Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan dan kadangkala untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan. Bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t. Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata, “Ia adalah gelang perubatan.”

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan). Buangkan benda itu dari diri anda. Jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri bahkan perdana menteri sekali pun. Sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya mudah dikenali jika berlaku sebarang kes hilang, kemalangan dan sebagainya.

Jenis-jenis gelang yang diharamkan bagi lelaki:-

  1. Gelang Kayu
  2. Gelang Kristal
  3. Gelang Tasbih
  4. Gelang Getah / Plastik
  5. Gelang Bermagnet
  6. Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis-jenis gelang yang diharuskan:-

  1. Gelang pesakit di hospital (sebagai tanda nama pesakit dan wad)
  2. Gelang pesalah / penjenayah (dipakai oleh penjenayah yang ditangkap polis)
  3. Gelang kaki bagi pesakit gila / jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

20 thoughts on “Lelaki Haram Bergelang Tangan”

  1. rezab mende? mu paka gelang ker? hahahaha…

    wei mu dok mana tu? dok opih lagi ker? biler nok balik wei?

    gambar2 dalam mie125z.imeem.com tu saper ambik ek? lawa laaa, lebih2 lagi gambar ko pegang masjid ngan gambar ko pegang tiang bendera ngan gambar ko ngan awek ko tu.

    cameraman dia mesti pro, hebat dan hensem kan kan kan?

  2. a’kum wrt! bloeh berikan secara detail kupasan tentang hadis di atas. maksid saya mengenai wahinah tersebut. wassalam

  3. tulisan di atas oleh ‘ustaz’ yg takde tauliah tu.. haram halal bukan senang kita orang awam nak cakap kecuali mufti atau dari nas2 yg qat’ie. mu ni blajor kat mane?

  4. Assalamualaikum,berkenaan dengan pemakain gelang megnet adakah ianya haram?kerana jika haram kenapa pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemakain dan penjualan gelang magnet ini.pihak TV juga menayangkan pengiklanan AC mizal jual gelang magnet.diharap penjelasan yg sebenar tentang hukum memakai gelang magnet ini dapat dijelaskan dengan sebenar2.ADAKAH PAKAI GELANG MAGNET INI HARAM?
    wallahualam…

    1. Seperti yang tertera dalam artikel, ianya jelas haram di sisi agama.

      Jika ditanya tentang tindakan pihak kerajaan dan media massa terhadap pemakaiannya, cuba saudara lihat di kaca TV, berapa kerat sangat wanita yang memakai tudung menutup aurat sewaktu menyampaikan warta berita?

      Jadi dengan tidak menutup aurat tersebut, dapatkah saudara simpulkan bahawa menutup aurat tidak termaktub dalam undang2 Islam?

      Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.

      1. tidak silap saya mufti perak mengatakan pemakaian gelang tgn utk tujuan kesihatan ialah harus hukumnya.ini bercangahan dgn artikel diatas.

        bleh pihak saudara huraikan dan terangkan dgn lebih lanjut mengenai hadis nabi saw tersebut.apakah sebab utama pengharaman pemakain gelang tangan oleh kaum lelaki…

        adakah jam tangan juga dikatagorikan sebagai gelang tangan?

        adakah sebab pengharaman tersebut adalah krn utk mengelakkan daripada meniru identiti kaum lain atau ada unsur pemujaan.(contoh la…)?

        kelirulah saya saudara… tolonglah jelaskan… wallahu a’lam.

        1. Jika benar dan sahih dakwaan mufti Perak tersebut, maka rakyat2 di Perak wajib mendahului kenyataan mufti tersebut. Namun selain rakyat Perak, masih bergantung kepada hukum asal.

          Sebab utama diharamkan adalah kerana menyerupai perempuan, di mana hukumnya jelas haram.

          Jam tangan pula bukan dikelaskan sebagai gelang tangan, sebaliknya dikelaskan sebagai alat petunjuk masa supaya mudah dan cepat untuk dilihat, berbanding jika diletakkan di tempat lain.

          Sebarang perbincangan lanjutan adalah dialu2kan, wallahu a’lam.

