Sotong Goreng Tomyam

Penat dok bercerita hal ayam. Hari ni kita tukar selera pula. Apa kata kita masuk kelas masakan? Anak-anak, hari ini kita belajar cara-cara buat sotong goreng tomyam.

Sotong Goreng Tomyam

Bahan-bahannya ialah seperti berikut:

  • 500 gm sotong sedang (bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit)
  • 3 biji kentang (potong baji dan gorengkan)
  • 3 helai daun limau purut (koyakkan)
  • 3 tangkai cili besar
  • 3 tangkai serai (ketukkan)
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 1/2 cawan air asalm jawa
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 2 biji buah tomato (belah 4)
  • minyak
  • garam

Bahan-bahan yang ditumbuk pula ialah seperti berikut:

  • 5 biji cili api
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
  • Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan.
  • Masukkan daun limau purut, serai, bawang besar dan semua bahan di atas.
  • Masukkan air asam.
  • Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
  • Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yang dipotong.

Selesai. Sesuai untuk dihidangkan sewaktu berbuka puasa atau pun sahur, bersama keluarga tersayang.

Tapi ingat, jangan sesekali makan di siang hari dengan sengaja pada bulan puasa yang mulia ini. Sudahlah puasa batal, dapat dosa lagi.

Selamat mencuba! 😛

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

7 thoughts on “Sotong Goreng Tomyam”

  1. Faris Fakri, postlah sotong celup tepung tu. Nak try buat gak… Tapi tepung tu yang susah nak cari kat sini. Kene cari tepung made in Siam baru besh… Tapi bila memikirkan ke-Siam-an dia tuh, tak brani aku nak test…

    Ish, inah nak rasa? Tak puasa ker? Malam ni waktu berbuka kita rasa lah… hehehe… 😛

  2. sib baik trnampak resepi ni.kite dah blur nak masak pe ngan sotong yg de lam peti tu.xprnah buat n nak try buat. cam interesting je….

Leave a Reply to ImamKhalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sotong Goreng Tomyam

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply to ImamKhalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.