Tuhan Itu Ada

Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana nak brainwash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Die pun mendapat satu akal…

Guru tadika: Anak-anak, nampak tak pen ni?
Anak-anak: Nampak, cikgu.
Guru tadika: Pen ada kan?
Anak-anak: Ada, cikgu.

Kemudian guru tadika tadi pun memasukkan pen itu ke dalam poket bajunya, kemudian bertanya lagi.

Guru tadika: Anak-anak, nampak tak pen?
Anak-anak: Tak nampak, cikgu.
Guru tadika: Pen ada tak?
Anak-anak: Tak ada, cikgu.

Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Anak-anak: Tak nampak, cikgu.
Guru tadika: Tuhan ada tak?
Anak-anak: Tak ada, cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brainwash otak budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam banyak-banyak budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia minta pun mengangkat tangan.

Budak Pintar: Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika: Boleh,mari ke depan.
Budak Pintar: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Kawan-kawan: Nampak.
Budak Pintar: Cikgu ada, kan?
Kawan-kawan: Ada.

Budak Pintar: Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Kawan-kawan: Tak nampak.
Budak Pintar: Cikgu ader otak tak?
Kawan-kawan: Tak ada.

Moral of the story, bila tak nampak, tak semestinya tak ada! Sayangi agama kita dengan ‘amal ma’ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi?

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

5 thoughts on “Tuhan Itu Ada”

  1. apa yang penting nawaitu..kalau dah awal-awal niat tdk betul, akhirnya terkena kat diri sendiri..fikir-fikirkan lah…

  2. Subhanallah…. cerdik budak tu…. alhamdulillah dpt membantu untuk dalam mendidik anak-anak sekarang. Menarik. Islam itu memang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.