Membeli Durian Bersama Pak Pandir

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian, lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.

Pak Pandir: “Bang harga durian ini berapa?”

Org Asli: “Yang ini, sepopit sebiji.”

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarnya.

Pak Pandir: “Bang, boleh kurang sikit tak?”

Org Asli: “Boleh saja, nak kurang berapa?

Pak Pandir: “Lahupa, boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan, lalu bertanya pada Pak Pandir.

Org Asli: “Lahupa itu berapa?”

Pak Pandir: “Cakap dulu, Sepopit itu berapa?”

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.