Doa Nak Kawin

Untuk jejaka yang belum berkahwin tapi dah ada pilihan di hati, dah cukup syarat, tapi tak dapat-dapat gak nak kawin (samada bakal mentua tak suka atau pilihan hati tak mahu), cubalah doa di bawah ini:

Ya Allah,

Kalau dia memang jodohku, jodohkanlah. Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak. Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh…. Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain ku.. Kalau dia tidak bisa dijodohkan dengan ku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain. Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku..

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali… Kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah denganku… Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia denganku… (nak nak sangat ni..!!!.)

AMIN…

Cubalah. kalau tak dapat jugak, akan ku tuliskan doa yang baru..

Wallahu a’lam

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

58 thoughts on “Doa Nak Kawin”

  1. biar betul doa nih??…mcm kelako jer? mana ko dapat doa nih?? buats endiri ker?

    ImamKhalid: Memang kelakar bunyinya, tapi tak salah kalau kita berdoa begitu.

    The moral of the story is: Mintalah dengan Tuhan kita yang Maha Agung dengan sebenar²nya. Tak payah nak berbunga², hipokrit pula bunyinya. Mintalah dengan sepenuh hati, dengan ayat kita sendiri, seolah² kita bercakap dengan-Nya. Insya-Allah dimakbulkan, amin..

  2. ohh??.xdelah kemaruk nak berbini,yelah mcm ayat isim pun ada.tapi xpelah nantih aku try foward kat member aku…dia yg kemaruk nak berbini.klu doa dalam bahasa arabnye ape??

    ImamKhalid: Ish takyah lah bahasa arab. Nanti kawan ko tu tak paham pulak. Allah kan Maha Memahami. Bahasa apa pun kawan ko tu cakap, asalkan dia paham apa yang dia mintak, mesti Allah pun paham.

    Kalau aku bagi versi arab, jap lagi kawan ko tu kena hafal lagi, kena faham lagi, kena translate balik dari bahasa arab ke bahasa melayu. Kan susah tuu…

  3. Ya – Rabbul Ariffin
    Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku
    tercipta buatku
    dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
    Tetapkanlah kemesraan antara kami,
    agar kebahagiaan ini kekal abadi.

    Ya Muhaimin
    Seiringkanlah kami
    mengiringi kehidupan luas ini
    ketepian yang sejahtera.

    Ya Rabbul Fatihin
    seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku
    bawalah dia jauh dari pandanganku
    luput dari ingatanku
    dan peliharakanlah aku dari kecewa.

    Ya Rabbul Izzati
    Berikanlah aku kekuatan,
    melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
    agar aku bisa bahagia
    walaupun tanpa dirinya.

    Ya Rabbul Quddus
    Gantikanlah yang telah patah
    meskipun tidak sama dengan dirinya
    biar sekuat mana aku mengasihinya
    aku mohon pada Mu Allah
    agar melenyapkan perasaan ini
    seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.

    Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku
    aku mohon kasih dan sayang Mu
    agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
    selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

    Ya Rahman Ya Rahim,
    Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
    Didunia dan di akhirat
    Dan peliharalah kami dari azab api neraka

    Amin………

    ImamKhalid: Haa ni barulah doa yang cantik. Terima kasih atas sumbangan anda. Semoga Allah memberkati kita semua, amin. 🙂

    1. haa.. doa ni yg sy slalu dok baca… lbh kurg mcm ni la.. iye2 tgk doa imam, ingat nak wat penambahan doa tp mcm dasyat sgt la plk.. x psl2 sy gelak sorg2 kt cc nih.. hahahaha

  4. emmm……..awek aku yg lama , dah blah dari sisi aku.dulu masa belajar bukan main lagi janji dia…sanggup aku belikan cincin white gold yang dijual balik xde harga…..beribu tuh.!!! laa 4 5 minggu lepas , dia mms aku ckp mak dia hadiah kan cincin white gold SEBIJIK mcm aku bagi dulu…penin aku pk apa hikmatnye…

    semayag hajat dan istikharah,seminggu lebih,petunjuk mimpi xde,aku ikut kata hati je sekarang sebab aku dah doa dan tawakkal kat Allah…

    sayang lagi rupanya aku kat dia…………….camne agaknye ekk nantih

    ImamKhalid: Takpe, pelan² jangan gelojoh. Hari ko akan sampai jugak. Yang penting ko kena tabah. 😉

    1. salam….hehheh..suka dgn anis ni..tp mana tahu kan, klu itu jodohnya…selagi tak menyalahi hukum, tak ada salahnya….selamt bertemu jodoh yg baik anis….

  5. semalam aku gi jumpa bekas yang paling aku sayang,(awek cerita kat atas la)

    aku jumpa dia dengan harapan dia akan terima aku….

    biar aku ringkas kan cerita aku disini…semoga korang dapat memberi pendapat

    tahun 2004 aku dapat sambung belajar ke utp . X aku pun sama.kira satu batch…aku berkenalan dengan X ni.dia tomboy.sebab dia jadi tomboy adalah dia nak lupakan bekas kekasih dia yang lama.so dia ubah jadi tomboy.tapi aku berjaya ubah dia jadi perempuan semula. dengan hanya suruh dia bela rambut panjang. aku berjaya. hilang semua seluar pendek dia…

    aku suka dgn cara dia,berpura pura brutal.BONUS!! dia cantik..aku selalu tolong dia,dalam apa hal.dia ada semput . aku selalu jadi mangsa tukang angkat dia ke hospital…..cinta berputik.

