Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
“Seberapa burukkah pendengarannya?” tanya doktor.
“Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”
“Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.”
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, “Makan apa kita malam ini?” Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. “Makan apa kita malam ini?” katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!”
Kesian. Rupanya si suami yang pekak, bukan si isteri. Kelakar. Tapi bila sampai part si isteri berlinangan air mata tu rasa macam sedih pulak. Alahai…
jenaka ini memang lawak, ia cuba mengatakan bahawa yang pekak itu si suami bukan si isteri tetapi ia agak tidak logik kerana jika suami pekak bagaimana dia boleh berkomunikasi begitu baik dan tiada masalah dengan doktor?
walaubagaimanapun ia mampu menguis bibir saya untuk tersenyum…..
Saye pun tertanya-tanya juger part tu. Doktor tu doktor pompuan kot? Hahahaha.
hahahaha! takkan tak bole bau ko kari kambing dalam jarak 6 meter?