          1. Berkenaan dgn isu yg dbangkitkan ini telah diajukan SOALAN kpd ustaz ismail kamus yg mana menurut beliau isu ini telah lama dbangkitkan dahulu dan pnjelasan dari beliau adalah hukum nya HARUS.kerana YG DHARAMKAN ADALAH PERHIASAN,TETAPI SEKARANG BKN BERHIAS,TETAPI UTK BERUBAT.memang tidak dinafikan banyak lg unsur lain semasa perubatan tetapi ia mesti bergantung kepada niat.seperti org ke mekah juga memakai gelang sebagai tanda supaya tidak sesat.jd ia bkan gelang perhiasan tetapi gelang perubatan,asal ciptaan gelang adalah utk wanita dan kita tidak boleh menyerupai wanita,

            Jadi jam itu juga adalah perhiasan tetapi jam itu merupakan alat,jd mengambil dari pendekatan sebagai alat maka tidaklh jatuh HARAM.menurut beliau lg utk membuat hukum tidak boleh tergesa2,imam syafie sedang menaiki unta dan ditahan dipertengahan jalan,kerana untk diajukan dgn soalan berkenaan kaki unta ade berapa lalu turun imam syafie dari unta beliau dan mengira kaki unta tersebut,lalu hairan org yg bertanya soalan td kerana imam syafie turun dan mengira kaki unta td.

            lalu imam syafie menjawab sy bimbamg mana tau kaki unta hilang satu,jd utk menggambarkan betapa hati2 utk membuat keputusan,mengeluarkan sesutu hukum ia perlu dilaksanakan dgn berhati2 supaya tidak mendatangkan keraguan terhadap org ramai.

            Berkenaan dgn kenyataan mufti perak pula adalah berlandaskan kepada 4 perkara iaitu:
            1)Percaya dan yakin hanya Allah yg memberi kesan
            2)Tidak menyerupai wanita dan bukan untk bermegah2
            3)Terbukti mempunyai kesan saitifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh pengaliran darah dlm tubuh seperti didakwa.
            4)Pemakaian gelang tidak menimbulkan fitnah

            jd apakah persoalan tentang isu ini terjawab?krana ada yg mengatakan ia haram dan bg pihak ulama di malaysia hukum nya harus bg pemakaian gelang magnet tersebut.
            diharap penjelasan mengenai isu ini dpt disimpulkan oleh pihak tuan. wallahu a’lam.

            1. Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar ini.

              Jika hendak dikira pendapat siapa yang perlu didahului, mufti adalah yang pertama, kemudian diikuti rujukan kitab2 agama.

              Isu gelang ini sama seperti isu bermain gitar. Ada banyak pendapat dan perdebatan berkenaan kedua2 isu ini. Kedua2 pendapat boleh diterima oleh ramai orang.

              Akhir sekali, terpulang kepada kita untuk memilih yang mana yang kita sendiri yakin tentangnya. Wallahu a’lam.

              1. terima kasih atas penjelasan oleh pihak saudara,diharap ianya dapat menjadi rujukan dan maklumat yg berguna terhadap ssiapa yg membuka ruangan ini.

                Boleh saya bertanya di sini bagaimana utk kita ulas dan berbincang mengenai isu lain?

                yaakni isu berkaitan dengan perbezaan fahaman ahli sunnah waljamaah dan golongan syiah,seperti mana yg kita ketahui asas islam itu sendiri telah bepecah semenjak pemerintahan khalifah saidina ali.sejak peristiwa perang jamal.

                harap saudara dpt membuka dan mengulas isu ini dengan lebih lanjut.untuk kepentingan dan perpaduan umat islam itu sendiri supaya ianya kembali menjadi satu ummah yg kuat dimata dunia.
                Wallahu a’lam.

                1. Perbincangan boleh diadakan, tapi saya tak nampak ada pembaca yang berminat untuk berbincang topik sebegitu.

                  Rata2 ramai yang lebih mementingkan perbincangan ke arah topik2 seperti fardhu ain, cara hidup, amalan harian, ibadat2 biasa, tentang bagaimana memperelok dan mempercantikkan lagi perkara2 tersebut.

                  Mungkin boleh dibina blog lain, supaya lebih menjurus kepada satu topik dan tidak memeningkan kepala pembaca2 lain. Jika saudara berminat, boleh kita panjangkan perbincangan.

                  Wallahu a’lam.

                  1. insyaallah, mesti ada yg tertarik jika saudara cuba untk mengupas dgn lebih lanjut tajuk demikian.ibarat pepatah melayu yg selalu didengar kalau tak pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya,

                    apapun terima kasih terhadap pihak saudara atas segala komitmen berkenaan perbincangan mengenai isu yg dkupas.diharap ianya dpt memberi faedah yg berguna terhadap kita semua.
                    Wallahu a’lam.

