lakukan..saya keliru..kemungkinan besar saya akan kahwin di selatan thailand..keluarga kami tidak tahu..tujuan saya hanya untuk mendapat sijil perkahwinan..dan dapatlah kekasih saya melahirkan anak itu dengan senang..tetapi banyak pendapat mengatakan perlu kahwin..sebab saya perlu bertanggungjawab..saya akan kahwin kali kedua..tetapi kali ini dengan pengetahuan keluarga kami berdua..ini kerana ustazah saya mengatakan sah..saya tidak tahu sama ada tindakan saya ini betul atau tidak..

  3. As’kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di [email protected].

    Terima Kasih.

  4. Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

    Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>

    persoalannya…sekiranya mereka bernikah setelah bersekedudukan tanpa menunggu satu kali haid apakah sah perkahwinannya.?

Leave a Reply to khai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.