5 Kali Sehari

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia. Di depan hadirin, seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini.

“Dato, Datin. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari.”

Mendengar penjelasan itu, dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya, “dengar tu, lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang!”

Mendengar komen isterinya itu, menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depannya tadi meneruskan penerangan, “lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!”

Menteri dengan senyum membisik telinga isterinya, “dengar tu, lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan. Bukan dengan satu betina saja.”

MORAL: Lelaki Muslim hanya boleh berkahwin dengan 4 isteri pada satu masa, tidak seperti lembu. Soal berapa kali sehari itu terpulanglah pada kemampuan masing-masing.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

One thought on “5 Kali Sehari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.