Kurangkan Tekanan Dalam 60 Saat

Bagaimanakah kita mampu mengekalkan tekanan mengikut tahap yang dikehendaki? Sekiranya pada waktu-waktu tertentu anda merasa sangat tertekan, ikutilah beberapa langkah yang dicadangkan dan peruntukkanlah 60 saat bagi mengatasi tekanan anda.

Mengejar dateline
Adakah dateline yang ditetapkan bos anda sukar untuk dilaksanakan? Sekiranya anda berasa tertekan, ubahlah perspektif anda dengan bermain yoyo selama 1 minit. Berikan sepenuh tumpuan anda kepada pergerakan yoyo tersebut. Aktiviti ini mampu memberikan ketenangan fikiran.

Kesesakan lalu lintas
Sekiranya anda bekerja di bandar dan terpaksa melalui kesesakan lalu lintas yang teruk, manjakan diri anda dengan haruman aromaterapi. Gunalah haruman Lavender atau Bergamot, tarik nafas anda dalam-dalam dan lepaskannya perlahan-lahan. Ulangi langkah ini selama 1 minit setiap kali anda berasa tertekan dengan kesesakan lalu lintas.

Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan
Sekiranya senarai perkara yang ingin atau perlu anda lakukan menyamai jumlah barangan di pasaraya, anda perlu menyusunnya mengikut kepentingan. Senaraikanlah segala perkara remeh yang perlu anda lakukan yang menjadi punca tekanan dan bakar kertas yang mengandungi senarai tadi. Seterusnya anda boleh memfokuskan kepada perkara yang penting yang perlu anda lakukan dan beri keutamaan.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

2 thoughts on “Kurangkan Tekanan Dalam 60 Saat”

  1. lwak ang la apek.aku ada teka teli
    sb apa anak babi jalan tunduk???jwb.heheheheh

    jwpnnya.sb dia malu,sb dia anak babi.heheeheheh.

    dkt jwpn dia 2,kmu kuatkn suara lpas kome,bru awak pham jwapan 2.hehehehehehehehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.