Pengajaran Dari Kisah Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

15 thoughts on “Pengajaran Dari Kisah Perangkap Tikus”

  1. Assalamualaikum…

    Hidup ini ada timbal baliknya… Cerita tadi walaupun berbentuk hiburan namun byk pengajaran yg terselit di dlm nya… Very nice story.
    Kerana hanya Allah sahaja yg tau hikmah di setiap kejadian yg berlaku.

    Apa yg penting kita sentiasa berdoa memohon kebaikan dan perlindungan di dunia & di akhirat… Amin.

    Wassalam.

  2. Naik bulu romo aku baco. Part sedih hok bini dio mati. Aku ni jenih sensitip skik loni… yak. Tapi buat aku berfikir sejenak. Ado moral jugok dale cito ni. Baguh baguh. Kipidap!

  3. Blh tahan gak abg ni erk…

    gurau jer…Citer ni bgs la

    ImamKhalid: Haa, memang bagus.

    Erk, apa yang boleh tahannyer? 😯

  4. AISEY MEN…TAK BERANILAH AKU NAK BELI PERANGKAP TIKUS LAK..DAH LAH BYK!!KANG ADA YANG JANDA/DUDA LAK NI.CAMNE NAK WAT NI!! HAI TENSION LG!!!

  5. salam bang..
    nk tanya..abg expert x dlm penulisan cerita rakyat?nak2 yg belah2 pntai timur?yg lbh kurg crita2 dongeng jaman dulukala la…ad x?lau ad tlg msj kt emel sy bleh?tinkayu..

  6. Baru terbaca…. seronok ceta nie.. byk pengajaran… begitulah hidup kita kalau pentingkan diri sendiri… so cubalah cari peluang untuk menolong kerana satu ari pasti kita perlu pertolongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.