Balik kerja tadi aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang sangat teruk. Jadi aku yang kehairanan ni pun (kat Terengganu jarang jam) bersiap sedia lah dengan handset buruk aku tu untuk mengambil gambar tentang apa yang agaknya berlaku di depan sana.
Tapi dek kerana kesesakan yang terlampau teruk, aku telah terpedaya dengan lagu 3 Malam Tanpa Bintang oleh Fiq Mentor – sehingga langsung aku terlupa tentang keadaan kesesakan yang amat sangat itu.
Sehinggalah aku ternampak kaca-kaca bertaburan di atas jalan, “Alamak, kamera aku!” dan dengan pantas aku pun capture lah satu video pendek. Saksikan!
[youtube:http://youtube.com/watch?v=x-3GxhZA5zs]
Kejadian ni melibatkan 4 atau 5 buah kenderaan berlanggar (sebab sebelum tu aku nampak sebuah van Nissan Vanette dah kena tow, maybe dari kejadian yang sama) termasuk sebuah Perodua Kembara, Perodua Kancil, teksi Proton Saga (Iswara) serta sebuah Proton Gen-2.
Aku nampak macam takde kecederaan serius, tapi kerosakan tu boleh tahan gak arr, kaca-kaca lampu dan cermin kereta bertaburan di atas jalan (oops terulang benda yang sama)… Sayangnya, sikit sangat aku dapat capture…
Berhati-hatilah di jalan raya. Awasi jarak anda. Pandu dengan cermat. Anda mampu mengubahnya.
Wallahu a’lam.
adess..ni la yg slow..org suh jgn perlahankan kenderaan..dia plak amik video
Ish, mana ada slow… Tak nampak ker, dengan smooth jer aku bawak keter tu, follow baekkkk dengan keter depan.. Tak mengganggu trafik pun. Orang tak tau pun yang aku ambik gambar. Tau2 dah ada… Biasalah, pakar…. 😛
aper la nasib diri ini…
mesti x dapt nak tgk klip tu..
nak la tgk jugak jugak….
kalau nak merempit tu jangan padan blka pdan dpan
hahahahahaha