Khabar Angin Untuk Pengguna CELCOM

Saya sekadar menerima maklumat ini, dan belum pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi tidak salah kalau kita berjaga-jaga sebelum terkena. Begini yang saya dengar:

Jika anda menerima panggilan telefon dari seseorang dengan nombor telefon yang tidak dikenali, berkata bahawa dia memanggil dari division engineering atau teknikal sesuatu syarikat atau salah satu vendor/operator telefon – yang ingin memeriksa sambungan telefon atau signal atau dengan alasan apapun – dan berkata bahawa anda harus menekan key .90 atau ..09 atau nombor apapun (boleh juga dengan kod huruf) – cepat-cepat matikan atau putuskan sambungan telefon tersebut tanpa menekan apa-apa yang mereka minta.

Katanya terdapat penipu-penipu yang menggunakan suatu peralatan di mana jika anda menekan key .90 atau ..09 maka mereka dapat capaian ke SIM card anda dan mereka dapat menggunakan line anda dan anda akan membayar setiap panggilan yang mereka lakukan.

Satu lagi katanya, jika anda menerima panggilan di telefon bimbit dan skrin telefon anda memaparkan (XALAN), jangan terima panggilan telefon tersebut. Sebaliknya, sila matikan telefon anda (off kan terus!).

Dikatakan jika anda menerima sambungan telefon tersebut maka telefon anda akan terkena satu virus. Virus ini katanya akan menghapus seluruh IMEI dan maklumat IMSI dari telefon dan SIM-card anda (apa itu IMEI dan IMSI?). Anda selanjutnya akan terputus hubungan sama sekali dari operator – di mana anda harus beli telefon dan SIM card baru. (macam tipu jer…)

Maklumat ini katanya telah disahkan dengan Motorola and Nokia. Ketika ini terdapat lebih dari 3 juta telefon bimbit yang terkena virus ini. Anda juga katanya lagi dapat membaca berita tentang hal ini di laman web CNN. (ntah yer ntah tidak)

Secara personal, saya tidak berapa percaya dengan khabar angin ini. Anda bagaimana? (chewah, macam iklan TV pulak) Tepuk dada, tanyalah iman. Sentiasalah berjaga-jaga walau di mana anda berada.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

2 thoughts on “Khabar Angin Untuk Pengguna CELCOM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.