    MASA TIME BELAJAR~
    X berasal dari perak.emak dia ada kedai emas. mak dia sungguh demanding calon untuk X. aku nekad untuk berenti belajar. aku berenti & cari kerja semata mata untuk penuhi demanding mak dia. So aku dapat kerja.dengan kepakaran aku ,aku dapat kerja dengan gaji 3000 ribu sebulan dengan syarikat GLC hanya menggunakan diploma…

    MASA KERJA~
    sekarang dia praktikal.disebabkan jauh,dia amik keputusan untuk putus dengan aku. Semalam punya cerita , baru aku tau kenapa dia putus dengan aku. Org2 tempat praktikal dia suka menggoda dia.termasuk suami org.sampai jadi bahan X aku suka jatuhkan rumah tangga org lain.(ini aku baru tahu semalam)

    untuk X menjaga situasi dia, si X ambil keputusan bertunang dengan bekas teman lelaki dia yang lama.(aku sekarang kat johor dia kat perak,dekat dengan teman lelaki dia yg masa tomboi tuh) untuk cover semua hal hal yang jadi kat tempat praktikal dia…

    semalam dia cakap,dia masih sayangkan aku..kami menangis . sama teruknya nagisnya masa aku dan dia amik keputusan berpisah…..aku pun masih sayangkan dia sampai sekarang…banyak perkara yang aku cuba buat untuk aku dapatkan X kembali.banyak dah aku berabis.

    X ada pesan dengan aku, dia kembali pada bekas teman lelakinya,sebab dia pun xsayang sgt dan teman tuh.tapi dia beri masa untuk berkenalan semula dgn teman lelakinya itu.dan dia x sanggup nak sakitkan hati teman lelakinya tu.

    kenapa semuanya jadi kat aku,tat kala aku betul betul sayangkan hati seorang wanita..seumur hidup aku tak pernah aku mainkan hati perempuan.

    kenapa jodoh selalu dengki kat aku.sedangkan aku selalu merancang untuk kebahagiaan

    kenapa takdir selalu bersilang dengan aku,sedangkan aku selalu berdoa untuk kebahagiaan…

    aku dah bersumpah dengan tuhan,yang aku takkan kawin dengan org lain selain dia….satu cara je untuk aku , dapatkan dia kembali,ke syurga.aku nak ulang semua masa didunia hingga dia jadik milik aku….

    apa yang aku perlu buat adalah, beribadat,untuk ke syurga.

    antara kawin atau tidak ,umat nabi muhammad atau tidak,biarlah aku menjawab semua soalan itu di hadapan tuhan nanti….

    sungguh aku perlukan dia, semangat aku………

    klu korang tau apa doa aku dalam tiap solat aku adalah:
    semua Allah berikan aku,penenag hidup aku.Semoga Allah tahu kerasnya hati aku untuk dia,Semoga Allah tahu slogan hidup aku “U cannot lose what u never had” ALLAH HUAKBAR

    Ya – Rabbul Ariffin
    Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku
    tercipta buatku
    dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
    Tetapkanlah kemesraan antara kami,
    agar kebahagiaan ini kekal abadi.

    Ya Muhaimin
    Seiringkanlah kami
    mengiringi kehidupan luas ini
    ketepian yang sejahtera.

    Ya Rabbul Fatihin
    seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku
    bawalah dia jauh dari pandanganku
    luput dari ingatanku
    dan peliharakanlah aku dari kecewa.

    Ya Rabbul Izzati
    Berikanlah aku kekuatan,
    melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
    agar aku bisa bahagia
    walaupun tanpa dirinya.

    Ya Rabbul Quddus
    Gantikanlah yang telah patah
    meskipun tidak sama dengan dirinya
    biar sekuat mana aku mengasihinya
    aku mohon pada Mu Allah
    agar melenyapkan perasaan ini
    seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.

    Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku
    aku mohon kasih dan sayang Mu
    agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
    selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

    Ya Rahman Ya Rahim,
    Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
    Didunia dan di akhirat
    Dan peliharalah kami dari azab api neraka

    Amin………

    ImamKhalid: Haru sungguh aku baca citer ko nih. Apa pun, aku doakan semoga bertemu dengan insan yang benar² memahami dan mencintai diri ko dengan sepenuh hatinya, amin…

    1. Assalammualaikum.
      Sungguh terharu aku dengan cerita dia ni.

      Satu nasihat aja yg boleh aku beri. Allah tahu apa yg terbaik untuk kita dan dia juga telah sediakan apa yg sepatutnya untuk kita. Berbanyak bersabar yak. Insyallah ko akan ditemukan jodoh yg betul2 sesuai dan betul2 kau sayang. Berbayak berdoa pada nya. Amin

