Bonus: Pekerja Maybank Mogok

“Mentang-mentanglah kerajaan tak bagi bonus pada kakitangannya tahun ni, Maybank pun nak ikut jugak?!”

Demikianlah kata pekerja-pekerja Maybank, yang melakukan mogok tengah hari tadi. Saya juga sempat ambil gambar keadaan yang berlaku (awas speaker!):

[youtube:http://youtube.com/watch?v=-IaJC2yJc3w]

Tiada apa yang menarik – aman dan damai jer. Cuma hiruk pikuk bunyi orang tekan hon kereta dan spray ‘angin’ – bunyi van aiskrim pun ada. Terpampang juga sepanduk-sepanduk dengan kata-kata penuh makna, seperti “Maybank Rompak Bonus Kami”, dan sebagainya.

Ada juga dengar-dengar kata Maybank tak bayar duit OT pekerja-pekerjanya. Dahlah pasaraya besar Giant baru buka hari ni – katanya Giant nak kutip RM2 juta hari ni! Bonus pulak tak dapat. OT pun tak berbayar… Hei, macam mana nak beraya ni..? Ni satu lagi klipnya (awas speaker!):

[youtube:http://youtube.com/watch?v=M3Hk58ME2Yg]

Apa pun, diharap masalah ni dapat diselesaikan dengan baik. Ambillah bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini sebagai batu loncatan untuk membuat kebaikan, bukan keburukan.

Sekian, wallahu a’lam.

P/s: Rasanya tak ke mana jugak mogok tu. Last-last masuk balik ke pejabat, buat kerja macam biasa. Paling kuat pun semua yang terlibat tu kena buang kerja – Nauzubillah.

P/p/s: Sebab tu agak-agak nak buat sesuatu tu, fikir dulu dengan rasional – takut makan diri..

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.