Ayam Daging Dikhuatiri Kehalalannya?

Tentu pembaca sekalian tertanya-tanya tentang isu ayam daging dalam penulisan lepas, kan? Baiklah, biar saya terangkan sedikit sebanyak yang saya tahu tentang cerita ini. Harap maklum bahawa cerita ini pun saya sendiri dengar dari khabar angin sahaja. Beberapa andaian pula dibuat berdasarkan siaran-siaran berita dari TV tempatan.

Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan Julai ada paparan tentang ayam organik herba diusahakan seorang profesor – Dr Mohamad Zainol Abdul Haja. Saya tertarik dengan cara pembiakan ayam yang Dr Zainol usahakan. Bersih, terkawal dan halal. Rakan saya menjejaki Dr Zainol, dapat jumpa, berborak. Beliau juga pernah bawa Dr Zainol dan isteri beliau Dr Mumtaz, berjumpa dengan network beliau di Melilea Puchong. Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman. Beliau kagumi insan ini, mengorbankan kerjaya profesional untuk akhirnya memilih jalan berbakti kepada ummah. Terlalu mudah akidah umat Islam di Malaysia kini diperalat, Sungguh menyedihkan.

Sungguh, teknologi menjadikan kita negara yg moden. Teknologi juga akan kemudiannya merosak banyak perkara termasuk dalam tubuh kita – yg akhirnya akan merosakkan akidah. Kalau hendak dicerita, panjang sangat. Saya ringkaskan. Wujud enzim khinzir dalam ayam diperakui setelah beberapa tahun buat research. Malah banyak website yang ada maklumat ini, seperti petikan dari Berita Harian, RezekiHalal.com, YourLiveStock.com, Forum MelayuNet, dan banyak lagi. Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dalam proses menggemukkan ayam (Malaysia tidak akan buat label), tapi hasil dari kajian, protein dari khinzir, antibiotik, dan pelbagai lagi mampu menyuburkan ayam, cepat gemuk. Lagi berat lagi cepat boleh jual, cepat dapat hasil. Maka suntikan, makanan ayam ada campuran pelbagai sumber yang diragui. That’s why, dari telur hingga ayam, ia menjadi hidangan anda. Ayam tidak perlu mengambil masa berbulan bulan. Ayam KFC cuma 28 hari, ayam daging mungkin 40 hari – saya tidak pasti.

Lately sibuk harga ayam naik, saya come across pulak seorang pengusaha ayam berbangsa china di Buletin Utama minggu lalu, “Harga ayam mesti mau naik sikit, makanan ayam pun sulah naik halga. Itu UBAT ayam pun sudah naik halga.” ubat??? Anda fikirkan, anda nilailah. Ayam kat Malaysia ni sampai dah macam tak cukup supply, harga semakin lama semakin naik, yang gemuknya pengusaha ayam cina inilah.

Halal ke ayam daging? Tidak mengapa jika anda pasti dan yakin tentang kehalalannya. Tambahan di Malaysia ade syarikat besar yang melabelkan halal untuk apa pun jua produk ayam. Tetapi taraf halal itu, saya anggap ia hanya dikategorikan untuk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yang diutamakan di syarikat itu. Even pernah masuk TV, tetapi cara ayam dibesarkan, diberi makan makanan yang bagaimana tidak mungkin termasuk dalam HALAL yg dimaksudkan. Anda fikir bagaimana?

Kawan saya pernah bertanya kepada Dr Zainol, kerajaan negara Islam ini tak berbuat apa-apa ker? Dia jawab, it happens around the world. Its the technology!! Percaya atau tidak, sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ada enzim khinzir, beliau menangis. After a long time of research, baru sekarang confirm!! Saya juga sangat sedih, sangat-sangat sedih. Bayangkan kotornye, hinanya makanan yang kita makan, makanan yang membentuk ‘kita’. Ayam daging biasanya dalam 20 minit kalau letak kat luar peti sejuk mesti lalat dah datang, bau dia mak aaaaiiiii – senang hanyir. Kenapa? Ada certain parts ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan? Kenapa yer, fikir-fikirkan.

Saya tidak berniat mempromosi apa-apa, saya juga tiada share dalam biz Dr Zainol, tapi saya seru, kepada sesiapa sahabat yang terbaca blog ini, mungkin sekarang tiba masanye kita mengubah sumber pemakanan kita. Maafkan saya jika terlambat bercerita, saya hanya manusia, kadang-kadang saya takut juga pandangan ikhlas saya disalah erti. Pernah beberapa kali saya bercerita kepada kawan-kawan, tapi cerita saya dianggap seperti diada-adakan. Malah ada yang tak respon apa-apa. Bila fikir-fikir, kelakar pun ada, takkan benda dasyat macam ni takde respon ek..? Jadi saya berhenti bercerita seketika. Maafkan saya terlambat memanjangkan kepada kawan-kawan. But anyway inilah sebenarnya tanggungjawab kita. Forward this post to your friends, kita ambillah tanggungjawab ini. Insyaaallah Allah diberkati.

Last month pun article Ayam Organik Herba ada keluar kat Berita Harian, full page. Kat dalam tu pun ada tertulis tentang enzim khinzir ini. Anyway saya dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik ke turun ke, lantak lah… Ayam organik herba jauh lebih sedap, manis dan tak banyak daging. Yang penting kita pasti tentang sumber pembesaran ayam ini, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

One thought on “Ayam Daging Dikhuatiri Kehalalannya?”

  1. dahsyatnya ayam sekarang…..tp sy sekeluarga x mampu makan ayam organik…anak2 pulak suka makan ayam..ikan pon mahal byk tulang..camne yee

Leave a Reply to wan wee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.