Logo Baru Soleh.Net

Hari ni aku baru siapkan logo baru untuk Soleh.Net. Namun, bila aku dah berjaya menghasilkan logo baru ni dengan titik peluh aku sendiri, barulah aku sedari bahawasanya aku ni memang tidak dianugerahkan bakat yang tinggi oleh Allah s.w.t untuk mengorek idea-idea yang halus seninya sehingga bakal membuahkan hasil yang teramatlah cantiknya.

Logo baru Soleh.Net

Tertekan jugak aku bila tengok logo ni. Macam ada kekurangan. Tang mana tu aku sendiri pun tak tau. Kalau aku tau dah semestinya aku dah baiki dah, tak perlu lah minta pandangan you all..

Jadi aku ingat nak tanya rakan-rakan pembaca budiman sekalian. Tolonglah berikan sedikit maklum balas, tak kisah lah nak sokong ker, nak kutuk ker, nak komen ker, nak bagi cadangan ker, semua aku terima. Janji aku dapat hasilkan satu logo yang aku sendiri rasa gah dan bangga untuk meletakkannya di atas blog kesayanganku ini.

Sekarang ni aku rasa macam tak puas hati, sebab rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tapi malangnya aku tak dapat lagi nak perah otakku untuk memikirkan buah fikiran yang lebih mantap dan jitu.

Jadi kat sini, untuk membantu pembaca-pembaca budiman sekalian, kalau bagi yang tak tahu nak komen apa tu, sila lah jawab soalan-soalan di bawah ini:

  1. Apa perasaan anda bila tengok logo baru ini?
  2. Apa yang bermain di fikiran anda bila tengok logo ini?
  3. Apa yang anda nampak pada logo ini?
  4. Apa yang anda rasa kurang menarik pada logo ini?
  5. Apa yang anda rasa tak perlu ada pada logo ini?
  6. Apa yang anda rasa perlu tambah pada logo ini?
  7. Apakah warna yang paling sesuai diletakkan pada logo ini?
  8. Apakah bentuk yang sepatutnya digunakan dalam penghasilan logo ini?

Demikianlah sahaja 8 soalan yang mampuku berikan kepada pembaca budiman sekalian. Kalau ada yang nak tambah, silakan. Kalau tak reti juga nak jawab, buat soalan lain pun tak apa. Biar aku yang fikirkan lagi.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

One thought on “Logo Baru Soleh.Net”

  1. 1. Perasaan tu nampak kat $$ hehehe.

    2. Bermain di lubuk hati ialah bila gabungan biru dan hijau adakah itu bermakna apa-apa? Hehehe.

    3. Nampak duit.

    4. Kaler.

    5. Logo $

    6. Keceriaan, seperti kaler yang lebih menarik perhatian pelawat. Biar nampak lebih “bold” gituuu. Auwww… oopss tershashul pulak mak.

    7. Apa-apa kaler sesuai asalkan gabungan antara 2 atau 3 kaler tu “mashuk”.

    8. Bentuk yang boleh menonjolkan identiti blog ini.

    9. Eh… oooo dah abis ker. Okay…

    10. Sekian, terima kasih… cukup sepuluh aku jawab hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Logo baru Soleh.Net

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.