Perbezaan Jantina Semasa Makan Tengahari

Lelaki:

  1. Waktu rehat, jalan ke tempat makan;
  2. Sampai kedai makan, masuk;
  3. Ambik Pinggan;
  4. Letak nasi;
  5. Letak lauk;
  6. Ke kaunter untuk bayar nasi dan minuman sekali;
  7. Makan;
  8. Habis;
  9. Balik pejabat; atau
  10. Terus ke surau

Perempuan:

  1. Waktu rehat, jalan ke kedai makan;
  2. Perhatikan orang waktu jalan;
  3. Sempat mengumpat dulu;
  4. Sambil jalan betulkan tudung, tengok baju sendiri, tengok kaki;
  5. Tengok baju orang lain, terutama yang cantik dari baju sendiri;
  6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dahulu;
  7. Ramai orang, cari kedai lain;
  8. Jalan lagi;
  9. Dah puas hati.. masuk;
  10. Survey lauk dulu, 2 3 minit;
  11. Cari-cari pinggan, ambik pinggan;
  12. Belek-belek pinggan, bersih atau tak bersih? ..eeeeiiii;
  13. Dah puas hati, ambik nasi;
  14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit;
  15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali;
  16. Buang balik nasi, banyak..;
  17. Tak puas hati, banyak lagi.. buang lagi.. (tinggal sejemput);
  18. Godek-godek sikit nasi dalam pinggan 2 minit;
  19. Carik lauk, survey dulu keliling meja, tengok sana, tengok sini;
  20. Jenguk dalam bekas lauk, ambik kuah sikit;
  21. Jenguk bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi;
  22. Jenguk lagi? Sambil tu tengok-tengok orang, jeling-jeling;
  23. Ambil lauk;
  24. Pusing lagi;
  25. Carik sayur pulak!;
  26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit;
  27. Ke kaunter bayaran;
  28. Tengok-tengok nasi dalam pinggan;
  29. Berbisik dengan kawan “alamak banyak la aku ambik”;
  30. Sampai depan kaunter, “berapa?”;
  31. Bukak dompet.. belek-belek celah kad-kad bank, celah kad-kad nama, celah gambar-gambar..;
  32. Keluarkan duit;
  33. Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal);
  34. Tutup dompet, ambik nasi;
  35. Tinjau-tinjau tempat duduk;
  36. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!;
  37. Cari tempat duduk lain;
  38. Jumpa, duduk..;
  39. Alamak, air tak order lagi;
  40. Tinjau-tinjau, cari orang order air.. sambil tangan betulkan tudung;
  41. Order air;
  42. Bangun;
  43. Ambik sudu;
  44. Duduk;
  45. Bangun;
  46. Ambik Tisu;
  47. Duduk;
  48. Air sampai;
  49. Belek dompet (Step tadi);
  50. Bayar;
  51. Tutup;
  52. Minum air;
  53. Start makan;
  54. Tengok-tengok orang sambil makan;
  55. Makan separuh.. kenyang;
  56. Sebab dah minum air;
  57. Letak sudu, letak garpu;
  58. Pinggan tolak tepi;
  59. Borak-borak kata makanan tak sedap;
  60. Ngumpat-ngumpat.. tengok orang;
  61. Pukul 2, naik pejabat;
  62. Ambik beg make-up, pergi surau!!!

Patutlah perempuan lebih kompleks dari lelaki dari segi emosi…

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

4 thoughts on “Perbezaan Jantina Semasa Makan Tengahari”

  1. mak datok kompleksnya. tak sangka sungguh. kaum perempuan sekelian, kalau tak nak jadi seperti di atas, senang je, bawa bekal, jimat belanja dan masa. masa lebih sikit boleh take nap 10 minutes macam nasihat mr ah fa kita kan/kan/

    1. Dulu saya kurang pasti akan kebenaran kenyataan ini.

      Tapi akhirnya saya terpaksa terima setelah dengan tidak sengajanya terjebak dengan kaum wanita yang sedang mencedok nasi.

      Hampir 2 minit saya menunggu di belakang kaum ini, hanya untuk mencedok sedikit sambal belacan.

      Mereka langsung tidak menyedari kehadiran saya, apatah lagi untuk memberi laluan. Dibelek2 juga lauk yang sedikit itu, dicubit2, digolek2, dengan penuh keasyikan.

      Ambil sedikit, kemudian letak semula (tak berkenan). Ke depan sedikit, ke belakang semula, untuk ambil balik lauk yang telah diletakkan semula tadi.

      Akhir sekali, saya yang bengang. Rosak mood saya nak makan tengahari tu. Sebab itulah saya terpaksa bersetuju dengan kenyataan ini. Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.