    2. salam..suka sgt ngan doa ni..doa lebih kurg ginilah sy doa sewaktu berkawan dgn seseorang. nyata..dia mmg bukan utk sy, dia ilang mcm tu sj…tp sehingga kini msh sukar melupakan dia. sblum jumpa sewaktu mesra dlm sms, selalu buat solat hajat n istikharah..ALLAH lebih tahu…

      1. salam
        sy pun cm mayang..dh 8bln sy kwn dgn seseorg tp xpenah jumpa..sbb xyakin walau dia betul2 meyakinkan sy…sblm jumpa sy solat istikharah n berdoa kalu dia jodoh sy..maka permudahkn…tp kalu bkn jodoh sy..maka jauhkan dia dri sy. pastu dia tetiba ilang cm2 jer. walau ati sy tetap ingat pada dia…tp sy tau…ALLAH MAHA MENGETAHUI segala yg ghaib, segala yg kita xtahu…mgkn dia bkn jodoh…walau sedey…tp sy cuba untuk redha dgn takdir ini. mgkn ada hikmah yg sy belum nampak.Amin….

        1. salam…ALLAH maha kaya, brbulan bdoa mencari jwpn apa sebenrnya dan siapa dia…br2 ini sy brtemu jwpn…dia sebetulnya lelaki sudah bristeri dan anak dua…juga buaya yg gile pmpuan..mainkan ramai pmpuan melalui YM…berhati2lah wahai para pmpuan…jgn mudah terpesona dgn lelaki yg dikenali di alam maya ini…mereka bijak memerangkap pmpua, mencari kelemahan pmpuan yng dambakan cinta suci. bermunajat dan bermohonlah pd DIA agar diketemukan dgn jodoh yng baik…

          1. alhamdulillah belum terlambat tuk awak..sbb mengetahui kebenarannya..sy rasa nasib sy pun tentu cm awak…walau blum dpt kebenarannya..’tipah tertipu’ dgn ayat2 menyakinkn dr sidia…xper kita sama2 berdoa semoga allah kuatkn semangat kita tuk teruskan hidup…n semoga ditemukan jodoh dgn yg lebih baik…i’allah..bermohon la pada Nya…

    3. salam…suka sgt dgn doa ni…actually sy pun br pertama kali tgk laman ni…hehehe.
      btw, sedih jgk baca citer saudara ni…walau apa2 pun kita hanya merancang, Allah saja yg menentukan segala kejadian di dunia ini. anyway, sy akan amalkan doa ni utk diri sy…amin.

    4. first time tgk blog ni…tertarik sebab maybe we are in the same boat tapi…kes aku lagi haru la rasanya..;) after all….byk bende bodoh yang dah dilakukan demi insan yang tersayang then dia kawen orang lain because of their family….tu yang aku tak leh terima sesangat..aku tunggu 8 taun dia study kat egypt, sampai la dia dapat keje jadi ustaz, bila dah ada kereta, kerjaya..tup tup kawen ngan pilihan mak ..abang tuk nenek moyang dia…tapi nak wat camana kan…walau berjuta pun ayat motivasi yang kuar dari orang kepada kita….otak….hati dan jiwa kita….takkan berenti daripada berharap ..cakap la camana pun takkan nye kita dapat ubah seratus peratus apa yang kita harapkan….
      lets time heal everything….aku pernah tgk satu cerita korea tajuk moment to remember …dan dapat ayat tu dari situ. Hati aku hancur gila bila tau dia nak kawen dan lebih hancur after a year dia kontek just want to tell me that he will got a baby……bleh la aku simpulkan dia sejenis lelaki yang tak berhati perut…so kita yang lengkap hati perut ni we deserve to be happy…..kita bertanggungjawab untuk memberikan kebahagiaan kepada diri kita sendiri….mungkin kalau kita dijodohkan dengan dia..akhirnya tak akan berkesudahan dgn baik…so Allah nak selamatkan kita dari awal…just one thing i pernah regret….kalau tak ada jodoh..kenapa perlu ada pertemuan…sebab pertemuan itu yang menjadi permulaan pada kelukaan yang kita alami hari ni….;) so…tulisan ni bertarikh 21 june 2010….i hope u already found someone that can totally heal u….take care…

  6. ape pendapat kamu imam kalid…perlu aku teruskan atau stop right here je?? kita tak tau masa akan datang…sebab status pertunangan dia tuh ada meragukan aku…

    ImamKhalid: Ragu yang macam mana? Cuba terangkan secara terperinci sket.

    Di samping memohon petunjuk dari yang Maha Esa, cuba renungkan apakah agaknya perasaan sebenar si dia terhadap kamu? Adakah si dia jual mahal, atau adakah dia telah berubah hati.

    Biasanya, seorang lelaki yang benar² mencintai seseorang, akan dapat merasai apakah perasaan seseorang itu terhadap dirinya sendiri.

    Jika masih ada harapan, teruskan dengan si dia. Namun jika naluri kamu kuat mengatakan bahawa si dia telah pun berubah hati, cubalah ubah hati kamu juga.

