Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)

Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa’ dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.

Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu’min secara khusus.

Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya , karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-Baqarah: 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:

“Laut itu airnya suci dan bangkainya halal.” (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:

“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya.” (al-Maidah. 96)

Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha’amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu’, iaitu bangkainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

“Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya.” (Riwayat Bukhari)

Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :

Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.

Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya.

Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah:

“Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut.” (an-Nahl: 14)

“Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar.” (al-Maidah: 96)

KESIMPULAN :

DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.

Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja.

Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

7 thoughts on “Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)”

  1. saya pernah terbaca,makanan pertama yg dimakan oleh ahli syurga adalah hati ikan.hati ikan tu letaknya kt mana?tak pernah lak makan perut ikan……….

    ImamKhalid: Aku pun tak pernah dengar citer ni. Tapi kalau nak diikutkan hati ikan tu letaknya kat perut lah kot…

  2. Assalamualaikum, saya ni penjinak ular. Saya da bela ular sawa kat rumah…baru2 ni abah saya bagi tau yang ular merupakan najis. jadi kalau saya sentuh tak sah sembahyang. saya agak musykil.. kalau betul jatuh hukum tu saya kena hantar ular tu ke zoo..so saya nak dapatkan kepastian..terima kasih.

    1. Ular bukan najis.

      Sebagai tambahan, sentuh najis dan sah solat adalah 2 perkara yang berbeza. Bagaimana boleh dikatakan sentuh ular tak sah solat? Adakah anda menyentuh ular sebanyak 3 kali berturut2 sewaktu sedang solat? Kalau demikian, barulah boleh dikatakan tak sah solat.

      Sekiranya anda bertanya, bolehkah solat selepas menyentuh najis, jawapannya boleh, dengan syarat bebas daripada 3 tanda najis iaitu bau, warna dan rasa.

      Tambahan lagi, sekiranya anda terpijak najis sekali pun, air wudhuk anda tidak batal. Basuh sahaja najis tadi sehingga bebas dari 3 tanda najis. Kemudian boleh terus solat.

      Wallahu a’lam.

  3. salam ustaz,
    saya nk taye, tp ttg perkara yg agak jauh sket daripada najis ikan ni.. mcm ni, saya nk tye ttg arak..
    sebagaimana yg kita ketahui, Allah telah gariskan 7 org (betulkan kalo sy silap) yg terlibat dgn arak dan sememangny tidak diperkenankan Allah termasuklah satu golongan ni iaitu org yg memakan hasil penjualan arak.. jadi sy ingin bertanya, sekirany jika seseorang tu bekerja di 7-eleven atau pasaraya2 jusco , giant, di mana tempat2 begitu sememangny menjual arak, adakah pendapatan mereka dikira haram? kerana walaupn mereka mungkin tidak ditugaskan untuk menjual arak2 tersebut, namun syarikat yg mengupah mereka tu ada menjual arak.. jadi adakah pendapatan mereka dikira haram sebagaimana yg Allah kata kan mengenai golongan yg memakan hasil penjualan arak?
    sekian terima kasih

  4. salam,
    baru2 ni saya ada menghadiahkan seekor ular yg jinak (ballpython) .. Ini disebabkan minat tunang saya terhadap binatang liar.
    Dari mulanya, famili tunang saya tidak kesah tentang hal ini. Tp,pada suatu hari, saudara-mara tunang datang rumah tunang saya..
    Mereka menyatakan bahawa salah disisi islam, jika membela ular. Kerana syaitan suka kan ular . Dan ada diantara mereka, mengatakan malaikat tak masuk rumah. Sehingga kini saya bingung. Coz famili tunang yg xkesah, menukar fikiran , dgn menyuruh tunang saya memulangkan semula ular tersebut.
    Saya pernah mengajukan soalan ini pd ustaz di tempat blajar saya, dia mengatakan bahawa, binatang yg najis (anjing) pun boleh bela, cuma xboleh pegang apabila basah, inikan pula ular??
    Tetapi, sya still binggung..

    Pertanyaan saya:-
    1) adakah benar, syaitan menyukai ular??
    2) adakah di dalam hadis menyatakan bahawa jika bela ular,malaikat xmasuk rumah??
    3) adakah salah jika membela ular??
    4) bagaimana cara terbaik utk saya menerangkan pada famili tunang,jika penyataan yg mereka katakan adalah tidak benar sama sekali??

  5. Assalamualaikum ustaz.Saya juga ada bela seeokr ular sawa.Saya nak tanya apakah hukum memberi ular itu makan haiwan hidup contohnya tikus?Memang ia adalah fitrah.Tetapi tidak kah saya dikira membunuh tikus itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.