Doa Paling Mustajab

Masyarakat Melayu sering meletakkan ‘tok bomoh’ sebagai tempat rujukan utama apabila berlaku sesuatu musibah. Tidak kurang juga yang mengharapkan pihak berkuasa, polis, bomba, doktor dan sebagainya tanpa terlebih dahulu meminta bantuan secara terus dari Yang Maha Esa.

Musibah ini termasuklah sakit demam, sakit tua, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit kepala, sakit mata, kemalangan, kecederaan, kehilangan harta benda, hilang basikal, hilang motosikal, hilang kereta, hilang accesory kereta, hilang duit, kelaparan, dahaga, haus, kesunyian, serta seribu satu masalah lagi dalam hidup kita. Semua itu adalah musibah.

Oleh itu, apabila ditimpa sebarang musibah, sebelum berkejar ke mana-mana, baca dahulu surah Al-Fatihah dengan penuh keyakinan. Sebelum itu, mestilah faham maksud Al-Fatihah itu secara keseluruhannya, barulah bermakna.

…bersambung selepas ini…

Wallahu a’lam

Lihat menarik:

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

10 thoughts on “Doa Paling Mustajab”

  1. ustaz nak tanya,

    bolekah saya berdoa sebegini :-

    Ya Allah Ya Rasullullah terimalah solat hamba mu ini..Ya Allah Ya Rasullullah Ampunkan lah dosa hamba mu ini..

    soalan saya :-

    Bukankah kita meminta kepada Allah, bila saya tambah Ya Rasullullah adakah saya telah mensetarafkan Rasullullah dengan Allah indirectly..

    bantu ustaz..saya tidak bermaksud begitu..

  2. Ingin Belajar macam mana nak membantu pesakit dengan menggunakan ayat/doa. Tapi saya ni tak pandai. Boleh bantu tak

  3. assalamualaikum ustaz,
    satu mase dulu suami saya seorang yang tidak ambil kisah terhadap diri saya. selama setahun saya menanggung derita dengan perbuatannya satu hari makcik beliau telah memberi’e air pelembut hati untuk’e dah bedak untuk saye pakai supaya die merasa sayang dan kesian terhadap diri saya. apakah saya telah melakukan dosa besar terhadap’e dan patutkah saya memberitahu’e dan meminta maaf dari’e.

  4. saya ingin bertanya,
    apakah hukumnya memberikan air jampi supaya suami merasa lembut hati walaupun dengan hanya menggunakan air bersih, gula dan garam sahaja. adakah seorang wanita itu berada dalam keadaan dosa besar terhadap suaminya

  5. Harap dpt menjawab kemusykilan ini.selalu saya mmbaca ada sesetengah ayat al-Quran utk tujuan spt pelembut hati atau ayat pengasih harus diamalkan selepas bersolat.jadi soalan saya ayat2 ini harus dibaca saja atau perlu mengangkat tangan spt berdoa?

  6. assalamualaikum ustaz,
    apakah doa/zikir harian untuk menghilangkn rs takut, mberanikan diri, yakin pada diri sndri.

  7. Assalamualaikum ustaz,
    apakah doa untuk hilang rasa berdebar-debar,takut,doa untuk kesembuhan kpd ibu bapa,doa untuk lmbtkan hati dan keyakinan diri?

  8. Assalamualaikum w.b.k ustaz···
    Saya adalah seorang isteri kepada seorang mualaff,ya allah ustaz saya sudah berusaha membawa suami saya ke jln islam,tapi npk gayanya hatinye terlalu keras utk menerima ajaran islam··jika saya menasihatinye dia lansung tidak mendengar malahan saya pulak yg ditengking dan dihemburkan kata2 kesat··bukan itu saja ustaz suami saya jugak selalu menghalang saya utk berbaik2 dgn adk beradik yg lain,ada2 sj alasan yg diberikan··dia selalu beranggapan negatif pd org lain terutamanya adk beradik ipar saya,kekdg itulah punca pergaduhan kami··tolong lah saya ustaz,saya tidak tahu apa yg nk dilakukan lg···saya sedih ustaz selalu sembahyang tanpa imam···

Leave a Reply to liaman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.