                    1. Baiklah, kalau begitu di mana harus kita mulakan?

                      Jika ada suatu permulaan yang baik, saudara boleh tulis dalam bentuk artikel, dan saya akan letakkan di blog ini.

                      Tapi harus diingat, mesti berkesinambungan. Harap tidak sekerat jalan.

                      Wallahu a’lam.

                    2. insyaallah kalu begitu mungin saya dahulukan persoalan begini:

                      Islam = Ahlul Sunnah Wal Jamaah & Syiah
                      ________________________________________
                      Pendahuluan

                      Ajaran agama Islam sebenarnya telah diturunkan sejak zaman Nabi Adam A.S lagi. Namun, pada masa itu sehinggalah zaman Nabi Isa A.S, ajaran tersebut tidak dinamakan sebagai agama “Islam”. Ia dinamakan sebagai ajaran Tauhid yang menyembah Tuhan yang satu iaitu “Allah S.W.T”

                      Semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, Islam dinamakan sebagai ajaran rasmi yang menyambung ajaran Tauhid pada zaman nabi-nabi sebelumnya.

                      Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, pengikut ajaran Islam telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

                      Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah pengikut yang mengikuti ajaran asal yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W (Al Qur’an & Sunnah) serta yang berpegang dengan pendapat hadith daripada golongan Ahl al-Bayt (golongan rapat dengan Rasulullah S.A.W).

                      Syiah pula merupakan serpihan dari golongan asal Ahlul Sunnah Wal Jamaah, yang mana mereka juga berpegang kuat dengan Al-Qur’an & Sunnah. Perbezaannya ialah, mereka merupakan golongan yang menjadi penyokong kuat Ali Bin Abi Talib R.A (sepupu Rasulullah S.A.W).

                      Hal ini terjadi kerana golongan Syiah pada waktu itu tidak berpuas hati ekoran Ali tidak dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.

                      Sebaliknya sahabat Rasulullah S.A.W yang lain seperti Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab dan Uthman Al-Affan dilantik menjadi Khalifah (Khulafa’ Ar-Rashidin) dahulu.

                      Perpecahan Islam

                      Bibit-bibit perpecahan bermula selepas kematian Uthman Al-Affan yang mati dibunuh. Demi untuk mengendurkan keadaan politik yang tidak stabil, Ali Bin Abi Talib telah dilantik menjadi Khalifah ke-4.

                      Fitnah

                      Namun, pemberontakan daripada para penyokong pro Uthman yang tidak berpuas hati terhadap kematiannya semakin memuncak. Perlantikan Ali sebagai pemimpin tidak dapat mengatasi kekerohan politik dan perpecahan daulat Islam yang semakin membarah pada ketika itu.

                      Golongan ini tidak berpuas hati terhadap Ali Bin Abi Talib kerana mereka menganggap beliau seolah-olah sengaja untuk melengah-lengahkan penyiasatan terhadap pihak yang melakukan jenayah tersebut. Golongan ini diketuai oleh sepupu Uthman, iaitu Muawiyah R.A Bin Abu Sufyan.

                      Fitnah telah terjadi pada waktu itu dimana ada yang menuduh bahawa golongan pengikut Ali (Syiah) yang membunuh Uthman.

                      Bagi pihak penyokong Ali, mereka mulai menuduh Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai perampas terhadap jawatan Khalifah.

                      Hakikatnya, para penyokong Ali tidak sedar bahawa Ali sendiri memberikan Bai’ah (kesetiaan) kepada tiga pemimpin sebelumnya.

                      Khalifah Ali Bin Abi Talib

                      Semasa zaman pemerintahan Ali, beliau telah mewarisi masalah negara yang kritikal sejak zaman Khalifah Uthman lagi.

                      Kesatuan Islam telah berpecah belah dimana kaum Muhajirin dan Ansar juga menentang beliau.

                      Empayar Rom Byzantine juga turut mengancam untuk meruntuhkan empayar Islam pada ketika itu.

                      Perang Siffin

                      Penentangan terhadap beliau semakin meningkat setelah penyokong Uthman yang diketuai oleh sepupu beliau iaitu Muawiyah bersama-sama dengan sahabat rapat Nabi yang lain seperti Amru Al-As, Ammar Bin Yassir, Abdullah Amru Al-As dan Abdullah Bin Abbas telah mengangkat senjata di dalam Peperangan Siffin.

