Cerita di Sebalik Kenaikan Harga Petrol

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun – sejak 1990)

  • sebelum 90 – RM 0.89
  • tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
  • 01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
  • 20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
  • 01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
  • 31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
  • 01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
  • 01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
  • 01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
  • 05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
  • 31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
  • 28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Nota : (ayat – ayat standard)

  1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
  2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
  3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
  4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

Saudara,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand – tak ada AP di sana .

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai “AP King”. Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang – maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Malaysia Boleh!!!!

Wallahu a’lam

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

6 thoughts on “Cerita di Sebalik Kenaikan Harga Petrol”

  1. Lek arr lokiasred… sampai tunggang terbalik ayat tu dibuatnya.. susah aku nak cuba untuk memahaminya. Sib baik lah aku ni terel jugak… 😛

    Paypal2u Bloggers, nak tukar semua skali tu tukar aper? Tukar management ker, tukar PM ker, tukar Parti ker? Cer explain sket… 🙂

  2. Baca citer dan komen u memang ada logiknya.Skarang ni pun barang dah melambung2 ingatkan naik gaji bolehlah bernafas sikit…tapi makin teruk lagi dengan harga barang yg tak terkawal.Bukan kerana harga minyak pun barang naik harga.Apatah lagi kalau minyak naik harga.Harga yang sedia ada dah dinaikkan .makin bertambah naiklah.KIAMATLAH KALAU TOKEY DAN ORG YANG KENYANG nak turunkan harga.Kalau di Sarawak ni samseng yang kawal harga bukan pihak yang berwajib.Kurang bekalan pun adalah samseng punya keja.Bukan nak kata kebykan diaorang 2 bkan bangsa kita..Ntahlah nama je merdeka tapi masih ikut telunjuk orang yang dulu hanya di import masuk je…tapi bila Jus Soli diperkenalkan..inilah bahana nya .Kita jadi hamba di bumi sendiri.

  3. A’kum ImamKhalid,

    Nak tumpang tanya. Mana ImamKhalid dapat data berkenaan dengan harga minyak semenjak tahun 1990? ada artikel mana-mana ke saya boleh rujuk.

  4. Rizal, satu soalan yang baik. Aku dapat list ni masa aku gi kursus suatu masa dulu. Sorang penceramah tu tunjuk statistik ni kat kitorang, so aku salin lah, menyegarkan memori lama. Sebab masa tu aku dah wujud dah, dengan datuk aku lagi mengusahakan bisnes petrol ni kat kampung, so aku pun ingat jugaklah sket2 dengan harga petrol ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.