    Semoga berjaya! 🙂

  7. kalau dah tak de jodoh tu, terimalah suratan takdir. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya

    ImamKhalid: Tapi kita tak tahu jodoh kita ada ker tak. Sebab tu kena teruskan jugak usaha. 🙂

  8. Terharunya dgr citer abg syahir ni…sy doakan abg supaya dpt jodoh yg lebih baik dari sebelum ini….

    Harap ini kisah benar!!!…

    Jgn marah yer…

    ImamKhalid: Abg Syahir tak marah nyer… Selamat datang, Ayu! 😉

  9. salam…lama dah aku tak masuk cini…

    kisah citer nih, minggu lepas, bekas tunang aku nih,putus lagi dgn tunang dia…dia call bagitau aku.aku layan dia,beri semangat dn terus kan hidup.dalam masa yang sama aku harap dia tahu kesilapan dia.then 2 , 3 hari aku try call dia,msg dia,xangkat dan balas.maybe she wants be free o rlease her mind….

    tapi aku pelikkan.org mcm dia nih xserik2 ker? dia xrasa hati dia tuh dah xde nilai manusia ker? suara dia pun ada mcm gembira bila putus. DIA NI SAKIT KER?………..mungkin…lagipun sakit boleh diubati..

    really weird,dia ni…..aku cuba perbaiki kelemahan dia dari jauh,mungkin satu hari nanti nampak apa yang aku buat.atau waktu itu semuanya dah terlambat untuk dia dan aku?….

    ImamKhalid: Sabar syahir, sabar. Banyakkan doa pada Allah, mintak petunjuk, mintak supaya dipertemukan jodoh dengan perempuan yang solehah…

  10. saya tidak pasti samada masalah sungguh simple atau sangat rumit.dalam usia yang sangat sesuai mendirikan rumahtangga,saya menghadapi satu masalah yang besar dan kerap kali menangis untuk menyelesaikannya.

    kekasih hati?ya,saya mempunyai seorang kekasih yg amat
    saya sayangi .dan dia juga begitu.tapi, ditakdirkan ujian untukku..dia telah curang dan tidak mahu meninggalkan kekasih barunya.oleh itu, saya mengundurkan diri setelah penat menjadi sang setia selama 4 tahun..

    selepas itu ,saya berkenalan dengan seorang pensyarah dr luar.selepas beberapa bulan ,hubungan itu tergendala kerana dia terpaksa meneruskan pengajiannya.

    selepas dia pergi, seorang guru telah jatuh hati kpd saya.walaupun sy kurang senang, tapi caranya telah menambat hati sy..tapi, cinta itu gagal bila ibunya tidak setuju.saya memahami krn perbezaan keluarga yang ketara.sy x punyer rmah berjuta ringgit dan maknyapernah menghina sy sewaktu aidilfitri..

    selepas setahun, kekasih lama kembali merayu agar kembali..memandangkan sy dan cikgu x mungkin bersama ..sy kembali semula kepangkuan kekasih pertama…hubungan semakin baik sehinggalah ke tahap sangat mengambil berat dan terlalu ekstrem cemburu.pekerjaan sy y banyak melibatkan kaum adam kerap menjadi punca pergaduhan..
    banyak kali ditengking tapi, sy sabar…sehinggalah hub mencapai 7 tahun…

    tanpa sy sedari ,pensyarah itu telah pun kembali dengan harapan dapat bersama saya setelah berjanji.sy sgt terkejut dan terkedu apabila menerima panggilan ketika dia sampai di Thailand.tapi, sy telah mengecewakan dia..sebulan sy langsung x menjawab panggilannya…sehinnggalah hub sy dgn kekasih hati meletup..asyik bergaduh dan kadangkali sampai ke tahap tidak dapat lg menghormati…

    Lalu sy mengadu kepada pensyarah tersayang..menangis krn setelah memberi peluang kedua..masih sama..baran dan sgt cemburu..pernah juga menengking sy dihadapan org ramai di tempat kerja.puas sy ingin meninggalkannya, tapi, dia memujuk.katanya, dia sgt sayangkan sy krn tiada peempuan lain yg sangup bersam besamanya mengharungi kepayahan dan berjuang masa, tenaga dan wang untuk menyelamatkan adiknya yg hampir maut.saya katakan padanya saya ikhlas membantu tanpa mengharapkan dia membalasnya..cukuplah sekadar jgn menengking dan mengamuk…
    Dlm mase yg same, pensyarah membatalkan pemergiannya untuk pulang ke negara asal krn merasakan maseh ada harapan..puas kupujuk tapi, dia hanya kata kpd sy dia takkan ganggu sy lg..kedat
    angannya hanya utk menjadikan sy surinya…

    saya semakin buntu, Lalu melakukan solat irtikharah agar diberikan kekuatan agar diberi petunjuk.beberapa kali melakukannya,entah tanpa mimpi, tiba2 hatiku terbalik.sayang saya pada pensyarah itu..walaupun sebelum itu sgt mencintai kekasih hati…

    kini, sy telah pun memutuskan hub dengan kekasih hati.
    Akan tetapi, bapa sy tidak bersetuju untuk mengahwinkan sy dan tidak mau ambil peduli.bapa sy menyurh sy menunggukekasih hati dtg melamar..die x percayakan lelaki yg bukan warganegara..pensyarah menyuruh sy bersabar krn dia adalah bapa sy..usia sy semakin lanjut..saya semakin buntu memikirkan masalah ini.bagi bapa sy, kerjaya sy semakin meningkat dan dia mahu melihat kejayaan sy. sy sedih memikirkan jalannya yg sukar untuk hidup besama pilihan hati…

  11. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

    Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
    pohon semalu ini dari 4 aspek.

    Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

    Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

    Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

    Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

    Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

  12. assalamualaikum,

    Best blog nier,

    cerita syahir tu pn sedih sye tumpang simpati dgn syahir. hrap2 syahir dapat bersabar dengn ujian Allah. dan Ingat Allah sentiase menguji kite dgn berbagai cara….. itu tandanya Allah sayang pada kita dan ingin melihat sejauh mner kiter sebagai umatnya dapat mengatisi dugaan yg diberinya…. harap syahir dapat bertemu jodoh suatu hari nnti ….. insyaallah ……

  13. Artikel yang cun. Nak copy bley?

    Untuk abg Syahir, tak kisahlah apa yang datang… cuma doa yang terlafaz daripada mulut kita ni, biarlah yang baik2 aje… Moga dapat apa2 yang terbaik….

    Yang tak baik kita dapat tulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Kena percaya, Allah berikan kita sesuatu bukan tanpa sebab… ada sebab.. cuma Allah saja nak rahsiakan…. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu…

    Sabo jek la yek…

  14. Salam…

    Funny but for some ppl it’s true because dey experienced it.

    Continue talk to Him askin’ for your wish and dream comes true.

    One thing I remember an advise from ‘aleem, “Don’t give up with Him. One fine day, unexpectedly, He’ll answer ur pray.”

    Good luck =)

  15. salam…

    saye ader prob…saye da tunang…but tunang da berubah hati…tp saye yakin dier masih sayangkan saye…masalahnye dier jumpe that girl hari2 coz satu office…what should i do?…

    1. wasalam nur..nur kena byk bersabar tu semua dugaan dari tuhan.mane thu tuhan nak uji nur..kan.xpun nur slalu kene ambk tahu atau setiasa tnya khbarnyeee..mkn ke.shat ke.tu pentig untuk mengiratkan hubungan nur dgan bkal tunag nur…

  16. assalamualaikum..

    sy sbnarnya ingin meminta pendapat dri rakan2 sekalian. sy skang rs buntu sgt2. sy dpt rs cam bf sy telah berubah hati. dan saya rs sumer tu berpunca dri sikap sy. sy melayannya dgn teruk seblm ni. kami dh lama berkawan. hampir 6 tahun. sekarang sy cuba untuk menambat semula hatinya. ada x ape2 doa yg sy boleh amalkan dan ape yg sy patut buat sekrang kerana sekarang dia mula rapat dgn sorg perempuan atas dasar kerja. minat mereka sama. dn bf sy mula berjinak2 dgn dunia bisnes yg mana perempuan tu menjadi rakan kongsi. dia minta sy percayakan dia. tp… sy takut. takut ditinggalkan. dia cinta pertama sy. sebelum ni sy kasar, x buka hati pada mana2 lelaki. tp dia mendesak menerima dia. tp skang jd camni. bulan lepas kami kerap bergaduh dn dia ade wat solat istiqarah. katanya wajah perempuan tu muncul dlm mimpinya. sy x dpt nak terima. 2 hari sy mc. ape yg patut sy buat. keluarga kami x mahu kami berpisah. sy pun x sanggup berpisah dgn dia even dlu sy byk mengugut utk berpisah.. tolong lah sy

  17. Assalamualaikum sahabat semua….

    saya, Qasey cb nk bertanya….

    apa ptanda seseorg sudah sampai seru untuk berkahwin?bukan ker jodoh akan tiba bl tiba masanya….

    terima kasih 🙂

  18. salam..aku tetiba suke sgt bc entry ni..walaupun posting nya dh hampir 3 thn..tp x lapuk…aku skrg dlm kebuntuan..firstly..aku girlz la erk..aku skrg kebuntuan cz aku nk kawin sgt..aku dh bersedia jd seorg isteri even usia ni br 23 thn dn aku pnya bf 22 thn..ktorg couple..dr kolej lg..dan skrg ni masing2 dh keje…tp masalhnya mak dia demand tggi nk suruh my bf umur 24 or 25 br blh kawin…macm mn..aku cam x sggupla..aku sedih..kadg2..apa slhnya kan..masing2 dh sedia…bf aku palk..yela..anak sulug lelaki kan..so dia pn x kan nak bntah mak dia..lgpun aku x nak perkahwinan ni x di restui…ape yg perlu aku buat?

