Apa Punca Anak Derhaka?

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif, itu salah.
Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.

Doa anak-anak termakbul
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.

Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, sudah tentu membawa padah.

Bertaubat sebelum melarat
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.

Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

Hubungan dengan bapa
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.

Usah derhaka kepada mentua
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau suami sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.

Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Nabi Ismal berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak kita dan seterusnya menempatkan anak-anak kita dikalangan winners.

Tips ini juga jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka di kalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

  1. Mulakanlah hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.
  2. Berikan anak kita pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
  3. Pandanglah anak kita dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak kita lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  4. Berikan peneguhan setiap kali anak kita berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
  5. Janganlah mengharapkan anak kita yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  6. Apabila kita berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan bahawa anak-anak akan terus membesar, tetapi masalah kerja itu selalunya akan terus berlalu dan tak akan kembali.
  7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah kita mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  8. Dengarlah cerita anak kita. Cerita itu tak akan dapat kita dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran kita untuk bercakap. Ini akan mengajar anak kita tentang giliran untuk bercakap.
  9. Tenangkan anak kita setiap kali mereka memerlukan ketenangan.
  10. Tunjukkan kepada anak kita bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakanlah hadiah hari lahir yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak kita belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  13. Luangkanlah masa bersama anak kita di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila kita berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan kita suami isteri.
  14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak kita. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  15. Hargailah permainan kesayangan anak kita. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  16. Janganlah membiarkan anak-anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam .
  17. Terimalah yang kadang kala kita bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi kita sebagai ibu bapa.
  18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang kita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak kita pula mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  20. Ingatlah, anak-anak juga mempunyai perasaan seperti kita.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

12 thoughts on “Apa Punca Anak Derhaka?”

  1. Budak2 skrng ni mak bapak manja sgt.smpai cigu pun x leh nak sentuh.dulu mak/ayah siap bagi guru tibai lagi.klau kt rumah lagi la.nak pukul masa kecik bukan masa dah besar dia lawan kita balik.mak/ayah skrng ni manja sgt budak.silap cara tu.

  2. Sebab tu kata orang, segalanya berpunca dari rumah. Kalau kita ni ibu bapa yang berilmu, anak kita akan melangkah kaki keluar rumah dengan cara orang berilmu. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak berilmu, maka tidak berilmu lah anak yang keluar rumah itu. Lantaran terjadilah perkara2 buruk serta gejala2 sosial yang tidak kita ingini itu. Wallahu a’lam.

    1. Sdr ImamKhalid,..ada jua ibubapa yg berilmu itu akn mgamuk skiranya anaknya ditegur lntaran mereka sbenarnya tak beramal dgn ilmu yg dmilikinya.Namun ada ibubapa yg x berilmu tu mnilai kembali akn teguran yg dibuat thadap anaknya itu lntaran mereka punyai asas ilmu yg cukup mantap dan beramal dgnnya.

      1. Terima kasih sdr husaini atas teguran itu. Yang sebetulnya seperti kata sdr, bukan setakat berilmu sahaja, tetapi berilmu dan beramal. Wallahu a’lam.

        1. sebenarye kita mulakan didikan anak dari lahir dari segi tidur hinggallah cara kita melayan anak.bila dah besar nak dengar ckp dia je tulah salah 1 puncanya

  3. salam ukhwah….
    anak2 merupakan air mineral yg jernih..ibubapa yg akan memberi perisa…samaada manis ke, masam ke atau kelat…ataupun jadi air milo ke oren 0r air sirap..oleh itu nasihat di cnie ialah..ibubapa hrs mainkan peranan pntg skirnya d biarkan…blh memudaratkan sbg cth air itu td blh kot0r d sbbkn habuk…dan wbk penyakit….
    salam~

  4. remaja sekarang bukannya tak tahu nak beza baik buruk,tapi kadang-kadang mereke terlanjur kerana terlalu ikutkan kata hati. cotohnya kalau dlm peperiksaan mak bapak diorang mestilah nak diorang dapat cemerlang klu x mesti kena marah, ini yg menyebabkan bdk2 tu meniru. mak bapak terlalu ber tekanan.

  5. PERLULAH SENTIASA MEMAHAMI ANAK. JGN MARAH KALAU ANAK X CEMERLANG DLM PEPERIKSAAN SEBALIKNYA BAGILAH SOKONGAN KAT DIORANG SUPAYA LAIN KALI MEREKE BLEH BANGKIT SEMULA UNTUK BERJAYA

  6. ibu saya menyatakan bahawa dia tidak mahu tahu masalah saya, sanggup mengatakan bahawa saya mahu memporak-peranda hubungan dia dgn bapa, lebih percaya kepada adik beradiknya daripada mendengar penjelasan saya, lebih mementingkan orang luar dari anak sendiri. Dia menyanjung adik beradik & menantu perempuan. Di waktu kecil, dia memperlekehkan saya dan langsung tidak memberi semangat di waktu saya memerlukan. Walaupun kami tinggal serumah, dia tidak minat untuk berbicara dengan saya. Saya memberontak dengan pulang lewat dari kerja, menjauhkan diri diri dia. Terniat dihati saya tidak mahu endah pada dia jika apa-apa berlaku. Adakah saya anak derhaka?

    1. anak-anak inginkn kasih syg dr seorang ibu dan ayah….cara didikan 2 yg dpt menentukan perilaku anak-anak apabila dewasa nanti….selalu ini berlaku dalam komuniti kita kerana kbanyakkan ibubapa msa skg hanya mgajar anak-anak dgn cra menerima sesuatu,ttpi lupa utk mgajar memberi sesuatu kepada orang lain….apabila ank itu berkehendakkn sesuatu ibubapa terus memberi dsebabkan tlalu syangkn anak itu…..jika kita nk slahkn mane2 pihak sekali pn sbnarya x bguna sb ia bermula dri 1 perkataan iaitu “PENDIDIK”….bina lah sesebuah keluarga atas prinsp ISLAM,insy-Allah sgla musibah dpt dtangani dgn baik…….(“,)

Leave a Reply to ImamKhalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.