                      Ia berlaku di tebing Sungai Furat yang terletak di Syam (Syria) pada 26 Julai 657.

                      Peperangan ini berlangsung selama tiga hari dan berakhir dengan perundingan.

                      Perundingan telah dijalankan selama beberapa bulan namun tiada kesepakatan antara kedua belah pihak.

                      Sebahagian daripada penyokong Ali tidak berpuas hati hasil daripada rundingan tersebut.

                      Akibatnya, mereka telah keluar dari tentera Ali dan mereka ini digelar sebagai teras kepada golongan Khawarij. Mereka berpendapat kedua-dua golongan iaitu Sunnah & Syiah adalah musuh dan darah mereka halal untuk dibunuh.

                      Perang Jamal

                      Situasi semakin genting apabila penduduk di Basra, Iraq juga tidak mengakui kepimpinan beliau ekoran daripada kematian Uthman yang tidak disiasat secara rapi.

                      Mereka bersama-sama berganding tenaga dengan isteri Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Aisyah R.A serta sahabat Nabi seperti Zubayr Bin Awwam dan Talhah Bin Ubaidillah untuk menentang kepimpinan Ali dalam peperangan Jamal pada bulan Disember 657.

                      Fitnah telah terjadi apabila mereka semua mempercayai bahawa Ali sengaja melengah-lengahkan hal tersebut.

                      Di dalam peperangan ini, pihak Ali telah menang.

                      Namun, Ali telah memaafkan semua pihak yang menentangnya termasuk menghantar Aisyah R.A pulang ke kota Mekah.

                      Kesan Dua Peperangan Saudara

                      Ali telah mati dibunuh oleh golongan Khawarij pada tahun 661 oleh Abd Al-Rahman Ibn Muljam dan berakhirlah pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin.

                      Empayar Ummaiyyah

                      Selepas kematian Ali, Muawiyah telah diangkat menjadi pemimpin Khalifah Islam dan pengasas kepada kerajaan Ummaiyyah dan memerintah dari tahun 661 – 680.

                      Sewaktu pemerintahan beliau, dunia Islam berada dalam keadaan aman, kuat dan empayar Umayyah berjaya menangkis ancaman kuasa Rom Byzantine dan meluaskan empayar dari Mesir hingga ke Iran.

                      Peristiwa Karbala

                      Selepas kemangkatan Muawiyah, jawatan Khalifah digantikan kepada anaknya iaitu Yazid 1.

                      Sewaktu pemerintahan beliau, cucu Nabi Muhammad S.A.W iaitu Saidina Hussein Bin Abi Talib(Anak Saidina Ali hasil perkahwinan dengan Fatimah Binti Muhammad S.A.W) menentang Yazid 1 di dalam Perang Karbala, Iraq.

                      Saidina Hussein telah meninggal dunia akibat dipancung oleh tentera Yazid.

                      Perpecahan Umat Islam

                      Ekoran daripada Peristiwa Karbala, tercetuslah perubahan dalam landskap fahaman agama Islam di mana golongan penyokong Ali, keluar daripada Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan terjadilah golongan Syiah.

                      Syiah boleh dianggap sebagai ‘parti politik’ secara tidak rasmi.

                      Golongan Syiah mempercayai konsep Imam 12 yang terdiri daripada:

                      1- Ali Bin Abi Talib R.A

                      2- Hassan Bin Ali (anak Ali & cucu Nabi Muhammad S.A.W)

                      3- Husayn Bin Ali (anak Ali & cucu Nabi Muhammad S.A.W)

                      4- Ali Bin Al Husayn (anak Husayn & cicit Nabi Muhammad S.A.W)

                      5. Zaid Bin Ali (anak Ali Bin Al-Husayn)

                      6. Jaafar Al-Sadiq (anak Ali Bin Al-Husayn)

                      7. Musa Bin Jaafar (anak Jaafar Al-Sadiq)

                      8. Ali Bin Musa (anak Musa Bin Jaafar)

                      9.Muhammad Bin Ali (anak Ali Bin Musa)

                      10. Ali Al-Hadi (anak Muhammad Bin Ali)

                      11. Hassan Al-Askari Bin Ali (Anak Ali Al-Hadi)

                      12. Muhammad Al-Mahdi Bin Al-Hassan (Anak Hassan Al-Askari)

                      Pegangan

                      Mengikut pendapat ulama’ Ahlul Sunnah Wal-Jamaah, mereka hanya mengiktiraf pendapat dari Imam ke 1 sehingga ke Imam ke-7 sahaja yang berada dalam lingkungan 1-3 generasi selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

                      Manakala, fahaman Imam yang dibawa oleh Imam ke-8 hingga ke-12 boleh dianggap sebagai terpesong dan sesat dari ajaran Islam yang sebenar.