  19. salam..saya pun disini ader satu problem..saya berkenalan dgn girl ni nama ella thn 2004 then saya bercinta dgn nya sehingga thn 2009…dlm awal thn 2009 bulan 2 cmtuh kot…kami terpaksa putus untuk sementara katanya kerana..dier nya hati n perasaan kat saya dh kurang..saya pun terkejut kerana dier boleh tawar cmtuh sekali..maybe sbb perangai saya sblm ni kot yg ader tk kena..
    so saya biarkan dier tenang dlm keadaan single..dier ader ckp kalau hati n perasaan dier dh ader balik kat aku..dier akan terima aku n akan berkahwin ngan aku….tiap tipa mlm aku berdoa lepas solat untuk dijodohkan aku ngan dier..kerana aku memang sayang dier sangat…sehinggalah masa sebelum puasa..aku dikejutkan dgn dier berkawan dgn seorang dato yg jauh lebih tua dari nya..saya jadi tawar hati..tetapi tak sangka dier begitu..saya hanya tahu dlm email nya sahaja….saya sent sume softcopy tuh padanya..then saya senyap terus..selepas dua minggu kejadia ini..dier call saya ajak berbuka sama..dari situ dier menerangkan sumer nya..ceritanya,dier memnag nk tutup cerita ngan dato tuh maksud nya dier tknk berhubung lagi dgn dato tuh..dier cuber just nk tutup shj citer tuh..tapi saya dpt tahu plak…so masa berbuka tuh..dier kata perasaan cinta nya pada saya dh berputik kembali..pada sala nya saya was-was…lama kelaman saya tahu saya sayangkan dier..dan aper yg saya kena buat..terima lah dier..tapi was-was saya ada..saya sering ungkit apa yg pernah dier buat dgn dato tuh…dier bersumpah dgn saya..dier tk pernah keluar dating ngan dato tuh melainkan kalau ada event atau dinner bank..dari situ dorang jumper..perasaan was was tuh terjadi kerana ada member dier cerita..awek saya ni selalu cerita yg dier keluar ngan dato tuh..saya tidak tahu mana yg patut saya percaya..tetapi member awek saya ni perangai nya sblm ni memang terkenal dgn kaki fitnah..padahal dier dh berkahwin…sya pun selalu la ungkit kisah lama dulu sewaktuh saya sakit hati tu..
    saya libatkan kawan2 dier..so awek saya macam malu..n tetiba hati nya jadi tk tenang kerana akan perangai saya ini..now saya tengok dier cm biasa jer plak ngan saya…tak macam seminggu yg lepas yg dier excited giler ngan saya…tiap2 pagi call n msg..mlm pun msg sblm tdo..dier just kata nak tenangkan hati dulu…dier sayang saya lagi..n nk hidup semati ngan saya..tapi aper yg saya risau..takut perassan dier yg lama tuh muncul kembali..takot kali ni lebih teruk dier terus tknk kat saya..itu saya takut..saya dh merancang untuk kahwin terus je lepas tunang thn depan..apakah yg saya perlu buat sekarang ekk?ada pandangan kerr…>?:

  20. sy dah bertanda?brtung.tapi nak kawin takder duit lagi.pasangn sy tu dah macm-mcm keje dia mintak.tapi tak lekat-lekatpun.kesian saya tengok.sedangkan dah macam-macam usaha kami lakukan supaya pekerjaan melekat.saya masih bljar ambil dploma.jika dlm setahun lagi tak dapat gak kerja tetap,bagaimana pasangan saya nak kumpul duit kawin?kesian kami.kami kenal sejak tahun 2005 lagi.macam-mcm aktiviti kami bersama.kutip tin,besi untk dijual.pasangan saya ni sangat rajin orangnya.kalau pekerjaan tetap tak melekat lagi,payah lah untuk mgumpul duit.mungkin takda rezeki lagi.

