Jemput-jemput Makaroni Udang

Macam biasa sebelum pencuci mulut, mesti ada juadah dahulu. Tapi hari ni saya agak sibuk dengan tugas pejabat, sehingga tak sempat nak tulis resepi juadah. Apa kata kita terus lompat ke resepi pencuci mulut sahaja hari ini. Sebelum tu lihat gambarnya dahulu:

Jemput-jemput Makaroni Udang

Wow, lazatnya… maklumlah tengah lapar – semua nampak sedap dan menggiurkan. Cepat, jangan lengahkan masa lagi. Sesungguhnya masa begitu mencemburui saya dan anda – Print terus jer resepi kat bawah ni!

Cetak resepi ini untuk rujukan anda.

Bahan-bahannya:

  • Makaroni – direbus dan ditos;
  • 1 bawang merah – dihiris kecil sesedap rasa;
  • 200 gram udang segar (kalau tak segar, nanti busuk baunya);
  • Kuchai (boleh diganti dengan bawang besar);
  • Tepung gandum – secukupnya untuk ‘membalut’ makaroni supaya tak terabur;
  • Garam dan air;
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

  1. Gaulkan makaroni bersama bawang, udang, kuchai dan garam dalam satu bekas.
  2. Masukkan air dan tepung gandum – sekadar mencukupi bagi makaroni melekat antara satu sama lain.
  3. Panaskan minyak masak dalam satu kuali. Kemudian, cedokkan satu sudu besar campuran tadi ke dalam kuali tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.
  4. Angkat, tos minyak, dan letakkan di atas tisu dapur untuk serap lebihan minyak.
  5. Hidang bersama sos cili atau tomato atau kedua-duanya sekali (macam hukuman mahkamah pulak).

Sekian, selamat mencuba! 😛

Cetak resepi ini untuk rujukan anda.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

5 thoughts on “Jemput-jemput Makaroni Udang”

  1. wahh.. best.. dh lama carik resepi minum petang utk ank2 dan suami… i’ll try it… tengkiu…

Leave a Reply to ImamKhalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.