Dadih Strawberi

Semalam lepas saya postkan resepi Sotong Goreng Tomyam, lupa pula saya nak sediakan pencuci mulutnya. Hari ni, kita cuba buat dadih strawberi pula untuk cuci mulut lepas berbuka puasa.

Dadih Strawberi

Best tak? Nampak macam sedap, kan? Apa lagi, dapatkan resepi di bawah ini:

Bahan-bahannya:

  • 1 liter susu kotak strawberi Dutch Lady (promote Dutch Lady pulak dah?);
  • 1 cawan air;
  • 4 sudu besar gula;
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar (cap rose); dan
  • 150 ml (1 cawan kecil) yogurt asli Dutch Lady (komisen takde ker?).

Cara-caranya:

  1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendidih tutup api.
  3. Masukkan susu kotak strawberi dan yogurt asli. Kacau rata.
  4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk.
  6. Hidangkan sejuk.

Selamat mencuba! 😛

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

11 thoughts on “Dadih Strawberi”

  1. Boleh jer… Tapi kalau rasa dia lain, jangan salahkan saya pulak. Kalau guna susu Dutch Lady ni dah terbukti kesedapannya. Agar-agar tu tak kisah sangat, cuma saya biasa jumpa agar-agar Rose kat kedai runcit depan rumah saya ni… Apa pun, selamat mencuba! 😛

    P/s: Kalau ada cadangan lain, kongsilah…

    1. em…macam sedap…tp nak try gak nih! perisa lain pun boleh jugak kan..coklat dutch lady..kesukaan sy….

  2. Boleh, lepas solat terawih 20 rakaat, pastu witir 3 rakaat, lepas tu moreh. Lepas moreh baru kita cuci mulut yer? Saper2 lagi nak try, jom! Ada lagi 2 bekas yang masih belum di-reserve-kan untuk saper2. Kalo lambat habis… 😀

  3. dadih..?
    haa ni peluang buat teman2 kat uitm atau unisel kat shah alam.
    tak kira lelaki ke perempuan.
    kalau berminat nak berniaga kat dalam kolej tu.. boleh sangat laa.. sebab saya bagi untung sama rata dan dapat bonus jualan.
    lagi banyak jual lagi banyak untung.
    kalau berminat call / sms 019-3066253

    ImamKhalid: Oit, sempat lagi marketing kat Soleh.Net. Cubalah pengiklanan di Soleh.Net! 🙂

  4. akak pagi tadi cari resepi dadih, jumpalah yang ini, bila petang tadi
    buat, memang sedap seperti yang ImamKhalid cakap tu, terima kasih kerana berkongsi resipi. Kalau yang lain tak percaya cubalah!

    1. Terima kasih kerana kembali ke sini lepas buat dadih tu, untuk komen. Jarang orang buat macam ni tau, kembali semata2 untuk komen tentang hasilnya. Terima kasih sekali lagi kakjah. 🙂

  5. Sedapnya..walaupun simple tapi sangat sedap..
    Di sejukkan pula selepas buat..
    Sedap di makan ketika cuaca panas..
    thanks sharing resepi ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dadih Strawberi

Belum cuba belum tahu. Cubalah!

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.