  21. sy hrap,Allah jodohkan sy dengan pasangan sy ni dengan cpat.kmi tingl di rumah bersebelahan jer.kira berjiran gak ngan dia.sy klau blh nak kwin cpat.sbb bpk sy ni garang! nak keluar gi knduri ngn kuaga dia pun bising.ktanya watnye takda jdoh,wat malu jer dah tayang muka dekat sdara-sdra dialah..macam-macamlah walaupun dah bertanda pun susah sangat nak keluar berdua.tpi kalo psanagn sy ikut blkah kuaga sy bleh lak.kra samajer.pelik tul angin kdg ok kdg tak!sbb tu klo bleh,hbis je study nak cepat-cpat kawin.tp tu lah,keje je dia tak dapat lg.mane nak cr duit…tak sanggup lama-lma terbatas-batas ni..susah nak kuar ngan kuaga dia pun jadi payah selagi tak kawin.susah gak kan dapat bpk yang tak sporting ni.dan marah tak bertempat.apela slahnya pg kenduri umh sdara ngan kuagapun bisg.kdg rs nak lpas dr kepompong bgini.harap jodoh kami brdua adalah.mcm-mcm kengan kami yg tak dpat dilupakan.cri duit sma-sma dulu…otak kami nak cr duit je kejenye.meniaga sama-sama.best.kumpul duit bwk adik-adik pg kluar mkan.mak je sporting giler….dia memahami.pg mana-mana bwk maklah.nak bdua payah sikit nanti bising-bising tak larat nak dngar.walaupun brcinta hmpir 5 tahun dlam bulan dua tahun depan ni….kenangan yang begitu banyak skali diantra kami trsimpan…tak dapat dilupakan.dialah abg,dialah kawan,dialah sahabat,dialah kekasih.sumenyer terasa bersama dia.bercinta ni,takde gurau senda tak syok gak.sya anak sulung,diapun sma.otak kami sama jelah….tp gaduh emg la ada…tak dinafikan.kadang main kejar-kejarlh.he….tak bleh lupakn kngan msa di alm persekolahan lah bsamanya.walaupun kami bkan satu sek,tp blik sek jmpa dia kat umah lah.mse tu cucuk satay kat umah dia.kuaga dia bisnes satay.org ingat kaye per???takde kaye anepun….org je silap pndg.org kta ok la tu.. meniaga leh gak smpan duit.emgla leh smpan.tp tak leh nak dapatkan bepuluh ribu dlm msa 2 tahun…sbb bpk dia anye niaga je ane ad kje lain.jd,hasil niaga tu nak byar duit api,mkn,sekolah adik-adik.mn ckup untk duit kwin wlaupun dia keje ngan bpknye.dpat sikitjer.slagi tak dpat keje tetp,bpknyerr tak lpaskan dia untk keje lain.sbab tak dan la bapknyer nak wat stay dlm 700 satu hr.ada dia,cpatlah wat keje.kalau dah dpt keje tetp,keje kerajaan mane-mne snaglah sikit.ini kadang kesian tengoknya…smpai bila mcm ni jer.ya Allah Ya Tuhanku!Kau murahkan lah rezeki kami dan mudahkanlah untuk dapatkan pekerjaan yang baik buat kami amin…..

  22. camne nie sy ade 2bf n now 2-2 nak datang minang camne sy nk pilih?? tp 2-2 pn bukan lelaki yg ade kat hati sy org yg sy suke bkn milik sy itu xpe lah tp skrg nie sy xtaw nk pilih sape nie xkan sy bantu la sy…

  23. Salam.

    Ermss… btl la, wpun da lamer entri neh tapi membantu jgak. Sy f/22/working+study.. Dlam sebulan stat kuliah, sy seeing sum1. Kami samer2 knal lam waktu yg singkat tp ckup selesa. Background life pn x jauh beza, perangai pn ader persamaan..n msng2 pnah kecewa n xnak ader phubungan yg x serius.

    Cuma kdng2 komitmen kat menda laen wat sy emosional dgan dia. Tau jer la sindrom lelaki, sumer menda kna terangkan br pham, kot bg hint, jgan harap die pham maksud kter.

    Dia ader sebut pasal berkahwin tp tuh la, msng2 pn br lg knal.. Pd sy, x suka nk date lamer2. Nk wat aper pn rmai yg menjeling, blum lg tetiap ari kot nk kna semes, kol2..

    Lelaki maybe aser pnat bler ader gf kna tanggung kuar mkan minum, tp bler berkahwin x la tkejut sgat bnyk menda kna spend. Nk ajak kawin tuh bgus tp perancangan slps kawin cm maner?

    Maner nk duk ber2, joint income utk byar bil air, bil api. Tmasuk skali kos brng dapo umah, perbelanjaan harian lg.. Belanja lain2 lg… Maner x nyer 2 3 taun kawin, utang pn da btambah, tgk muka msng2 da nyampah… Time tuh nk beli brng sndr, kehendak sndr kna lak ptimbang kn prioriti kt menda laen…

    Cam maner yer?

  24. aku pon br pts tunang.dah 3 lan lebih.aku pon mcm ko jgk syahir.mmg degil.aku still nak dia jgk.selagi dia blom kawin.aku tetus dan terus mencuba smpe dapat balik.pada imam.doa yg bagus.aku mmg doa mcm ni.

  25. teruskan hidup kawan2…
    teruskan…………
    kita tiada jalan lain untuk mengelak….
    kita kena hadapi juga,walaupun hati sakit dan jika kita dapat atasinya, itulah simbol kekuatan kita…

    kita kuat, kerana adanya iman kepada Allah SWt..insyallah

  26. err salam,
    nur nak tanya nie.. er tentang syahir tue.mcm mana statusnya skrg? masih bujang? or dah nikah dgn ex gf dia.

    nur pun ada masalah juga nie.nur berada luar kawasan malaysia cinta pertama nur tahun 2002 nur nie mualaf.cuma selepas jer putus cinta nur dah tak date dengan mana2 lelaki sampai ler tahun lepas. December 18,2009. Saya terima email dari seorg duda dan hati saya begitu kuat menyatakan dia jodoh saya. dalam masa 4 hari perkenalan, saya bercuti di Malaysia (dia yg sponser klo ada klick di antara kami) Nur berusia 28 tahun (2010) manakala dia berumur 35 (duda anak 1). Bila kami berjumpa terasa memng click. Kami hanya berjumpa sehari saja sebab dia terus hantar saya ke Perak rumah akak saya. Sehingga la hari ke 13 saya bercuti, dia hantar saya balik ke air port. Cuma dia seorang workaholic bz dgn kerja. Bila kami jauh terasa luas jurangnya, tp bila dekat terasa semua ok. Saya buntu dan keliru.

