Hak Penjagaan Anak

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pergi ke pejabat agama, jumpa Tuan Qadi nak minta nasihat.

Tuan Qadi tanye kat perempuan tu, “kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak itu?”

Perempuan tu jawab, “saya yang mengandungkan anak itu. Saya yang melahirkan anak itu. Dia keluar dari perut saya.”

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tahu lepas ni Tuan Qadi akan tanya dia pulak. “Ahhh sudah. Apa aku nak goreng dengan Tuan Qadi ni?” fikirnya.

Kemudian, Tuan Qadi pun tanya si jantan, “hah kamu, bagi alasan kenapa anak itu kamu yang patut bela?”

“Tuan Qadi, kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine. Lepas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan, air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”

Jawab Tuan Qadi, “hak kamu laa..”

Jantan tu jawab, “hah, sama le kes ni pun…”

MORAL: Hak penjagaan anak patut diberi kepada yang paling bertanggungjawab terhadap masa depan anak itu.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

4 thoughts on “Hak Penjagaan Anak”

  1. analogy yang bias terhadap kaum lelaki!!!!! seperti biasa lelaki melayu begitu ego tak tentu hala.

    air tin minuman itu dibeli oleh lelaki itu, maka itu haknya.

    anak itu terhasil dari penyatuan telur wanita dan air mani lelaki!!! both have rights!!!!! tak boleh cakap suami lebih berhak sebab dia bagi duit bela anak coz itu tangungjawab dia. dan wanita pun tak boleh kata sebab dia mengdungkan dah itu lazimnya.

    cuma yang penting is who cares for the kids the best? tolak soal duit sebab macamana pun ayah mesti memberi mafkah, so dari segi emotional dan day-to-day care, siapa yang boleh bela anak dengan baik? that should be the criteria!!!

        1. Siapa kata ini bukan ruangan lawak? Blog ni siapa punya? Siapa yang buat? Dah baca post ker belum? Kan kat bawah tu dah ada tulis moral of the story nya…

          Moral of the story kat sini: Jangan buat rumah orang macam rumah sendiri hahaha 😉

          Jangan mareeee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.