                      Mazhab Syiah yang dianggap tidak terpesong dari ajaran Islam dan hampir sama dari segi fahaman dan kepercayaan dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah fahaman Syiah Ja’afariah dan Zaidiah.

                      Fahaman Syiah yang dianggap sudah terpesong dari ajaran Islam sebenar ialah dari Mazhab Ismailiyah, Druz, Alawwid, Baha’i dan Yaresan (Ahl e-Haqq).

                      Ahlul Sunnah Wal Jamaah merupakan golongan asal yang berpegang dengan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W serta berpegang kepada hadith-hadith yang dibawa oleh sahabat-sahabat Nabi.

                      Syiah ialah golongan serpihan dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang berpecah ekoran daripada kesan faktor politik yang mana mereka tidak mempersetujui perlantikan tiga sahabat Nabi yang lain sebagai Khalifah Khulafa’ Ar-Rashidin yang pertama. Mereka menganggap bahawa Ali Bin Abi Talib yang lebih layak menjadi Khalifah yang pertama.

                      Namun, kita perlu faham bahawa bukan semua golongan Syiah merupakan golongan yang sesat.

                      Ulama’-ulama’ Ahlul Sunnah Wal Jamaah juga berpendapat, pendapat ulama’-ulama’ yang terdiri daripada golongan Syiah yang berada sewaktu generasi-1 hingga generasi ke-3 boleh dipegang dan diakui pendapatnya. Mereka ini merupakan Imam ke-1 hingga Imam ke-7.

                      Bahaya Fitnah

                      Fitnah yang terjadi sejak zaman Uthman Al-Affan R.A telah menyebabkan umat Islam terkesan dengan konflik yang hanya menunggu masa sahaja untuk meledakkan penangannya.

                      Hari ini, kita masih dapat melihat situasi sedih dimana golongan Sunnah dan Syiah masih bermusuhan kerana sejarah yang lalu.

                      Mereka bermusuhan sehingga terwujudnya mazhab-mazhab yang berbeza sedangkan Islam membawa ajaran yang satu.

                      Perpecahan

                      Kita juga dapat menyaksikan golongan ulama’ Sunnah Wal Jamaah yang berpegang kepada 4 mazhab (Syafiee, Hanafi, Maliki dan Hambali) juga bertikam lidah sesama sendiri dalam banyak perkara tertentu yang melibatkan soal rohaniah dan jasmaniah.

                      Apakah golongan Sunnah dan Syiah pada hari ini segan untuk mewujudkan titik pertemuan bagi mengakhiri permusuhan sejarah lampau serta memaafkan segala kesilapan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak yang berbalah?

                      Pemimpin

                      Ramai yang ingin menjadi pemimpin atau Khalifah kepada ummahnya dan ia merupakan suatu impian yang murni.

                      Namun, persoalan tentang hala-tuju untuk membawa sesebuah pemerintahan bagi membangunkan agama, umat dan tanah airnya sentiasa menjadi polemik antara mana-mana pihak yang inginkan kuasa walau di mana-mana empayar pun meskipun terpaksa menjatuhkan sesama sendiri.

                      bagaimana dengan pendapat saudara?

                      Wallahu a’lam.

                    3. maaf kalau ianya menyinggung pihak saudara.artikel yg dipetik adalah adlah satu persoalan yg diberikan kpd saya. jika artikel yg sama tidak boleh diambil yakni copy paste jd adakah perlu ianya ditulis semula?(versi sendiri)?

                      atau terus melontarkan sahaja persoalan yg meragui ketika ini?kerana isu itu telah saudara dan umum sendiri ketahui.yakni memperjelaskan lagi 2 fahaman ini.

                      boleh saya cadangkan bahawa saudara sendiri yg menulis berkenaan isu ini dan peminat blog lain boleh lontarkan pendapat utk menarik lebih ramai peminat blog utk keruangan ini.

                      wallahu a’lam.

                    4. Tidak perlu ditulis semula, tetapi mengupas isu tersebut dengan lebih terperinci dengan merujuk kepada artikel asli tersebut.

                      Saya akan cuba untuk memberi pendapat saya tentang isu ini sedikit masa lagi, wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.