    Kina dah sebulan lebih kami kenal dan jarak betul2 memisahkan nur dari dia. Walaupun di sudut hati ini nur rasa risau dan takut kehilangan dia, tp nur redha. Sesungguhnya klo dia di takdir kan untuk Nur, syukur alhamdullilah.andainya dia bukan untuk Nur, syukur juga alhamdullilah kerana di beri peluang untuk terasa di cintai dan mencintai walaupun hanya sementara.

    Dia nekad menikahi nur, masalahnya nur masih study dan insyallah akan grad April ini. CUma, nur bimbang adakah hati dia akan berubah selepas itu? Dia la lelaki pertama yg nur pernah bergambar bersama (kekasih), dia lelaki pertama yg nur bawa utk mengenali kakak, dia lelaki pertama yg Nur kenalkan dgn bapa dan mak melalui telefon. Dan dia la lelaki pertama yg mengatakan dia benar2 akan menikahi nur..

    Tp mengapa jauh di sudut hati ini begitu risau?

    nur

  27. aku kenal sorang awek ni.tapi aku silap kerna aku gunakan ilmu aku untuk dapatkanya,kami bercinta 5 bulan dan terus kahwin di thailand. masuk tahun pertama berkahwin baru aku tahu yang isteri aku ini masih isteri orang yang sah.gila aku dibuatnya,selama bercinta dia tak cerita kat aku dia bini orang,family dia dapat tahu dan bawak dia pulang bersama barang2 aku. habis licin rumah mahligaiku yang penuh dengan barang2. aku gila dan sasau.hidup tak tentu,makan minum tak terjaga.aku gunakan lagi ilmu aku untuk tarik dia.berjaya,,,,aku berjaya tarik dia kami lari ke johor dan mulakan hidup baru,tapi….. allah maha berkuasa atas segalanya ilmu yang ku pakai bertahan cuma 44 hari sahaja. isteriku lari dari ku. sebulan dia meghilang dan aku gunakan ilmu aku lagi untuk dapatkanya, ya,,,, aku berjaya tarik dia lagi.. aku dari johor terus ke kuala lumpur di mahkota cheras.. dia cakap dia dah berpisah dengan suami dia dan mahu perkahwinanku didaftarkan di malaysia.aku bawak dia kerumah kawan aku dan tumpangkan dia disana. tapi kuasa allah dia lari lagi dan pergi kejohor. cerita yang aku tahu dia dah bertunang..pening kepalaku fikirkan bini aku. siapakah aku kenapa bertunang? sampai sekarang aku masih menanti panggilanya. dan aku tak gunakan ilmu aku kerana hanya sementara sahaja hanya ilmu allah bertahan selamanya..jadi pesananku jganlah gunakan sebarag ilmu atau jumpa bomoh untuk dapatkan sesuatu kita mgkin dapat tapi hanya sementara waktu sahaja. berdoalah pada yang maha mencipta kita. blog ni cukup bagus.

  28. aduh kelakar tol bace ni.. serius saya tengah menangis tdi.. bile terbua blog ni n terbaca.. tiba2 saya ketawa kuat giler.. ape2 pun thanks utk doa penghibur hati ku ini…

  29. salam..
    terimas utk doa nih..sya pon bru lps ptus tunang..sedih gila..mcm nak gila pon ader..putus pon bukan kerana kerelaan kami berdua..putus sebab dipaksa oleh mak saya kerna kesilapan dia…hheemmmm…

  30. salam seme…tharu btol bc doa 2.thanx…mmg btol2 susah nk kawen..las2 minit duit yg jd penghalang.mn ek nk cr duit.bank pon da xbole tlg..Ya Allah,kuatkan lah ikatan cinta kami..

  31. salam,sy berkawan ngan seorang ppuan,baru2 ni sya ada menyuruh si dia beritahu family dia yg sya nak masuk meminang dia,tp jawapan amat sedih sekali..sya ditolak mentah2 oleh family dia hanya kerna harta dan taraf kehidupan sya jer..dan skrg kami telah berpisah dan tidak dibenarkan berjumpa lagi..dan yg terbaru sya dgr family dia da cr calon suami utk dia..apa yg harus kami lakukan??

  32. salam,

    aku nie dari dulu asyik kecundang dlm bercinta …aku dah fade up dengan hidup ini…ohh tuhan di mana keadilan mu…aku xlayak hidup bahagia seperti org lain ke oh tuhan ..aku dh bosannn

  33. sunyi je blog ni …sesunyi hati aku ..xder org masuk hantar komen ke…komen2 kt atas tu dah 2-3 tahun punya komen..aku baru jumpa blog nie …aku terlambat heheh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.