Kalau Sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas, “Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, bagi tahu anak saya.”

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya. “Sudah sampai Ipoh belom?”

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab, “Tidur sahaja lah. Belum sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belom?”

Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, “Belom! Tidur sahaja lah! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pasti dikejutkan!”

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak.

Sehinggalah ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.

Lalu dia bertanya kepada para penumpang, “Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana, perlukah kita hantar semula anak ini?”

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh.

Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu.

Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!”

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan. “Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.

“Tidaklah.. mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!”

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

One thought on “Kalau Sampai Ipoh”

  1. memang biasa sangat kita manusia sering buat kerja tak fikir dulu. patutnya mereka tanya budak tu kenape nak dikejutkan bila sampai Ipoh. nak turun ke atau nak buat apa. apa niatnya.kalau kat pejabat pulak, apa bos suruh buat terus je buat, nak jadi pekerja efisien kot. lain kali kalau bos suruh apa-apa.soal dalam diri endiri, kenape bos suruh ini, itu. kalau takdapat jawapan tanya balik bos “Bos, kenape bos suruh buat ini dan bukan itu?” Rasanya tak ada bos yang cakap buat sajalah, mesti dia beritahu rasionalnya.jadi kita buat kerja sia-sia.

Leave a Reply to norliza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.