Sebelum aku teruskan lagi cerita pasal peristiwa di bulan Muharram, aku ingat hari ni aku nak selit sikit tentang amalan-amalan yang sunat dilakukan di sepanjang bulan Muharram. Jangan risau, pendek jer ni.
Antara amalan sunat sepanjang Muharram ialah:
- Puasa sunat. Hadis mengatakan, sesiapa yang berpuasa sunat 1 hari dalam bulan Muharram, pahalanya seumpama berpuasa selama 30 tahun! Manakala sesiapa yang berpuasa sunat 3 hari (Khamis, Jumaat dan Sabtu) maka pahalanya seperti beribadat (bukan puasa jer) selama 2 tahun!
- Solat sunat, berzikir, dan berdoa.
- Bersedekah dan tolong menolong.
- Menahan marah.
- Baca doa akhir tahun (dah terlepas) lepas Asar 30 Zulhijjah.
- Baca doa awal tahun (pun dah terlepas) lepas Maghrib 30 Zulhijjah.
Doa awal tahun dan akhir tahun tu kalau tak reti nak baca, pergilah masjid, aminkan bersama-sama tok imam yang baca doa tu. Paling tidak, doa kot Melayu pun boleh.